Memaparkan catatan dengan label budaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budaya. Papar semua catatan

Jumaat

Kronikal Filem Melayu...


Salam sumer... Ehem... Lebih kurang 10 tahun dah Ezad jadikan tabiat menonton wayang ni sebagai hobi... Dalam 10 tahun ni juga macam-macam genre filem dah Ezad tonton. Filem melayu adalah diantara filem yang Ezad tonton, dalam masa yang sama Ezad akan buat penilaian diantara filem-filem tersebut.

Lagi-lagi dalam tahun 2000 hingga 2011 filem melayu semakin banyak bagai cendawan tumbuh. dari semua genre, diantaranya ialah Cinta, aksi, Seram, Komedi, dan sekarang ni ade Komedi Seram pulak... Tapi yang menjadikan Ezad agak kurang minat menonton filem kita sebab kebanyakkannya masih ditakuk lama.... Apa yang Ezad maksudkan ialah dari teknik pengambaran, aksi yang dipaparkan, jalan cerita yang agak membosankan, seperti klimaks yang tidak langsung mendatangkan apa-apa reaksi pada penonton, dan kesudahan yang agak manyakitkan juga, selalu menjadikan filem melayu agak mengjengkelkan. 

Tapi bukan semua filem melayu yang Ezad maksudkan.. hanya  separuh, yang mungkin disebabkan skrip yang ditulis memang tak best langsung.. atau pengarah yang kurang hebat, atau mungkin juga penerbit yang kekurangan bajet untuk membuat pengambaran yang melibatkan modal yang agak besar, tapi inginkan pulangan yang besar. Seperti dalam tahun-tahun 2000 dan seterusnya banyak filem yang hanya bermodalkan pelakon ternama dan modal-modal lawak, yang  menjadi tunjang filem untuk manjadikan filem tersebut menarik. Bak kata David Teo "ini taun r, kita ala manyak flem...." Dia ni lah diantara penerbit yang tak lekang dalam industri filem melayu kita. Filem yang yang diterbitkan tak macam banyak pulak.. Tapi adakah filem-filem tue berkualiti? atau hanya suam-suam kuku? atau, langsung tiada kualiti?. Penilaian di tangan anda sendiri.

Tapi orang macam David nie boleh membuka mata bagi penerbit lain, supaya berlumba-lumba untuk menerbit filem. Secara tak langsung wayang kita tak lekang dek filem kita. Taklah asyik filem barat jer yang ada kat wayang.

Soal pengarah bagi Ezad pulak ada juga yang bagus dan kurang bagus... ada pengarah yang macam syok sendiri jer.. dan ada pengarah yang memang memiliki kebolehan mengarah yang amat baik. Kalau dulu Aziz M. Osman ni memang diantara pengarah yang hebat lah sebab dengan idea pengarahan yang amat unik tapi sekarang nie die dah kurang mengarah filem. Yang menjadi tarikan Ezad sekarang ni adalah Filem yang diarahkan oleh Yusri Abg Halim tak kurang juga Edry Abd Halim, dimana filem yang diarahkan mereka adalah juga hasil penerbitan mereka sendiri iaitu "KRU Studios" dan kebanyakan filem yang diarahkan mereka agak luar biasa dari filem-filem melayu lain. Genre filem yang ditunjukkan agak berbeza dan dapat membuka mata bagi penerbit dan pengarah lain dalam industri filem melayu yang masih takut-takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Dimana filem yang diterbitkan KRU ini juga kita dapat menandingi filem barat, jika tidak sekalipun ia cukup dapat bersaing dengan filem barat.

Disebabkan pemikiran orang melayu yang kebanyakkannya sudah dibanjiri oleh segalanya yang datang dari barat, tidak dapat dinafikan filem barat juga telah banyak mempengaruhi orang melayu, dengan aksi yang dipaparkan, jalan cerita yang menarik serta meninggalkan kesan, pengambaram yang agak luarbiasa, dimana teknik-teknik CGI diterapkan dalam sesebuah filem yang secara tak langsung menjadikan filem yang ditonton tue menarik.

