Jumaat

Aku pusing....


Dalam pening aku pusing dalam pusing aku pening... :p Ntah ape yang pusing.. pening... saje nak intro..

Hurmm... takde pe nak cite sebenarnye... cume nak sampaikan lagu ni utk si die yang chumel...


Kangen Band – Yakinlah Aku Menjemputmu



Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita


peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta


reff:
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu


tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu


tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
kau milikku...

Try r play best...



 
Tak pon Download trus...
 
 DOWNLOAD :Kangen band - Yakinlah aku menjemputmu

Tu jelah xde ape pon...

Isnin

Lamenye rase..

Bismillah..
Assalamualaikum....


Ehem3.... Hari kembalinye Ezad ke dunia no 2 nie.. dunie Blogging.. Lame tak 0n9 sebab gie bertapa kat dunie no 1..


Takde ape nak cite sebab jari2 nie macam dah kaku n idea dah beku.....


Nway dalam tapaan Ezad selame nie.. dapatlah nie lagu yang best gak nak kongsi ngan korang.....





P/s : Ermm bukan betape dengan wali k... ni nak share je..

Khamis

Beauty for the Beast

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Ape korang tau pasal cantik?.  Kalau Ezad nak huraikan petikan kat atas tue, memang banyak... Ok ezad huraikan apa yang ezad nak cerite sekarang nie.


  • Cantik yang dituntut adalah kekemasan diri dari segi pakaian terutama dalam melakukan ibadah atau ke majlis2 agama, tetapi bukan untuk melaram nak menunjuk-nunjuk sebab ini akan menimbulkan riak secara tak langsung mendatangkan dosa.
  • Cantik juga seseorang itu jika dipenuhi dengan ilmu duniawi & ukhrawi di dalam dirinya yang menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada TUHAN.
Tapi sekarang nie ezad nak cerite pasal cantiknye seorang perempuan bagi pandangan seorang lelaki hensem macam ezad dari pandangan kasar. Pada dasarnya memang ezad rase lelaki akan tertarik pada seorang perempuan ni dari paras rupa, senang nak cakap pandangan pertama ( alah takkan korang tak biase bile tengok orangkan tengok muke dulu baru tengok atas bawah ).

Biasanye paras rupe ni jugaklah yang mengheret lelaki nak sangat kenal dengan perempuan tue, yang bernasib baik, ayat power, pandai melayan, pandai ambil hati.. melekat lah dua insan nie..
JADI!!! Wahai Awek2 kat luar sane berhiaslah kamu secantik mungkin atas niat yang betul dan cara yang betul mengikut protokol!!!. Ini menunjukkan lelaki memang suke yang cantik.

Tapi ingat wahai awek2 sekalian, cantik kat paras rupa tak cukup, sebab lelaki ni bile dah kenal die nak tengok juga perangai si awek ni, CANTIK TAK CANTIK!!!. Ada lelaki juga tak kisah paras rupa kerana ada yang lebih pentingkan sifat dalaman. Cantik mengalahkan Miss Universe tapi perangai hampeh pun lelaki tak suke, ( Silap2 kene Creettt! je pastu kene tinggal ). Jadi macam nilah wahai awek2 cantik janganlah korang megah sangat dengan kecantikan yang dianugerahkan. CUKUPLAH!!! sekadar menghargai pemberian Tuhan ni selagi korang belum berkedut di dahi walau korang tak berkerut.


INGATLAH!! cantik itu hanya sementara, maka peliharalah ia.


Janganlah pulak ada yang pergi opret!!! muke semate-mate nak cantik. Tampal sane, gam sini, last2 muke berot!!!. Bersyukurlah ape yang korang dapat.


Hurmm.. bagi perempuan2 yang dah berkahwin pun penting supaya nampak cantik, yelah bile cantik selalu suami ni taklah heran bile tengok awek cantik kat luar sana.  "Jadilah cantik seperti mana dituntut Tuhan mu, dan cantiklah kamu dihadapan suami mu". Ezad rase kecantikan jugak salah satu cara yang dapat menjamin kebahagian berkeluarga.

P/s : Sorry la.. kalau ayat2 kat atas ni tak cantik.

Rabu

Ooouuhh pent house of Intan

Pertama sekali nak bagitau yang tue hari dapat pergi muar ade open house kat rumah INTAN rase nak pergi lagi.. :p dan terime kasih kat INTAN untuk nasi beriani tue hari.. memang best.. walaupun bukan intan masak cume potong bawang je.. hurm.. sebenarnye ezad makan  tue hari tak puas, sebab tak de orang nak offer second trip.. hehe...

Yang kedua sempurnalah.. pada hari pergi open house tue.. hajat ezad nak jumpe IDA tertunai sudah, maka tertunailah  hajat IDA juge nak jumpe Ezad...

Yang ketiga dan yang keempat... ntah ler....

P/s : Tangan nie dah kene sunburn yang amat sangatlah teruk mase gie muar, mungkin sebab naik motor dari JB ke Muar... panas sangat2. Nasib baik, nasi beriani tue sedap sangat3... :)

Isnin

Dara? Hymen?

Dalam kegembiraan syawal nie, Ezad nak ucapkan sekali lagi, selamat beraya dan kumpul lah duit raye banyak2...

