Khamis

Hackers, hack you!!!

Salam..

Ezad nak cerita pasal penggodam, atau dalam panggilan yang mudah hacker. Kalau dekat Malaysia korang rasa ramai tak hacker yang hebat-hebat yang mampu menguasai segalanya seperti menggodam maklumat, memecah masuk data-data rahsia, dan macam-macam lagilah. Ezad rase kurang :p ...

Seperti baru-baru ni.. Pihak berkuasa Negara China telah menumpaskan pusat latihan penggodam!! yang telah melatih berjuta-juta pengguna untuk menjadi penggodam yang bertauliah. Web yang telah diberi nama Black Hawk Safety Net, yang telah memberi perkhidmatan tersebut, telah pun ditutup.

Walaubagaimanapun semasa perkhidmatan web tersebut masih berjalan Black Hawk Safety Net telah mengaut keuntungan sebanyak $1 juta dari 12 000 pelanggan berdaftar yang akan diajar teknik-teknik menggodam, menggunakan Trojan untuk memecah masuk data-data komputer. Dan selebihnya seramai 170 000 pengguna yang berdaftar secara secara percuma.


Google dan Kerajaan Amerika telah menuduh penggodam-pengodam China telah menyerang secara sofistikated terhadap Kompeni-kompeni besar Amerika Syarikat dan Eropah. Seperti Bank, kontraktor pertahanan, kompeni teknologi dan akaun emel persendirian. Dengan itu juga Kementerian industri dan teknologi maklumat telah menyatakan sebanyak 42 000 laman web telah menjadi sasaran penggodam.


Bagi Ezad ini memang luarbiasakan. Tapi dalam masa yang sama Ezad rasa teruja dengan kehebatan dan kepakaran penggodam-penggodam ini yang telah melakukan serangan siber secara besar-besaran. Ini menunjukkan, tahap keselamatn dalam internet masih lagi rapuh dan perlu dipertingkatkan lagi. Demi keselamatan manusia sejagat yang menggunakan internet dalam kehidupan harian.


 
P/s : Beware of Hackers Threats...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review