Syabas lah kepada KRU Studios yang telah menghasilkan filem-filem yang agak pelik bagi pengarah-pengarah tempatan, tetapi dapat membuka mata yang filem kita juga setanding Hollywood malah lebih hebat dari Bollywood. Sikap berani dan mendahului juga dapat menjadi tunjang untuk filem kita lebih berkembang maju, supaya tidak lagi berada ditakuk lama.


Filem melayu terbaru yang patut kita ramai-ramai pergi tengok wayang pada 10 Mac ni, Hikayat merong Mahawangsa diantara filem melayu terhebat Ezad rasa, tengok trailer dah gempak semacam, sekali pandang macam ada babak dalam Lord of the Ring, Narnia semua... Ezad percaya filem ni memang menarik lagi-lagi teknik CGI dan latar belakang serta corak pengambaran yang memang berbeza dari filem-filem tempatan yang lain, dapat menjanjikan kepuasan rasanya, fuh... Filem yang macam nilah, yang mugkin ditunggu-tunggu oleh orang kita kot... 

Korang pandai-pandai lah menilai sendiri eh... " Hidup Filem Melayu" / " Wayang kita filem kita".

Maulud?? Valent?? Hoh.. Awal muharam??

Salam... semua. Hari ni Ezad hanya nak kongsi pasal masalah yang dihadapai oleh orang melayu, yang majoritinya beragama islam. Baru-baru ni korang sedar tak yang Maulidur Rasul baru sahaja kita sambut, atau yang korang perasaan hanya hari "Valentine day"

Bukan apa, Ezad rasa sedih bila hari-hari penting bagi umat Islam tak diambil kisah. Lagi-lagi orang melayu kita sendiri yang beragama Islam, majoritinya dari golongan anak-anak muda. Mana tak nya.. Bila 14 feb jer sibuk semua pergi beli bunga nak dihadiahkan pada pasangan masing-masing sebagai tanda kasih sayang, cinta dan sebagainya.

Sebenarnya kalau nak hadiahkan bunga untuk pasangan tak perlulah nak tunggu hari Valentine Day ni.. Sebab bagi pandangan Ezad, bila kita memberi bunga ker ape-ape jelah sebagai tanda kasih sayang pada pasangan kita pada hari Valentine ini.. secara tak langsung kita seperti telah meniru gaya serta cara yang dipraktikkan oleh orang kafir dimana "VALENTINE DAY" ini sendiri mempunyai sejarah nya yang tersendiri, yang sama sekali boleh memesongkan akidah kita sebagai seorang muslim.

Difahamkan Hari Valentine ini adalah hari bagi memperingati seorang paderi yang digelar Valentine, dan telah dihukum mati oleh pemerintah rome atas sebab tertentu (kalau korang nak lebih detail boleh lah korang google sendiri "the history of Valentine Day") Dan semasa tempoh paderi ini dipenjarakan ramai fanatik-fanatik beliau melawat beliau dengan menghadiahkan kuntuman bunga sebagai tanda menyokong perjuangannya. Dan dipercayai juga Paderi tersebut telah dihukum mati pada 14 FEB 270 AD. Namun terdapat berbagai cerita mengenai Valentine Day ini, dipercayai terdapat 3 cerita berbeza mengenai Valentine, walau bagaimanapun ketiga-tiga cerita tersebut mengisahkan pejuang-pejuang Rome, Kristian yang terang bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi hakikatnya hari Valentine ini adalah sempena memperingati pejuang kafir yang terkorban.

Jadi macam mana, korang masih lagi nak sambut Hari Valentine Day? Bukan apa, seperti baru-baru ni, Maulidur Rasul baru jer lepas kan.. adalah lebih baik kita sambut hari Jadi Nabi Muhammmad S.A.W ini.. Dengan iringan selawat keatas beliau. sebab beliau adalah pejuang yang memang dikenali seluruh umat manusia, dan ramai yang mengagumi perjuangan beliau, bukan sahaja dari pandangan agama, malah politik, ekonomi dan macam-macam lagi lah yang banyak dijadikan petunjuk dan rujukan bagi umat manusia.