Nie ade sumthin' nak cerita, macam yang korang perasaan tajuk entry nie, Dara? Hymen?.. Haa.. kedua2 benda tu memiliki maksud yang same cuma dara dari bahasa melayu manakala hymen adalah bahasa saintifik bagi dara. Apa dia dara? Ia adalah sejenis lipatan selaput lendir yang menutup pintu bibir vagina perempuan. Selaput ini juga telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.


Korang tau tak, ape  pendapat lelaki tentang dara. Kebiasaannya lelaki akan lebih suka untuk memiliki perempuan yang masih memiliki dara untuk dijadikan pasangan hidup ( Suami Isteri Lah.. ). Kenapa? Sebab perempuan yang memiliki dara ini bermakna dia adalah dari golongan yang masih suci dan tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Hurm.. Tetapi bagi Ezad lelaki yang berfikiran sedemikian adalah lelaki yang kuno dan bodoh kurang ilmu.. hehe.. Kenapa?
  • Ada sesetengah bayi perempuan dilahirkan tanpa selaput dara.
  • Ada juga perempuan yang memiliki selaput dara yang tipis, ini bermakna ia mudah koyak biasanya terjadi pada perempuan yang aktif seperti atlit, atau yang sering melakukan aktiviti2 lasak. Berenang, berbasikal, mountain climbing... sumer2 nie Lah dan yang sewaktu dengannya.
Kalu korang nak tau jugak ada perempuan yang selaput dara nya tak mudah terkoyak walau sudah berkali-kali melakukan hubungan seks, ini disebabkan selaput dara yang sangat elastik mudah lentur. Ada juga sekarang yang pergi buat rawatan kat pakar untuk recreate selaput dara untuk menutup aib ( So.. laki2 kat luar sane jangan nak bangga dapat yang dara ).


Ape yang ezad nak sampaikan kat sini adalah untuk sumer laki2 janganlah terus rejek bini korang pada malam pertama bila korang buat hubungan kelamin dan terperanjat bila bini korang takda dara. Buat spotcheck betul2 mungkin ada kene mengena dengan sebab2 yang kat atas tue..


Korang fikirlah sendiri...


P/s : Ada perempuan jugak yang berbangga bile dah takde dara.. betul ker?

P/s : Entry ini, tiada kene mengena dengan sesiapa. Hanya info semata-mata.

Sabtu

Ramadhan berakhir, tibalah Syawal







Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam... Disini Ezad nak mengucapkan Salamat Hari Raya Aidil fitri, maaf zahir & batin, kepada semua kawan2 Ezad, blogger2, dan kepada semua lah yang mengenali diri Ezad. Semoga Ramadhan yang kite lalui selama sebulan ni menjadi bulan yang memberi seribu keberkatan kepada kita, dan Syawal ini juga akan memberi seribu kebahagian kepada kite...

P/s : Kalau korang semua ade buat silap dengan Ezad, takpe.. Ezad ampunkan dosa2 korang.. okey.. jangan risau kire kosong2, hehe...

Isnin

Pewaris saka...

Tibe-tibe je Ezad terpikir pasal nie.. Saka.. korang tau pe tue..? bende ni lebih kurang same macam syaitan, hantu semua la yang sekutu dengannye. Benda ni adalah sesuatu yang dibela oleh segelintir orang2 lame, untuk menjadi pelindung, penjaga atau ape2 lagi r.. untuk tujuan tertentu.

Ezad rase zaman sekarang nie dah takde lagi orang nak mewarisi benda nie. Sebab banyak keburukan dari kebaikan.. Tak tau lah kalau korang ade yang berminat dengan benda macam nie lagi.. atau mungkin ade dari korang rase benda2 macam nie tak lebih dari perkara karut, yang korang pernah dengar dari orang2 lame (Orang2 tua la..). Bukan nak suruh korang percaya, tapi terpulanglah pada korang sendiri.

Saka  ini akan diwarisi oleh seseorang dalam keadaan bersedia untuk diwarisi, dan ada juga ia diwarisi tanpa diketahui oleh seseorang itu. Ini kerana setelah seseorang yang memiliki saka ini telah mati, saka ini akan berkeliaran dikalangan keluarga terdekat untuk mencari pewaris. Sekiranya ia tidak diperturunkan mengikut perjanjian. 

Individu yang memiliki saka juga berupaya menjadi ahli perubatan tradisional (Bomoh), dengan menggunakan jampi serapah yang sukar untuk difahami dan juga secara menurun, yang secara terang memang melanggar syariat agama, kerana sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan adalah dari tuhan, bukan syaitan mahupun jin.

Dan kalau korang rase korang ade mewarisi bende ni korang fikirlah sendiri, tapi bagi yang tak tahu dan nak tahu korang ade ke tidak nie sumber dari penawar.com ezad ambil sikit :

Gejala pada waktu tidur:
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Gejala pada waktu jaga:
  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sendi utama.
Ape pendapat korang pasal benda nie....

P/s :  Ezad masih dalam mood puase :P

Khamis

Pin!! pin!!!

Pin! pin!.. Ex5 buruk.. abang posmen mengganas kat depan rumah...

Kali nie banyak surat.. Cume ad 1 je untuk ezad kecik plak tu...

Bile buka je sampul surat tu... Jeng.. jeng... jeng..........

Thanx a lot!!!
P/s : Happy eid to u ayg..... n wish u hepi always...

