Ahad

Filem Knowing bolehlah...



Macam biase rutin Ezad kalo free je.. akan Ezad isikan dengan macam-macam hal... diantaranye tido, makan, online, tngok wayang (kalo ade member r, sorang2 tak biase) & tut....... Tapi kali ni Ezad nak kongsi mase lapang Ezad, bab yang tengok wayang... Macam biase jugak sebelum pergi tengok wayang Ezad akan online ke laman TGV Cinema (dekat dengan rumah) untuk cek movie showtime yang nak Ezad tengok. Movie yang paling sesuai yang nak gie tengok time tu, cerite Hollywood, tajuk filem Knowing, pelakon utamanye Nicholas Cage.

Filem ini menceritakan tentang Global Warming (macam artikel sebelum ni kan, dah memang sesuai sangat...). Dimasukkan unsur-unsur ghaib yang melibatkan Sixth sense (a gift from god), yang kononnye seorang budak perempuan kecil memiliki kelebihan untuk meramal mase hadapan (macam Nastrodamus), dimana bisikan-bisikan halus yang menggangu beliau (Lucida) lalu di luahkan melalui nombor-nombor yang ditulis diatas helaian kertas, apabila nombor-nombor tersebut dinyahkod semula ia telah memberikan maksud-maksud tertentu yang melibatkan tragedi yang telah dan bakal berlaku kat muka bumi ni...

Ape yang Ezad tak berape nak minat filem ni ade memasukkan unsur agame dimana ia telah diubah mengikut citarase pengarah. Diantaranya malaikat yang menyerupai manusia turun kebumi untuk memilih pasangan kanak-kanak iaitu Caleb dan Abby untuk diselamatkan dan diangkat kelangit untuk menjadi pewaris dunia selepas kiamat. Kiamat yang nak digambarkan adalah melalui Global Warming yang telah memusnahkan bumi dengan kepanasan yang mendorong kepada kebakaran besar diserata bumi yang mnyebabkan seluruh habitat termasuk manusie pupus! Kire watak kanak-kanak tadi adalah Adam dan Hawa bagi generasi baru untuk kehidupan manusia. Kire mase ending filem ni budak dua orang ni diturunkan semula ntah kat mane dunie ke syurga untuk terus hidup..

Bagi Ezad filem ni tak ade special sangat cume efek-efek yang dimasukkan memang baik!!.. Kalo korang belum tengok & rase nak tengok silakan r.. Pastu kite boleh kongsi pendapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review