Dan Ezad juga nak ingatkan kepada semua umat islam, supaya ingatkan sesama sendiri tentang hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ini semoga kita semua peka, ingat dan sedar tentang hari Maulud ni.. Bukan Valentine!!!!.. Ni pulak ada, bila ditanya esok hari apa ek?? Dengan sombong dan bongkak jawab Awal muharam... (tengkorak kau!!!) Astaghfirullahalazim... Entah lah apa nak jadi.. Si Valentine yang tak pasal-pasal tu ingat... Hari Lahir Nabi Muhammad pun tak ingat.. Jadi dari sekarang marilah kita saling ingat-mengingati.

Kesimpulannya tak perlu lah Sambut Valentine eh.. walaupun tanpa niat, tapi cukup sekadar meniru tradisi yang telah dipraktikkan oleh orang kafir ini, boleh menggongcang akidah dan iman sebagai seorang Islam.

Rabu

Pelacur akuarium!!!

(Pic by Google)

PELACUR!!!! hehe.. Ni Ezad nak kongsi cerita pasal pelacur ni.. korang mesti dah bosan, senang cerita dah mual, nyampah tahap gabanlah katakan. Bila dengar jer ayat pelacur ni kan?. Bukan apa, Ezad rasa korang semua mesti dah tahu kan baru-baru ni cerita tentang serbuan rumah pelacur yang agak class lah katakan.. Mana tak nya semua pelacur-pelacur kita boleh langgan dengan cara pilih yang mana best, semuanya dah di "DISPLAY" kan baik-baik dalam akuarium!!!

Serbuan tu dibuat di sebuah rumah kedai yang terletak di Avenue Park, Kuchai lama. Yang Ezad agak teruja semangat perniagaan yang ada pada Towkey yang buat bisnes ni, sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk mengubah suai kedai tu, dengan menampilkan ciri-ciri moden yang agak mewah hanya untuk menjalankan bisnes pelacuran ni. Hurm... pelik betul tak kan dia tak tahu bisnes ni memang tak dibenarkan kat Malaysia, tapi masih lagi sanggup membuat pelaburan yang besar untuk bisnes pelacuran ni.

Pelacur-pelacur yang kena cekup masa serbuan tu seramai 9 orang, warga China, yang juga dikenali sebagai "China Doll Gred A", dengan kos pakej yang dikenakan untuk pelaggan sebanyak RM 160 untuk pakej biasa dan RM 180 untuk pakej istimewa (Mandi sama-sama), Fuhh.. macam-macam..Semua pelacur ni kena tahan sebab datang kat Malaysia ni dengan hanya menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi telah bekerja sebagai tukang urut dan pelacur.

Apa dah jadi dengan manusia ni kan... macam-macam peluang ada kat sekeliling kita ni yang lebih berfaedah dan bermanfaat dari jadi Towkey buat bisnes pelacuran, dan bekerja sebagai pelacur.. Tak salah kalau kerja kat McD ker KFC ker apa-apa jelah janji tak salah disisi undang-undang dunia. Korang fikirlah sendiri eh....

Jumaat

Puasa Karaoke!!


Korang kaki karaoke tak? Macam Ezad karaoke ni kire bolehlah.. Lagi best bile pergi dengan member-member yang macam-macam ragam.. ada yang perasan suara sedap, ada yang memang ada bakat tapi takder rupe, ada jugak yang tukang kutuk jer, tapi diri sendiri nyanyi macam hampeh!!!..

Yelah muzik dalam kehidupan harian kita memang tak boleh dipisahkan lagi.. Boleh tak korang bayangkan hidup tanpa muzik.. Ishk.. mungkin ada yang terasa macam nak kiamat dibuatnya. Itulah kuasa muzik pada era sekarang nie.. Music for life...