Ahad

Ingat!!!... hanya "Dia" yang hebat

Ezad, ezad, ezad, ezad, ezad, ezad.....................
  • Ezad letakkan cinta pada dia di tangga tertinggi dalam hidup,
  • Ezad juga hendak lakukan seluruh yang dia hendakkan,
  • Ezad juga akan takut tak dapat lakukan kehendak dia,
  • Ezad percaya memang dialah segalanya,
  • Ezad tahu dia membawa erti dalam seluruh kehidupan,
  • Ezad terasa kecil bila mengingati dia,
  • Ezad hendak lakukan semua kerana dia,
  • Ezad juga hendak mengingati dia dalam setiap hela nafas,
  • Ezad yakin dialah satu dan tiada satu pun menyamai dia,
  • Ezad juga tiada sangsi hanya dia yang disujud................

Ezad hanya jasad berintikan roh.. yang dipinjam dan akan dipulangkan... Jadi ezad bukanlah Superman mahupun Ben10 jauh sekali Ultraman... Wasalam...

Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.. :p

P/s : Mood Ramadhan yang amat menginsafkan...

Rabu

Ingatkan PSP rupanya....

Kalau tak ada cerita.. Pasal ezad cerita kan..

Bukan apa tadi masa bangun sahur Ezad jumpa kotak baik punya.. Dalam ada game nampak sama macam PSP..


fuh... gempak!!.. tapi bila buka kotak... lah...


Game "kokak"... lepas sahur, Ezad terus capai game "kokak"... apa lagi on, lepas tu main lah... tengah boring-boring best pula layan game ni....

Dalam game game ni dah ada 3 game yang dah di "install"

  • Drifter ( macam supermario )

  • 2003 ( tembak-tembak gune kapal terbang )

  • Miner ( macam bomberman )

Semua game Ezad main.. best juga.. dah lama tak layan game "kokak" macam ni... asyik layan game kat PC, bosan.. sekali-sekali kena benda macam ini best juga.....

Kalau nak cuba kenalah beli.. dekat mane, entah...... :p


Produk China.. nama dia GAMEKING ver.2 ( bermakna versi pertama dapat sambutan haha..) bukan PSP ...


p/s : Benda ini hak milik tulen Haiqal ( budak yang dekat header blog ni )...

Sabtu

Ramadhan... Jom Puasa...


Assalamualaikum....


Hari ini 22hb Ogos tibalah Bulan Ramadhan bagi semua umat Islam untuk berpuasa... Menahan diri dari makan dan minum pada siang hari... Secara tidak langsung menahan diri dari melakukan segala perkara2 yang mendatangkan d0sa2 bagi umat manusia yang beragama islam.... ( Huhuhu skema la plak.. )


Dalam Bulan Ramadhan nie jugak.. seperti mane yang kite sedia maklum Iblis dan Syaitan.. telah di ikat dengan kehendak tuhan... maka tiadalah laknat2 tue akan menggoda seluruh umat manusia.. melainkan kite sendiri yang yang bertopengkan Syaitan... hehe...


Bulan Ramadhan nie jugak banyak kebaikan nye... kalau korang nak tau.. atau korang mungkin dah tau... kalau nak tau korang leh Google sendiri melambak info pasal puase nie...

Google : Kebaikan puasa


Akhir kate Ezad Ingin mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa Bagi seluruh Umat2 Blogger yang beragame Islam...

Khamis

Aku bukan superman...

Hari nie Ezad duk rumah je bertape, dengan penuh sabar dan kosong..... Sebenarnye hari nie ezad cuti ade MC lah.. Semalam gie jumpe dokter sebab batuk n selseme yang teruk gak.. So.. bagi mengelakkan perkare buruk terjadi atas sebab kesihatan dan lagi2 tengah musim sakit ni.. dan yang paling bahaye skrang nie Ah1n1...
Lepas doktor tue cek tekan sana, tekan sini, suluh tekak, suluh mate gune torch light (sebijik same cam kat umah ezad nyer..) die terus cakap~

Doc : Awak ok, cume batuk n selseme biase je, badan ade sikit panas.. dun wurry.........

Aku : Fuh.. lege rase bebas dari masalah babi nie....

Mase Ezad tengah tunggu turn nak nak medical chek up tue.. ramai gak yang msg.. tanya kabor haha.. (ade jugak rupenye yang care pasal aku..), tapi ade satu lagi ni, bos ezad call.. huhu.. ezad x rase die kisah, mungkin die risau kalo ezad kene sakit Ah1n1 tue bisnes die terganggu, ye la.. mungkin premis perniagaan die kene tutup.. hehe.. dun wurry bos, everything is ok... Lastly for my cayang thanx amik kisah, luv u... :-*

Dalam tempoh bertape kat rumah nie.. tibe2 terpikir yang ezad ni same cam orang lain gak boleh sakit.. boleh nangis.. boleh marah... sumer2 la... Dulu ezad ingat, ezad nie Superman.. hahaha... Tak lut dek peluru... rupenye tidak same sekali.. still da normal homosapien.... Sebenarnye kenape ezad tulis entry nie pun ezad tak tau... mungkin aku bosan!!!.. (haa.. dah makin menjadi-jadi sifat manusia biase dalam tubuh aku) Aaarghhh!!! Aku bukan superman.... Nway thanx g0d.. for everything.... i do promised 2 colourfull ur world.... b4 i die....

Saje je bagi video clip nie :

p/s : Ayg.. rase cyg nie superman ker.... :P

Ahad

Tekejut aku....

Tengah2 boring tak buat ape ni.. Ezad d0k skudeng Youtube terjumpe lah satu clip ni...

