Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Jumaat

Kanser takut B17


KANSER? korang tahu kan apa itu kanser? kalau tidak tahu pergi sekolah balik. Ezad nak berkongsi dengan korang semua yang kanser ini pada hakikatnya ada PENAWAR!!! yang murah, berkesan, dan mugkin mudah didapati. Dalam beberapa hari ini adalah Ezad luangkan masa baca artikel tentang Kanser buat carian dalam Internet, macam-macam ada. Yang paling Ezad tidak boleh terima kenapa Penawar ini tidak dugunakan dalam dunia perubatan yang secara tidak langsung dapat merawat penyakit tersebut dengan mudah dan menjimatkan kos rawatan tanpa perlu membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk kos rawatan seperti Kimoterapi dan sebagainya.

Korang tahu tak apa penawar yang Ezad maksudkan? Penawar tersebut ialah "Apricot Seeds" atau biji buah Aprikot yang mengandungi kandungan Vitamin B17. Cara ia bertindak ialah B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan korang pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed iaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser.

Ezad juga ada terbaca artikel yang menyatakan penawar ini telah ditolak kesahihannya dalam perubatan moden untuk digunakan sebagai penawar untuk merawat kanser secara menyeluruh kerana, terdapat muslihat untuk melengkapkan sistem 'pengeluar-pengguna'. Jika pesakit mendapatkan rawatan dengan menggunakan perubatan moden yang menggunakan teknologi yang terdapat pada masa kini, ini akan terus dapat menjanakan wang atas kos pemilikan barang-barang yang serba canggih untuk merawat kanser. Jika pesakit-pesakit kanser berhenti mendapatkan rawatan ini dan beralih pada pemakanan Biji Buah Aprikot, ini akan menyebabkan kerugian besar bagi dunia perubatan moden, kerana kos bagi mendapatkan rawatan kanser mencecah ribuan ringgit. Inilah yang menjadi punca Khasiat biji buah Aprikot ini ditolak dan tidak diendahkan oleh pakar-pakar perubatan.

Ezad hanya menyampaikan apa yang ezad baca dalam artikel yang sempat dibaca. Ini terpulang pada korang sendiri untuk menilai. Kalau korang rasa apa yang ezad sampaikan ini masih tidak cukup untuk korang faham. Korang GOOGLE lah sendiri.

U.F.O terbang kehulu hilir...


Salam.. korang pernah dengarkan tentang U.F.O atau korang tak tau ? U.F.O tu singkatan bagi Unknown Flying Object.. dalam Bahasa Melayu Objek yang kite tak tahu ape die sedang terbang, hahaha... Lain macam pula bunyi nyer.. Kali nie nak cerita pasal benda nilah. Korang percaya ker benda ni wujud?. Ntah la ek.. atau benda ni sume hanya konspirasi manusia untuk memperbodohkan manusia? Masa dulu-dulu Ezad tertarik dengan benda-benda macam nie, selalu juga mendongak kelangit kalau-kalau terserempak benda terbang ni.. alah... senang cerita alien lah...

Tapi bile ezad baca banyak gak artikal pasal alien nie, yang paling ezad leh terima ada satu artikel ni, yang menyatakan semua ini hanya palsu. Ini semua adalah sebahagian dari kemajuan teknologi kontemporari yang mungkin mempengaruhi seseorang dengan apa yang dilihat dilangit sehingga terus mengaku apa yang dilihat itu ALIEN!!! Jeng jeng jeng.... Dalam sumber-sumber internet sendiri beribu-ribu halaman yang merekodkan aduan pengalaman terserempak dengan U.F.O kebanyakannya penduduk barat, tak kurang hebatnya setiap kenyataan U.F.O muncul dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang dijumpai berterbangan di kawasam umum.


Ntahlah Ezad nak nafikan sepenuhnya tentang kewujudan U.F.O nie tak boleh juga.. ada pula pakar-pakar astronomi dan penyiasat yang bergerak secara sendiri banyak membuat kajian tentang U.F.O nie, mereka juga ada bukti yang bertimbun untuk dipaparkan kepada media dan rakyat umum untuk mempercayai kewujudan benda-benda nie. Malah korang pernah dengar tak pasal Circle of Crops, kat ladang-ladang jagung di negara barat majoritinya ada corak-corak bulatan yang memang unik seperti bahasa isyarat yang dibuat oleh Makhluk asing ni menggunakan teknologi dieorang yang boleh buat bulatan yang besar dengan corak dan saiz yang berbeza dengan hanya satu malam yang singkat.


