Khamis

Beauty for the Beast

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Ape korang tau pasal cantik?.  Kalau Ezad nak huraikan petikan kat atas tue, memang banyak... Ok ezad huraikan apa yang ezad nak cerite sekarang nie.


  • Cantik yang dituntut adalah kekemasan diri dari segi pakaian terutama dalam melakukan ibadah atau ke majlis2 agama, tetapi bukan untuk melaram nak menunjuk-nunjuk sebab ini akan menimbulkan riak secara tak langsung mendatangkan dosa.
  • Cantik juga seseorang itu jika dipenuhi dengan ilmu duniawi & ukhrawi di dalam dirinya yang menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada TUHAN.
Tapi sekarang nie ezad nak cerite pasal cantiknye seorang perempuan bagi pandangan seorang lelaki hensem macam ezad dari pandangan kasar. Pada dasarnya memang ezad rase lelaki akan tertarik pada seorang perempuan ni dari paras rupa, senang nak cakap pandangan pertama ( alah takkan korang tak biase bile tengok orangkan tengok muke dulu baru tengok atas bawah ).

Biasanye paras rupe ni jugaklah yang mengheret lelaki nak sangat kenal dengan perempuan tue, yang bernasib baik, ayat power, pandai melayan, pandai ambil hati.. melekat lah dua insan nie..
JADI!!! Wahai Awek2 kat luar sane berhiaslah kamu secantik mungkin atas niat yang betul dan cara yang betul mengikut protokol!!!. Ini menunjukkan lelaki memang suke yang cantik.

Tapi ingat wahai awek2 sekalian, cantik kat paras rupa tak cukup, sebab lelaki ni bile dah kenal die nak tengok juga perangai si awek ni, CANTIK TAK CANTIK!!!. Ada lelaki juga tak kisah paras rupa kerana ada yang lebih pentingkan sifat dalaman. Cantik mengalahkan Miss Universe tapi perangai hampeh pun lelaki tak suke, ( Silap2 kene Creettt! je pastu kene tinggal ). Jadi macam nilah wahai awek2 cantik janganlah korang megah sangat dengan kecantikan yang dianugerahkan. CUKUPLAH!!! sekadar menghargai pemberian Tuhan ni selagi korang belum berkedut di dahi walau korang tak berkerut.


INGATLAH!! cantik itu hanya sementara, maka peliharalah ia.


Janganlah pulak ada yang pergi opret!!! muke semate-mate nak cantik. Tampal sane, gam sini, last2 muke berot!!!. Bersyukurlah ape yang korang dapat.


Hurmm.. bagi perempuan2 yang dah berkahwin pun penting supaya nampak cantik, yelah bile cantik selalu suami ni taklah heran bile tengok awek cantik kat luar sana.  "Jadilah cantik seperti mana dituntut Tuhan mu, dan cantiklah kamu dihadapan suami mu". Ezad rase kecantikan jugak salah satu cara yang dapat menjamin kebahagian berkeluarga.

P/s : Sorry la.. kalau ayat2 kat atas ni tak cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review