Klip pasal Magician.. Ezad rase die ni korang pun dah tau sape... Criss Angel, die nie ntah ape ilmu die belajar, sampai leh buat magik yang memang gile2 r...

Klip yang Ezad skudeng pasal magik die :


Memang luar biase kan.. huhu, tekejut sekejap dibuatnye...

Ntah lah nie camera trick ke real.... tpi Ezad nampak cam real.....

Nuklear untuk semua.....

Ape korang pikir bile sebut je nuklear?.. msti yang xbest je kan...

Nway Ezad ase sumer ni penting wat mase nie.. bukan untuk peperangan... tpi untuk kebaikan negare kite.. untuk menjana elektrik.. kerane teknologi yang digunakan sekarang iaitu pembakaran gas asli, hidro dan arang batu untuk menjanakan elektrik amatlah tidak mesra alam, malah meyumbang pada penghasilan karbon yg tinggi... berbanding nuklear.

Perdana Menteri kite Najib yang mempunyai pendirian tegas, telah membuat keputusan untuk membangungan teknologi nuklear di malaysia untuk tujuan kebaikan negara.

Harap2 korang yang xtau tue.. janganlah duk tembak je.. dengan pendapat yg bukan2.. bile sebut je nuklear mesti BOM!.. huhu...

Nway Najib keep on track...

Jumaat

M0oD aku t0nGganG teRbaLik???


Ntah kenape dengan aKu hari nie.....????


Orang lain ade, aku pun nak ade jugak...


Orang lain terer, aku pun nak terer gak...


Orang lain hepi, aku pun nak hepi gak..


Orang lain leh dapat tu, aku pun nak tu gak...


Orang lain ade banyak, aku pun nak banyak gak..


Orang lain lain macam, aku lain macam gak...


Orang lain, lain lain lain lain !!!!!!!!!


"Wa0 puche taw wa0 wan cem0rk.... dunn0 no wat i want.... yenna deY... Kenape seY"

Isnin

Babi berjoget... A H1N1

Dalam tengah syok YM sorang insan nie.. tetibe terdengar sumthing shocking kat tv, mase tue time Buletin Utama ( berite la.. ).. Terkejut gak bile penyampai tu cakap Sekolah menengah agame, Politeknik kat Johor nie ditutup untuk sementare disebabkan kes selseme babi A H1N1 dah merebak kat sini.. Kenape Ezad terkejut, sebab dekat degan rumah Ezad r... tu yang suspen jap... sebab sebelum nie, kes nie kat JB tak serius.... tapi sekarang orang JB dah kene hati2 r.. kalo tak.. habis Babi2 bejoget kt JB ni tanpa kawalan...

S0.. sini Ezad nak tekankan.. Kalo sape2 yang ade terase sumthing happen kat dalam diri korang yang x best je pergilah jumpe dokter... nak dapatkan kepastian.. yang korang ni dah kene infect dengan virus nie ke atau korang cume sakit tekak biase je sebab semalam hisap rokok banyak sangat... ni simptom yang korang kene lah amik tau yang korang ni kene infect ke x :
  • Demam
  • Batuk-batuk
  • Sakit tekak
  • Selsema
  • Atau mungkin korang asyik termimpi babi je 2,3 hari nie...

Kalo ade pe lagi.. gie lah jumpe dokter House.... hek.. bukan pe bertindak sebelum parah...tu je..
Ezad takot gak dengar... apelah babi nie bawa virus pastu main rembes2 lak... simpan sendiri dah ler..korang cam ne suke ke babi bejoget dpn rumah korang?...

Jumaat

The Chronicle of Ezad....

Ezad pernah tanam hasrat nak jadi atlit... tapi tak kesampaian... kekadang terpikir nak jadi penyanyi... suare cam siot lak, pastu pernah try nak jadi gitaris.. hampeh... Last2 jadi tinggal jadi.. Tapi hari ni Ezad ada 1 lirik lagu nak share.. kekadang bosan x wat ape2.. idea tibe2 datang. Macam ade roh semangat Loloq kekadang P.ramlee ok masuk dalam badan nie.. tu yang tetibe macam nak jadi Penulis lirik... lak.. hahaha.... tue, ha.. kat bawah tue, dah siap ade kord tuk gitar lagi.. tapi kalo korang pandai main gitar, try r goreng ikut kord tue... pandailah korang alunkan sendiri... hek... Ezad nak upload ngan lagu skali malas lak.... berat!!

BERBEZA
INTRO : AM
AM E
Berdiri aku terfikir....
F C
Kehadiran mu dalam hidupku...
DM AM
Yang hanya ku anggap pengisi sunyi...
F E
Tapi Kini kurasa kau ingin kumiliki..
~
AM E
Adakah engkau terfikir...
F C
Seperti mana diri ku...
DM AM
Atau hanya tuk mengisi sepi mu..
F E
Tanpa rasa ingin memiliki aku..
~
(Chorus)
CM5 G5 DM5 AM5
Percayalah dikau kini benar dihatiku..
CM5 G5 FM5 EM5
Bukan untuk seketika, tapi untuk selamanya..
CM5 G5 DM5 AM5
Harap kau dapat menerima ku seadanya...
CM5 G5 FM5 EM5
Kerana kadang ku terasa kita jauh berbeza...
~
AM E
Bagai daratan dan angkasa..
F C
Yang sukar untuk kau menerima...
DM AM
Siapa aku yang tak punya apa...
F E
Sebagai teman tuk hidup didunia...

