Khamis

Batu-batu diiringan jalan...


Rasa macam taknak cerita, tapi aku rasa aku perlu cerita jugak, tak tau la kenapa ini semua atas sebab yang tidak dapat nak aku elakkan, aku terpaksa naik bas untuk ketempat aku cari makan hari-hari, Hurm...


Kisahnya bermula, aku terpaksa tunggu bas kat bus stop Lah.. ( takkan nak tgu depan pintu rumah kan.. ) Jadi aku harus/wajib menapak dari rumah ke tempat tunggu bas dengan keadaan cuaca yang agak panas ( kebiasaannya hujan time-time cam ni.. ).. Tengah syok menapak dengan kasut robocop aku ( hehe.. Timberland tue.. ) baru aku rasa kasut nie mmg cukup berat untuk menapak jalan jauh.. huhu..


Tiba-tiba langkah-langkah aku yang pantas lagi bergaya ni terhenti, sebab otak aku yang berfungsi dengan baik ni terfikir aku tak ada duit kecil untuk tambang bas, hoh.. ( mengeluh sakan aku.. yelah bukan selalu naik bas.. ). Tanpa fikir panjang aku terpaksa mengubah langkah aku balik semula ke rumah sebab nak pecah-pecahkan tabung duit aku jadi kecik...


Lepas selesai tukar aku pun mengorak langkah ke tempat tunggu bas la... tetiba, aku mula terasa penat hoho... dalam perjalanan aku macam-macam aku boleh tengok, semut masuk lubang, batu-batu diiringan jalan, taik-taik anjing yang berciciran.. hoh.. macam-macamlah.. segalanya begitu detail... ( yelah selalu naik kereta kuda, kadang-kadang naik hovercraft tak sempat nak menghargai setiap inci perjalanan... ).


Sampai jer kat bus stop.. aku pun tunggulah bas...


*10 minit berlalu....
*20 minit berlalu.....
*30 minit berlalu......


Akhirnya minit ke 40....... baru lah bas sampai, macam nak tolak keluar jer abang driver bas tue keluar, biar aku drive.. dah lah lambat. Tapi berkat kesabaran dan ketenangan kat hati aku nie, aku pun rilex lah, lepas bayar tambang rm2.60.


Hurm.. sekali lagi abg driver bas menguji kesabaran aku.. bawa bas macam bawa keretapi kat dalam Zoo Negara, mak aiii... slow nak mampus.. rasa macam nak pastikan stuck Timber aku ni kat muka abg driver nie. Tapi bila fikir-fikir balik aku terpaksa terima hakikat yang aku naik bas tambang. Apa lagi, aku pun jenguk-jenguk la kat luar tingkap perhatikan keindahan keliling aku yang penuh dengan batu-batu diiringan jalan...


Akhirnya sampai... tak buang masa lagi, aku terus turun kat JB Sentral.. dengan langkah besar, aku terus tuju tempat kerja aku la. Sekali lagi aku dapat perhatikan batu-batu diiringan jalan.. hoh..


Bertukar!!!! AKU = Ezad


Ehem.. moral of the story.. Ezad memang tak tahan naik bas, sungguh menyeksakan.. macam-macam :


*Panas jalan kaki nak pergi bus stop.
*Susah kalau takda duit kecil, sebab bas tambang takde cashier.
*Tunggu bas lambat.
*Berhimpit-himpit dalam bas, dah macam rombongan cik kiah.
*Bas slow sangat sampai boleh kira batu-batu diiringan jalan.
*Penghawa dingin macam hembuskan gas beracun ( taklah cuma tak kuat jer ).


P/s : Rasanya nilah yang sweet charity cuba nak sampaikan dalam lagu BATU.. he..

Selasa

Banjir oh banjir...

Salam to all bloggers..

Tajuk entry kali ni jer, Ezad tahu korang mesti dah faham.. Yang ezad nak cerita kat sini adalah tentang banjir yg berlaku kat bandar.


Erm.. korang expect tak perkara ini boleh berlaku kat bandar-bandar besar macam KL dan yg sewaktu dengannya.. Tapi masalah banjir ni kat bandar tempat tinggal ezad.. yang berstatus bandaraya, yang sepatutnya tidak akan berlaku bencana macam ni

Yang pertama, beberapa hari yang lepas dalam ezad meneruskan kehidupan seperti biasa berulang-alik ke bandar JB sesuatu yang diluar jangkaan ezad telah terjadi iaitu banjir.Sebab banjir ni juga ezad terlambat untuk sampai ketempat yang biasa ezad tuju hari-hari. Apa yang ezad nampak banjir ni berlaku sebab kawasan ini sedang dibangunkan. Itu yang ezad tak boleh terima.. sepatutnya kontraktor yang terlibat dalam projek pembangunan ni mengambil kira semua aspek supaya jangan hanya sibuk menjalankan projek tapi banyak masalah yang menganggu pengguna-pengguna lain.. macam masalah banjir ni lah yang terang-terang memang disebabkan saluran air yang tidak sempurna, yang terjadi akibat saluran tersumbat oleh timbunan tanah dan bahan-bahan buangan projek yang menutup saluran air terus menyebabkan limpahan air hujan diatas jalan raya hingga menyebabkan banjir kilat. Hurm.. Lepas bertarung habis-habisan akhirnya ezad dapat melepasi banjir tersebut.


Dalam beberapa minit perjalanan masalah yang sama terjadi lagi!!!!. Kali ni betul-betul ditengah bandar, pelik sangat-sangat. Sekali lagi ezad tersangkut dalam perjalanan. Masalah ni pulak disebabkan hujan lebat dan sungai yang menjadi kebanggaan rakyat johor iaitu sungai segget ( hahaha.. kalau korang tak percaya try la interview org Jb pasal sg. segget ni, banyak sejarah nyer.. ) tidak dapat menampung air, jadi melimpah lah air ke Jalan raya..


Hurm.. tapi ramai juga yang bualkan tentang masalah ini.. sebenarnya masalah ini disebabkan oleh kecuaian seorang pekerja yang bertanggungjawab mengendalikan pintu air sg. segget yang berhubung terus ke Laut Selat Tebrau. Masa kejadian hujan lebat tersebut sepatutnya pekerja tersebut harus buka pintu air tersebut untuk melepaskan air ke Selat Tebrau. Tapi mungkin sebab syok tido hari hujan ( yela, cuaca sejuk pulak tue.. ), tu yang terlupa untuk buka pintu laluan air.. ( ntah2 pekerja tu mesti kene buang kerja ek.. ).


Jadi setelah disimpul hingga tersimpul.. semua bencana ni bukanlah disebabkan oleh perubahan alam.. tapi oleh kecuaian manusia sejagat. Jadi sedarlah wahai manusia bumi mu.. sudah tua.. ubahlah ia menjadi lebih baik bukan lebih parah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review