Ini ada satu perkara yang mungkin korang maklum juga, Ezad cuma nak tau pendapat korang? Kerajaan negeri perlis, mengisytiharkan semua pusat-pusat hiburan yang berunsur karaoke akan ditutup pada sepanjang bulan Ramadhan nanti. Keputusan seperti ini adalah menjadikan Perlis negeri pertama yang mengeluarkan usul seperti ini bagi menghormati bulan Ramadhan.

Korang rasa patut ker usul ini diteruskan? Bagi ezad ada baik dan buruk bagi melaksanakan usul ini.. Yelah mungkin akan disokong sesetengah pihak, Ezad percaya tidak majoriti yang dapat menerima keputusan ini. Bagi Ezad masih banyak lagi tempat-tempat atau pusat-pusat hiburan yang lain yang terang-terang yang boleh mendatangkan suatu perkara yang tidak sihat malah lebih teruk berbanding pusat karaoke, yang harus ditutup.

Bukan menghalang untuk melaksanakan tindakan ini.. tapi cubalah bertindak dengan lebih cekap dan anjurkan suatu yang lebih bermakna untuk bulan Ramadhan dari hanya sekadar menutup pusat karaoke untuk tanda menghormati, malah Ezad juga percaya tindakan ini dibuat bagi mengelakkan gejala kurang sihat ketika Ramadhan.. Jadi korang yang memang Super addicted to karaoke tu, macam mane lah ek.. bulan Puasa nanti.. Jawabnya Puasa karaoke la korang hahaha ( untuk orang Perlis jelah.... ).

Selasa

Poco-poco


Poco-poco, korang pernah dengar kan.. Tarian ni dah semakin popular kat malaysia nie, sampai ada yang menarikannya di merata-rata tempat. Tarian ini juga nampak mudah untuk dipraktikkan. Tahu tak korang... dari mana asalnya tarian poco poco nie? Tarian nie barasal dari Indonesia.

Tarian ini juga merupakan tarian tradisi bagi keturunan asli Minahasa di kepulauan timur Indonesia. Namun pada hari ini Poco-poco menjadi semakin popular di kalangan masyarakat kerana ada yang mempraktikkannya sebagai senaman aerobik kerana pergerakan yang mudah dan bersahaja. Beberapa hari yang lepas Ezad ada merakamkan sedikit tarian Poco-poco, semasa di Plaza Larkin Sentral JB.


 


Walaubagaimanapun banyak kontroversi Poco-poco sejak akhir-akhir nie. Ada yang menyatakan tarian ini sebenarnya berasal dari Filipina bukan Indonesia malah ia juga ditarikan oleh masyarakat beragama Kristian ketika upacara sembahyang mingguan mereka. Dan cara tarian Poco-poco yang melakukan pergerakan langkah yang berbentuk "t" juga menjadi penguat bagi andaian mereka tentang kontroversi ini, serta ada juga yang hendak menjatuhkan status tarian ini kepada haram seperti mana yang pernah dilakukan terhadap "Senaman Yoga" yang dikatakan mempunyai unsur-unsur hindu yang mampu menyesatkan akidah seorang Islam.


Bagi Ezad semua ni mengarut lah, Sebab segalanya bergantung kepada kehendak dan niat individu untuk melakukan sesuatu. Jangan lah menjadi orang yang kolot dan cetek pemikiran dan mudah membuat Undang, Fatwa dengan hanya mendengar suara segelintir masyarakat yang tak terbuka pemikiran mereka. Apepun bagi Ezad Tarian Poco-poco memang unik dan boleh dipraktikkan sebagai senaman Aerobik, dan juga adalah lebih baik dari senaman Aerobik yang dipraktikkan di Barat dengan pergerakkan terkangkang-kangkang yang terang-terang memang tidak sopan kalau dipraktikkan oleh golongan wanita muslimah.. Korang fikirlah sendiri... Achtung!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review