Amacam.. Kalo x best, pe lagi.. buat xtau jelah... Kalo nak kutok, kutoklah care berhemah... heheh.....

Rabu

I do appreciate...Percayelah....

Akum... kali ni xde pe Ezad nak Update... walau ad bnyak gak idea yg nak Ezad kongsi.... tapi disebabkan mood ezad tergaggu segalenye hilang.. berlalu macam tu je... sumernye disebabkan sesuatu yang datang mewarnai diri.. lepas tu pergi macam tu je.... macam idea Ezad yang hilang.. .. Harap korang paham & hargai setiap ape yang datang... Mungkin kite ade silap.. tapi sumer tu boleh diselesaikan kalo kite hargai sumer tu.. betul tak... kalo korang rase xbetul.. bagitaulah...
p/s Gonna miss u babe...

Ahad

Sebab aku JbRean nak cite pasal JB la..

Hye.. Ezad nak kongsi pasal Negeri Johor ngan korang... kalo yang duk JB nie mmg dh tau ape ade kat JB nie... Ezad bukan pe kekadang macam dah boring kat JB nie.. tapi nak wat cam ne.. dah tinggal menetap kat sini.. kene la teruskan.. Selagi xde panggilan yang membolehkan Ezad 0ut from here... Nway i Luv JB..

JB nie berstatus Bandaraya... memang sibuk kalo korang pernah gie bandar JB nie... cume berserabut sikit.. macam tak teratur... lagi2 sekarang ni sumer tengah upgrading.. pecah sane, tampal sini, roboh situ, naik sini uiikkss.. macam2 la.. lagi2 perancangan yang dibuat oleh pemerintah kite nie, untuk pembangunan negeri Johor Darul Takzim yang menjanjikan macam2 utk rakyat... eeheem...
  • ( Area tengah2 Bandar )

Kat JB nie tempat hiburan ade tpi hiburan yang mesra keluarge kurang.... banyak tempat shopping je.. Macam kat JB nie bile sebut City Square je sumer orang tau la.. kat sini more to urban style... tapi tulah nie tempat shopping, kalo yang tak shopping sekalipun leh jadi tempat melepak... yelah hiburan yang leh buat pe je.. selain makan, jejalan, yang nak test suare leh gie karaoke... Satu lagi tempat shopping Plaza Kotaraya, tapi kat sini banyak butik.. yang more focus to orang melayu... kalo bulan ramadhan sini lah yang paling happening n senang nak cari baju untuk Hari Raya... Ezad sendiri pernah shopping utk seseorang dulu kat sini... (dulu laa.. dah lame, ntah ingat ke x lagi die..). Kalo korang yang nak cari barang utk aksesori komputer n gadget2 yang bersekutu dengan nye, korang leh gie kat Landmark Mall.. errmm agak suram but da bisnes still running.... Ezad biase gak gie sini sebab murah barang die.. n sumer adelah... Kalo kat KL tue macam Low Yat Plaza la... tapi Low Yat lagi happening... errmm.. boleh lah dari xde... errmm... ade lagi sebenarnye nanti2Lah cite....

  • ( Area sebelum sampai tengah2 Bandar )
Area sini diberi name Sentosa sebelah kanan n sebelah kiri Pelangi... Yang best sebelah kanan jadi cite yang sebelah sini jelah... Area ni banyak tempat hiburan.. tapi!!! bukan untuk semua golongan... sebab sini banyak tempat goyang... Well known as Clubbing.. fuh banyak la... macam2 name, especially kat Jalan Abd Tahir.. Korang yang dah biase mesti tersenyum je..( Yelah mane xnye hehehe.. paham2 la sendiri ).. ( Nak di ingatkan!!! Ezad xlayan tempat cam nie... eeheemmm... cume penyampai je.. ). Satu lagi yang menarik kat Area sini banyak tempat cuci kereta aka CAR WASH ( Pelik tapi ni lah realitinye ).. jadi kat sini hari penuh dengan kereta yang majoritinye dari seberang ( Singapura ) cuci kat sini.. murah kot kalo nak dibandingkan dengan Dolar Singapura...
  • ( Area Stulang )

Ha.. sini best kalo waktu malam... n untuk orang yang lapor.. Sebab kat sini ade macam2 tempat makan especially Seafood... Kat sini gak ade tempat shopping yang duty free... Kire sini area bebas cukai la.. ( lebih2 kene cukai gak hahaha... ).. Nak gie Batam boleh gak hehe...
  • ( Area selat tebrau aka Lido )
Kat sini terletaknye Danga Bay yang best tue.. Macam2 ade kat sini.. senang cite kalo ade event ni lah tempat nye... laluan pejalan kaki tepian laut yang terpanjang kat Malaysia ni ade kat sini la... uiikkss.. susah nak cite laa.. korang datang la sendiri ( Tapi bagi orang JB Ezad tau boring kat Danga ni.. heheh.. ). Danga terbahagi kepade beberape bahagian.. Bay Leaf untuk nak santai2, Street Mall utk yang nak shopping2 lepak2 leh gak..
Cukup lah eh.. nanti senang2 sambung lagi... kalo nak cite memang banyak... Ni pon saje je ngah boring....

Sabtu

Tag dari Luvida...


