Author : Ezad @©©The cronicle of mind.. (ep. Perasaan)
©©If u can read this it's mean you are human with soul..©©
Asal nama manusia mesti ada perasaan. Tidak kira lah apa jenis perasaan sekalipun. Kekadang perasaan yang ditonjol atau diluahkan itu amat rumit untuk difahami, lebih-lebih lagi oleh manusia yang punya perasaan yang lebih rumit untuk difahami jika bertembung. Jika dua makhluk ini bertemu maka perasaan tadi akan jadi lebih rumit yang senang ezad nak ungkapkan ialah the chronicle of mind kerana banyak lagi misteri otak yang belum dapat lagi dikenalpasti. Segalanya berpunca dari otak yang bertindak balas secara bijak dan terus mentafsir perasaan tadi lalu bertindak balas dalam pergerakan anatomi tubuh yang menghasilkan daya zahir secara tidak langsung perasaan yang tidak diluahkan tadi dapat dikenal pasti oleh manusia yang memerhati dengan hanya mengenalpasti memek muka seseorang. Tetapi semuanya hanya atas nama perasaan, cuma tidak pasti apa yang sedang dialami oleh mangsa 'perasaan' tersebut. ©©

©©''Syaitan akan menggoda manusia bagai darah yang melalui urat-urat tubuh'' ©©
Dengan itu seperti yang diperkatakan Tuhan, manusia adalah sebaik-baik ciptaan nya dan bagi Ezad otak yang kita miliki ini lah yang mengawal seluruh Jasad manusia yang berintikan roh. Maka gunakanlah otak sebaik-baiknya dalam mentafsir perasaan supaya segala sempurna. Mungkin seperti yang dipertikaikan diatas tadi tindakan bagai tiada perasaan mugkin adalah disebabkan penggunaan otak yang tidak sempurna.
Akhirnya apa perasaan anda setelah selesai baca semua diatas, marah? kalau ada yang tak betul silalah komen ikut perasaan...
©©p/s : Tafsirlah perasaan baru bertindak mengikut kewarasan.. jangan cepat perasan.. :p