Disini Ezad nak sampaikan eh.. U.F.O ni hanya objek pelik yang terbang kat ruang angkasa, dan Alien pulak makhluk asing yang pandu benda alah tue ha ni dua benda yang berbeza ok.. jangan korang keliru plak.. hehehe. Ezad cume nak bagitau kat korang sume bagi pendapat ezad U.F.O ni hanyalah permainan bagi sesetengah pihak malah ramai yang menuding jari ke badan-badan rahsia yan menjalankan pembinaan kapal-kapal angkasa untuk digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi kepentingan mereka dalam ketenteraan dan lain-lain hal yang melibatkan teknologi Aero Angkasa mereka.


Inilah kenyataan teknologi yang semakin berkembang yang tidak lagi mustahil bagi pemikiran logik akal manusia. Mugkin rakyat yang fanatik terserempak dengan objek-objek pelik di angkasa dan terus mengandaikan sesuatu itu datangnya dari luar yang lebih sinonim dengan panggilan Alien.. hehe.. memang benar Tuhan menjadikan seluruh alam cakerawala ini dengan kehidupan tapi ingatlah seperti mana yang dimaklumkan "Aku manjadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan" So.. korang renung-renugkanlah dan selamat beramal.. :p

Khamis

Hackers, hack you!!!

Salam..

Ezad nak cerita pasal penggodam, atau dalam panggilan yang mudah hacker. Kalau dekat Malaysia korang rasa ramai tak hacker yang hebat-hebat yang mampu menguasai segalanya seperti menggodam maklumat, memecah masuk data-data rahsia, dan macam-macam lagilah. Ezad rase kurang :p ...

Seperti baru-baru ni.. Pihak berkuasa Negara China telah menumpaskan pusat latihan penggodam!! yang telah melatih berjuta-juta pengguna untuk menjadi penggodam yang bertauliah. Web yang telah diberi nama Black Hawk Safety Net, yang telah memberi perkhidmatan tersebut, telah pun ditutup.

Walaubagaimanapun semasa perkhidmatan web tersebut masih berjalan Black Hawk Safety Net telah mengaut keuntungan sebanyak $1 juta dari 12 000 pelanggan berdaftar yang akan diajar teknik-teknik menggodam, menggunakan Trojan untuk memecah masuk data-data komputer. Dan selebihnya seramai 170 000 pengguna yang berdaftar secara secara percuma.


Google dan Kerajaan Amerika telah menuduh penggodam-pengodam China telah menyerang secara sofistikated terhadap Kompeni-kompeni besar Amerika Syarikat dan Eropah. Seperti Bank, kontraktor pertahanan, kompeni teknologi dan akaun emel persendirian. Dengan itu juga Kementerian industri dan teknologi maklumat telah menyatakan sebanyak 42 000 laman web telah menjadi sasaran penggodam.


Bagi Ezad ini memang luarbiasakan. Tapi dalam masa yang sama Ezad rasa teruja dengan kehebatan dan kepakaran penggodam-penggodam ini yang telah melakukan serangan siber secara besar-besaran. Ini menunjukkan, tahap keselamatn dalam internet masih lagi rapuh dan perlu dipertingkatkan lagi. Demi keselamatan manusia sejagat yang menggunakan internet dalam kehidupan harian.


 
P/s : Beware of Hackers Threats...!!!!

Rabu

Ingatkan PSP rupanya....

Kalau tak ada cerita.. Pasal ezad cerita kan..

Bukan apa tadi masa bangun sahur Ezad jumpa kotak baik punya.. Dalam ada game nampak sama macam PSP..


fuh... gempak!!.. tapi bila buka kotak... lah...


Game "kokak"... lepas sahur, Ezad terus capai game "kokak"... apa lagi on, lepas tu main lah... tengah boring-boring best pula layan game ni....