Kali nie Ezad jawab Tag dari ida... Luvida-ajourneyofmine.blogspot.com

Saya tak suke?
-Buat mase nie Ezad x suke kalo orang bebel....
-Menunggu........
Impian?
-Nak ade bisnez sendiri... nak jadi bos... namo jadi k0olie lagi.. asik kene tiaw.. je....
Haiwan yang saye x suke?
-Babi la.... huduh.... najes.... lagi2 skrang ie ade virus selseme babi!!...
Saya harapkan?
-Harapkan pagar, pagar makan padi.... hahaha..... ntah lah ek..
Jika boleh putarkan mase?
-Macam time machine eh..... fuh nak patah balik gie zaman dulu pastu nak teroka sumer tanah kat malaysie nie...
Saya pada 10 tahun akan datang?
- Dah ade hidup yang selesa.... family... anak... fuh.. macam2 lah... nway kayo2! tu yg pling penting..
Handphone saya adalah sebuah?
-Hanp0n lah.... tak kan Transformer lak...
Saya pernah bercinte sebanyak?
-Tak pernah kirelah... tak mau lah bagitau....
Saya suke pada?
-Banyak benda... soklan nie meluas sangat la....
Kawan2 saye?
-Tempat mengisi waktu sunyi.. tempat nak bertumbok....
Pernah dikhianati?
-Pernah tapi sume nye dah dilupekan... tak mau gadoh2...
Apa yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
-Maafkan je lah... bior die rase 1 hari nanti bile dikhianati.....
Senaraikan 4 orng untuk di tag?
-Xde sapelah...
Sume nie atas permintaan ida...... lala nana.....

Khamis

Aku dan Transformer....

Hye.. pekabo korang sumer? Ezad nak cite sikit dengan korang.. pasal filem.. Ezad dah layan 2 movie baru2 nie... yang Ezad nak kongsi 1 je... iaitu Transformer 2, filem ni ape yang Ezad leh cakap? "best gile siot!! gerek sey".... fuh... walaupun banyak hal & rintangan berlaku, tapi akhirnye berbaloi... korang nak tau ape masalahnye? Yang pertame, 2 kali, gie wayang, Ezad tak dapat tengok movie nie, sebab tiket habis "sold out...." lepas tu Ezad pergi utk kali ke3 beli tiket, ada kosong, fuh lega... lepas tiket dah print out... masalah mule timbul... member Ezad salah sebut!!.. die ckp Terminator.. bkn Transformer... kiwak!!... Lepas deal baik2 dengan brother tiket tu nasib baik die leh ganti... ( alah lagipun yg kerja tu member jugak... kire cable kuat la nie...) tapi masalah datang lagi.... seat yang Ezad dgn member dapat depan sekali.... xleh nak buat ape2 lagi kene terime hakikat.... mcm nak juling gak tengok depan2 nie...

Tapi segala berbayar dengan kepuasan... nak tau ape yg puas tue?

  • Jalan cerite kompleks tapi menarik.... sbb spesies robot nie dah wujud dari zaman saing2 firaun...
  • Kali nie jugak kite dapat lihat aksi2 yang memang best...
  • Thrill dlm filem nie mcm non stop... kire x leh miss sikit pun...
  • Teknik cgi & grafik yang memang power... sangat detail lah... bukan tangkap muat je..
  • Klimaks... & ending yang sempurne....

Kalo nak cite lagi memang x habis... so bagi korang yg blum tengok... bolehlah gie tengok...

Eeh!... nanti dulu ade 1 lagi, cite ni ade mengarut gak... yg pelik, robot mcm dlm Terminator pun ad... awek cun tapi robot gak.... sesat kot....

Nway korang nilai r sendiri......

Selasa

Aku, Durian & Dia...

Akum sumer... Harap korang sihat... xsakit dek penyakit yang menular di seluruh alam buat mase sekarang nie... AH1N1 Selseme Babi.. so sape yang rase mcm terkene selsema baik gie jumpe dokter untuk dapatkan kepastian... mane tau ajal korang semakin hampir... hek.. Sorry k.. kalo terkasar skit bahase ni..

Nway buat mase sekarang ni kan cuace tak menentu so macam2 hal leh jadi... Yang paling best sekarang ni kat malaysia ni kite dilanda musim buah!! iaitu buah Durian, well known as King of Fruit.. sbb ape king ntah ek... sbb die king la... atau dulu2 yang mampu makan buah ni King2 je.. yelah mugkin dulu sekilo mahal...

Yang Ezad nak pertikaikan kat sini korang pernah x jumpe orang yang tak makan Durian.. kat sini orang macam nie memang dari golongan orang2 yang rugi.. pergh.. lagi durian tembaga ape tu D24 (ntah aku pun tak pasti sngat model ape)..hehehe... Ezad ade kenal dengan awek sorang nie.. dia ni xsuke durian sangat2.. sampai bau durian pun xleh... pergh.. kire bau "ucuk" lebih baik dari bau durian.. (Jangan marah eh ucuk... Nanti kite setel belakang..) Kenape ek.. Kalo die orang putih mungkin ade sbb yang kukuh.. tapi orang melayu dah..

Sedikit info yang Ezad nak kongsi pasal durian ngan korang supaye, insan2 yang x suke durian ni tak reject orang yang makan durian macam Ezad, dan harap insan2 nie dah boleh terime durian seadenye... hehe..


  • Name saintifik bagi durian adalah Durio zibethinus
  • Durian adalah tumbuhan Tropik berasal dari Asia Tenggara
  • Setiap 100gram durian plak mengandungi 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta memiliki nilai energi sebesar 520 kJ. Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor.

