Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan

Khamis

Mat karpet dan Mangsanya



Salam... Hurm.. macam biasa lah Ezad akan online dan cari berita yang boleh dibaca dan menarik.. Tapi kali ni berita yang paling menarik ezad terbaca Kisah "Si penjual karpet dan Anak pembeli karpet" hehehe... Cerita ni bermula bila mak si pembeli karpet nie ada beli karpet dengan mat karpet lah yang juga warga pakistan, alah korang semua pun maklum lah... biasa nya korang panggil "bangla karpet", alah.. yang naik moto. Lepas tu, karpet sebesar-besar tidak dia orang ikat kat belakang, diusung sana sini, jalan rumah ke rumah, jual karpet, "usha" makcik-makcik dan orang yang memang mudah terpedaya. Walaupun harga yang ditawarkan memang mahal tapi dengan sistem bayaran secara ansuran, "boleh hutang" cukup memperdayakan pembeli, yang majoritinya orang melayu. ishk ishk.....

Bukan apa, artikel yang ezad baca ni mengenai si pembeli karpet ni dipercayai tak dapat nak melangsaikan hutang karpet yang dibeli lebih kurang 2 tahun lalu yang kini hutang mencecah RM 3000. Fuh mahal nya?.. Karpet terbang ker?..

Yang menjadi mangsa pula, ialah anak si pembeli karpet ni(Perempuan), yang terpaksa dikahwinkan dengan mat karpet ni untuk melangsaikan hutang karpet yang tertangguh sekian lama.. Ishk.. apa punya manusia lah.. Yang anak ni pula terpaksa turutkan, demi manjaga keselamatan keluarga dari gangguan penjual karpet yang asyik meminta hutang. Dipercayai juga ramai yang dah jadi mangsa kat malaysia ni.. kena kahwin dengan mat karpet untuk langsaikan hutang karpet. Dan akhirnya ditinggalkan tanpa apa-apa berita.

Bukan apa, meluat pula ezad dengar cerita macam ni, apa dah tidak ada cara dan alternatif lain ker dari menggadaikan anak kepada mat karpet demi melangsaikan hutang karpet. Yelah kalau dah rasa nak beli karpet sangat beli lah kat tempat-tempat yang lebih terjamin yang boleh berhutang. Paling tidak mungkin karpet kena sita kalau tak bayar, lebih baik dari menggadaikan anak. Atau tidak payahlah berhutang hanya untuk segulung karpet, lebih baik beli secara tunai, kalau tidak mampu, lebih baik simpan duit, kalau dah cukup baru beli.. ok.. Korang cube renung-renungkan.. apa yang berlaku ni, memang sesuatu yang bodoh dan amat memalukan.

Rabu

Pelacur akuarium!!!

(Pic by Google)

PELACUR!!!! hehe.. Ni Ezad nak kongsi cerita pasal pelacur ni.. korang mesti dah bosan, senang cerita dah mual, nyampah tahap gabanlah katakan. Bila dengar jer ayat pelacur ni kan?. Bukan apa, Ezad rasa korang semua mesti dah tahu kan baru-baru ni cerita tentang serbuan rumah pelacur yang agak class lah katakan.. Mana tak nya semua pelacur-pelacur kita boleh langgan dengan cara pilih yang mana best, semuanya dah di "DISPLAY" kan baik-baik dalam akuarium!!!

Serbuan tu dibuat di sebuah rumah kedai yang terletak di Avenue Park, Kuchai lama. Yang Ezad agak teruja semangat perniagaan yang ada pada Towkey yang buat bisnes ni, sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk mengubah suai kedai tu, dengan menampilkan ciri-ciri moden yang agak mewah hanya untuk menjalankan bisnes pelacuran ni. Hurm... pelik betul tak kan dia tak tahu bisnes ni memang tak dibenarkan kat Malaysia, tapi masih lagi sanggup membuat pelaburan yang besar untuk bisnes pelacuran ni.

Pelacur-pelacur yang kena cekup masa serbuan tu seramai 9 orang, warga China, yang juga dikenali sebagai "China Doll Gred A", dengan kos pakej yang dikenakan untuk pelaggan sebanyak RM 160 untuk pakej biasa dan RM 180 untuk pakej istimewa (Mandi sama-sama), Fuhh.. macam-macam..Semua pelacur ni kena tahan sebab datang kat Malaysia ni dengan hanya menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi telah bekerja sebagai tukang urut dan pelacur.

Apa dah jadi dengan manusia ni kan... macam-macam peluang ada kat sekeliling kita ni yang lebih berfaedah dan bermanfaat dari jadi Towkey buat bisnes pelacuran, dan bekerja sebagai pelacur.. Tak salah kalau kerja kat McD ker KFC ker apa-apa jelah janji tak salah disisi undang-undang dunia. Korang fikirlah sendiri eh....

Jumaat

Culik Anak Along


Kali ni Ezad cume tertarik dengan berita ni.. yang melibatkan 5 orang tertuduh telah menculik anak along untuk dijadikan tebusan dengan membuat tuntutan sebanyak RM 30,000. Namun segalanya bertukar menjadi igauan bagi mereka sendiri apabila tindakan mereka dikesan pihak polis. Hurm.. Ezad taknak cerita banyak lah.. Korang bacalah sendiri berita kat bawah tue.

KULAIJAYA: Empat lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menculik anak perempuan seorang peminjam wang dan rakannya bagi mendapat wang tebusan, pada awal Julai lalu.

Tertuduh, Ismail Jaafar, 39, Wan Karmizi Muhamad, 28, Muhamad Awan A Bakar, 23 dan wanita warga Filipina, Aida Jamhalie Samson, 32 dituduh secara berasingan menculik Lew Wei Your, 19, meminta wang tebusan RM30,000 sekitar Danga Bay Johor Bahru, pada jam 11.30 malam pada 5 Julai lalu. Mereka juga dituduh menculik Leow Oun Keong, 30, di tempat, tarikh dan waktu sama. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.


Kelima-lima tertuduh tenang ketika tuduhan dibacakan juru bahasa, namun tiada sebarang pengakuan dicatatkan.


Majistret Siti Aishah Abd Rashid menangguhkan kes berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi, tetapi tidak menetapkan sebarang tarikh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review