Dalam game game ni dah ada 3 game yang dah di "install"

  • Drifter ( macam supermario )

  • 2003 ( tembak-tembak gune kapal terbang )

  • Miner ( macam bomberman )

Semua game Ezad main.. best juga.. dah lama tak layan game "kokak" macam ni... asyik layan game kat PC, bosan.. sekali-sekali kena benda macam ini best juga.....

Kalau nak cuba kenalah beli.. dekat mane, entah...... :p


Produk China.. nama dia GAMEKING ver.2 ( bermakna versi pertama dapat sambutan haha..) bukan PSP ...


p/s : Benda ini hak milik tulen Haiqal ( budak yang dekat header blog ni )...

Ahad

Nuklear untuk semua.....

Ape korang pikir bile sebut je nuklear?.. msti yang xbest je kan...

Nway Ezad ase sumer ni penting wat mase nie.. bukan untuk peperangan... tpi untuk kebaikan negare kite.. untuk menjana elektrik.. kerane teknologi yang digunakan sekarang iaitu pembakaran gas asli, hidro dan arang batu untuk menjanakan elektrik amatlah tidak mesra alam, malah meyumbang pada penghasilan karbon yg tinggi... berbanding nuklear.

Perdana Menteri kite Najib yang mempunyai pendirian tegas, telah membuat keputusan untuk membangungan teknologi nuklear di malaysia untuk tujuan kebaikan negara.

Harap2 korang yang xtau tue.. janganlah duk tembak je.. dengan pendapat yg bukan2.. bile sebut je nuklear mesti BOM!.. huhu...

Nway Najib keep on track...

Lagenda Satria

Hatta lagenda Satria menjadi cerita.... hehehe... Kali nie Ezad nak kongsi dengan korang tentang kewujudan sebuah jentera yang dilahirkan oleh PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional). Oleh kerana Ezad memang minat pada Proton Satria je dari keseluruhan jentera2 yang dibangunkan Proton, jadi Ezad nak bercerita pasal Satria je.. Lah...

Kewujudan Proton Satria di malaysia adalah pada tahun 1995.Proton Satria adalah sebuah kereta yang dibangunkan oleh Proton hasil kerjasama dengan Mitsubishi, Proton Satria ini juge telah diambil contoh dari model asal generasi pertama Mitsubishi MIrage (3-door Hatchback) tahun 1991. Setelah beberape tahun Satria diperkenalkan, Proton sekali lagi memperkenalkan Satria GTI, model satria yang telah diupgrade menjadi lebih garang dan menarik, dan ditambah kuasa enjin yang lebih mantap iaitu 141 bhp (105 kW) 1.8-liter 4G93p yang diambil dari enjin yang telah digunakan pada Mitsubishi Lancer GTI. Hasil rekebentuk pula telah dibangunkan oleh hasil kerjasama Lotus yang memberikan sentuhan yang lebih Aerodinamik, dan yang terbaik dari Proton. Model-model Satria nie juge dikekalkan sehingga tahun 2005. Bagaikan terhentilah lagenda Satria.

Tahun 2006 sekali lagi Proton buat kejutan dengan kemunculan generasi baru Proton Satria, yang diberi nama Satria Neo. Dengan sentuhan yang lebih anggresif dan dipadukan dengan enjin 1.3 litre, inline-4 twin-cam Campro engine, menjana 94 bhp (70 kW) pada 6000 rpm dan enjin 1.6, inline-4 twin-cam Campro engine, menjana 110 hp (82 kW) pada 6000 rpm.

Belum puas lagi menatap Satria Neo, Proton macam tak kering dengan idea, wahana pada tahun 2009 muncul Model terkini Satria Neo yang di upgrade lagi kepada yang lebih baik iaitu Satria Neo CPS. Dimane casis asal diperkemaskan lagi dengan sentuhan yang lebih unik dan memang power lah.. Penjanaan kuasa juge dimuatkan dengan enjin Campro CPS yang memang mantap. Amacam? ape pendapat korang? bagi Ezad Proton memang setanding pengeluar2 kenderaan seperti Toyota, Honda dll. Nie yang terbaru MPV dari Proton tak kurang hebatnye, Proton Exora boleh tahan gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review