S0.. korang pandailah sendiri menilai baik dan buruk Durian ni yang hanya akan tumbuh mengikut musim.... Akhir kate.. Pilihlah buah2 tempatan, jangan asyik dok makan Epal je...

Khamis

Anjing & tuannye...

Hai, korang sumer macam mane, ok tak?.. Ezad ok & harap korang pun same…. Dalam ketandusan idea selame ni Ezad tak langsung update blog ni dengan cerite2 best untuk kite kongsi, tapi kali ni Ezad nak cerite sumthin’ yang best gak, untuk kite renung-renungkan….

Segalenye bermula bila Ezad tengah boring, tak tau nak wat ape… ternampak lah satu majalah berbahase Cina ni, ntah tibe2 macam menarik minat Ezad nak selak majalah ni, tak buang mase Ezad capai majalah ni terus selak, satu persatu muke surat sambil tengok gambar2 yang menarik diantarenye gambar awek2 model yang berpakaian seksi habis tahap Meletop!!… Tapi tu perkara biase bagi Ezad, cume dalam tengah syok selak punye selak ade pulak gambar yang memang menarik! Tu yang Ezad nak kongsi dengan korang….

Ape die? Gambar Lelaki ntah ape bangse & agame die, tapi bergambar dengan anjing2 dalam mase yang same SiLelaki ni berpakaian yang agak sopan, pakaian yang dipakai tu adalah Baju Melayu dan bersongkok & satu lagi gambar memakai jubah. Emm… memang kite kat Malaysia ni berbilang bangse dan agame, tapi ade certain things yang agak sensitif untuk kite lakukan untuk menjaga sensitiviti masyarakat!. Macam SiLelaki ni tanpe segan dan silu membawa trade mark orang melayu iaitu berbaju melayu, yang melambangkan kesopanan dan agame yang dipegang iaitu Islam bagi orang melayu tapi bergambar dengan anjing2 yang memang digambarkan jijik bagi orang melayu!... Haa.. marah ni…..



Sebelum ni juga ade gambar2 lain, diantarenye awek bertudung mendukung babi!. Sekarang ni Lelaki bersongkok memeluk anjing!. Ape sudah jadi to this world!!. Walau sekalipun korang yang dalam gambar tu buat sumer ni atas tuntutan kerja atau apepun takyah lah korang dengan megah dan bangga amik gambar pastu sebar2kan. Ape korang dapat hanyalah pandangan serong masyarakat, mungkin korang takde niat nak burukkan mane2 pihak tapi harap korang faham laa… sumer ni boleh menimbulkan macam2 kontroversi yang kurang sihat percayelah..(ditujukan pada tuan punya badan dalam gambar). Ntahlah Ezad kekadang meluat gak tengok sumer ni, korang macam mane plak?.....

Hai sumer.. yang mengenali Ezad tak kira dalam blog atau kat luar sane... Ezad memang dah lame tak update blog ni sebenarnye.. diatas sebab2 yang amat tak dapat nak dielakkan walau ditepis dengan lengan sebesar kayu balak. Dalam mase yang same gak Ezad memang dh ketandusan idea yang power2.... apepun harap korang sumer taklah bosan nak singgah kat blog ni.. Ezad will be back as soon as pagi to petang.. hehe... ok guy.. Salam.....

Selasa

Akhirnya sempurna - kawan ku kahwin

Kali ini Ezad nak kongsi dengan korang semua hari bersejarah untuk kawan Ezad iaitu majlis perkahwinan die dengan pasangannye... Hmm.. Kali nie entri ni khas untuk kawan Ezad nie.. Tapi Ezad taknak bercerite panjang lebar.. cume nak kongsi rakaman singkat yang disunting untuk tatapan dan kenangan kawan ezad ni (pengantin lelaki)... & semua kawan2 yang tak berkesempatan melihat majlis persandingan pada hari tersebut.

*Paparan Video ni kurang jelas sebab Ezad dah kompres. Jadi kalau korang nak video yang lebih jelas sila maklumkan kat Ezad ok.. *Tertakluk kepada Terma & Syarat.

"Ezad doakan semoga pasangan bahagie nie akan berkekalan hingga ke hari akhir......."


*Peringatan : Sekiranya rakaman video ini menganggu privasi pengantin dan sesiapa yang terlibat dalam rakaman ini sila maklumkan kepada webmaster (Ezad), untuk penyelesaian segala kesulitan. Terima kasih.

Jumaat

Friendship Award from Eleea


Disuatu hari yang penuh gemilang............

Hye as'kum, Disini Ezad nak ucapkan terime kasih kepada Cik Eleea kite kerana telah memilih Ezad sebagai penerime anugerah yang berprestij ini (Friendship Award), dan tak lupe juge untuk semua kawan2 tidak kire dimane jua, disetiap pelusuk bumi yang support Ezad dari setiap bucu...., dengan ucapan terima kasih!!!....
Hehe.. gempak lak saje je ni... nway thank Eleea....

Iklan

Selamat datang ke Ezadlah.blogspot.com ( Ezad tiada lagi filantropi )

Pengiklanan Di Laman Ezad :: Tiada Lagi Filantropi ::

Anda punya iklan yang hendak di iklankan dilaman ini :

Terma dan syarat :
  • Iklan anda haruslah tidak mengandungi gambar atau bahasa berunsur lucah 
  • Iklan  hanya akan dipaparkan pada ukuran paparan 125 x 125 ( pixel ).
  • Iklan akan dipaparkan di sebelah kanan blog Ezad -Tiada lagi filantropi ( Segala perubahan akan dimaklumkan ).
  • Ezad tidak akan bertanggungjawab atas segala kejadian yang mengundang masalah kepada pelanggan.
  • Ezad berhak untuk membatalkan langganan sekiranya berlaku sebarang masalah.
  • Segala perubahan pada paparan iklan haruslah dimaklumkan kepada Ezad ( Adiex@email.com )
  • Setiap langganan akan dikenakan RM 10 untuk setiap satu ruang iklan 125 x 125 ( pixel ), untuk tempoh sebulan. ( For changing size is negotiable )
"Jika anda berminat"


Cara2 melanggan  ruang iklan :
  • Email kan terus kepada Ezad di Adiex@email.com , disertakan dengan banner berukuran 125x125 ( pixel ), serta Web Address ( URL ) anda.
  • Letakkan subjek email : Iklan di Ezad.
Cara pembayaran :





  • Melalui Cash Deposit ( CDM ) Cimb Account : 0133-0023827-527 ( M.Izzat ).
  • Perpindahan secara online juga diterima.
Iklan anda hanya akan dipaparkan setelah Ezad menerima pembayaran.

Segala pertanyaan sila emailkan kepada Ezad ( Adiex@email.com )


Rabu

Award dari daus.via.my

Kali nie Ezad ucap time kasih kat daus.via.my sebab bagi award nie.... Untuk tidak mengecikkan hati pemberi Award nie.. Ezad jawab gak soalan2 yang diberi... Ntah ape point si daus nie...

1. Anda seorang bintang?
Ah, ah.. Ezad seorang bintang... bintang pe ek.. taik bintang kot....

2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
Eh mane r Ezad tau, kamu penulis berhak menilai sendiri.. Kalo Ezad mesti nak banyak2...

3. Adakah penulis seorang yang sombong?
Tak kot.. walau pun tak pernah bersua muke... tapi Ezad sure penulis nie.. msti tak sombong.. mungkin kemut je kot... hehe...

4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
Dari mane ek.. tak ingat lak Ezad... rase2 penulis yang perkenalkan diri kat blog Ezad....


5. Anugerah ini ada berapa warna?
Secara kasar dan rambang... setelah Ezad zoomkan mate nie kat Award tue... ade 4 warne je...

Ahad

Hubungan dan Kerja aku?

Kali nie memang Ezad dah takde idea.. mugkin disebabkan mood yang tak baik, menyekat adrenalin dari mengalir laju dalam tubuh aku yang membuatkan seluruh tubuh aku nie lemah, malah sakit2... ataupun simptom2 sebab aku nak kurangkan rokok.... Sebenarnye Ezad nak luahkan masalah kali nie, iaitu hubungan dan kerja. Kalo korang meluat takpe r.. yang penting aku dpt luahkan...

HUBUNGAN:

Kenape sebenarnye?
Sebab aku ade masalah yang dianggap remeh sesetengah pihak, iaitu masalah dengan hubungan aku...

Dengan sape?
My cayang merangkap my future wife...(girlfriend r..)

Betul ke?
Ntah aku kabur sebenarnye blur2 lagi.. hmm.. tapi kite dah bertukar-tukar sayang.. kire same2 suke r...

Ape masalah sebenarnye?
Macam2 oo00oo.. tapi aku tau ade jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah nie.. Aku sebenarnye ok, cume cayang aku nie lembut orang nye mudah tersentuh n senang feel sume benda.. kire cepat touching r.... cam ne ek?

So.. macam mane?
Ezad ade plan mase depan utk hubungan nie... supaye die happy n dapat ape yg die nak.. taknak die sedih2 lagi...(kalo lah die rase ape yang Ezad rase..) "Aku try be da best untuk die n nak buktikan kat family die gak aku nie superhero untuk anak die"

KERJA :

Kenape sebenarnye?
Ntah aku nie cepat bosan dengan kerja yang aku buat sekarang nie... selalu fikir betul ke ape yang aku buat nie? Sampai bile nak macam nie? Boleh ke die (ditujukan pada mak n abah girlfriend aku) terime aku dengan ape yang aku buat nie? Cukup ke gaji aku nie nak bagi makan anak orang? "sumer nie menakutkan aku" help!!!

Ape yang aku nak?
Gaji yang cukup... bukan kaye riban2 yang aku cari (tapi kalo kaye limpah2 alhamdulillah)... cukup bagi memenuhi soalan2 kat atas n lain-lain hal especially dapat kahwin anak orang tanpe masalah kewangan (tak payah gie cimb buat loan nak kahwin hehe...) dan tanggungjawab yang mesti aku buat utk sumer (espeacially mak Ezad) selagi aku pinjam bumi tuhan nie..

Yang macam mane?
Tak dikongkong, bebas, dapat luaskan pandangan, tak kena marah tak pasal2, yang tak menaikkan marah aku selalu, dapat buat kerja dengan orang yang paham sape aku.... ishk. macam2 r.. kerja yang boleh buatkan aku yakin untuk berdepan dengan sape2 n benda2 yang bakal aku tempuh (harap korang faham)...

Ntah la... aku masih terus mencari sebenarnye... eemm.... korang macam aku jugak ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review