Khamis

German VS Spain 0 - 1



Seperti yang dijangkakan Ezad, German akan tumpas bagi perlawanan menentang Spain. Seperti yang kita maklum pemain-pemain spain semuanya adalah dari kelab-kelab yang gah diantaranya Real Madrid dan Barcelona.

Pada perlawanan masa pertama tiada jaringan dilakukan oleh kedua-dua pasukan, tetapi perlawanan agak sengit apabila Spain melakukan cubaan gol sebanyak 2 kali, manakala German sebanyak 1 kali.


Pada masa kedua jaringan telah dilakukan oleh Spain hasil dari tandukan Puyol yang disambut cantik dari tendangan korner oleh Xavi pada minit ke 72. Bagaimanapun perlawanan tetap diteruskan dengan cubaan bertubi-tubi oleh Spain, begitu juga German. Namun kekalahan tetap milik German untuk perlawanan kali ini. Achtuinkk!!

Rabu

Belanda 3, Uruguay 2...


Seperti yang dijangkakan Pasukan yang gah dengan berjersi oren (Belanda) pasti menang melawan Uruguay. Corak permainan yang tak membosankan dari masa pertama hingga masa kedua yang penuh dengan aksi-aksi menarik, memang mengujakan. Ditambah lagi dengan refferee (Ravshan Irmatov, Uzbekistan) yang kurang peka pada setiap kesilapan pemain-pemain.

Pembukaan jaringan dilakukan oleh Belanda hasil jaringan Giovanni van Bronckhorst, seterusnya jaringan Uruguay oleh Diego Forlan Kedua-duanya dijaringkan pada masa pertama.

Masa kedua belanda menambah jaringan hasil dari Wesley Sneijder, dalam masa yang singkat sekali lagi belanda membuat jaringan oleh Arjen Robben. Tanpa mengaku kalah Uruguay sempat memecah gawang lawan hasil dari rembatan Maximiliano Pereira. Hasilnya Belanda 3, Uruguay 2...



Go!! Orange Go!!!

Selasa

Poco-poco


Poco-poco, korang pernah dengar kan.. Tarian ni dah semakin popular kat malaysia nie, sampai ada yang menarikannya di merata-rata tempat. Tarian ini juga nampak mudah untuk dipraktikkan. Tahu tak korang... dari mana asalnya tarian poco poco nie? Tarian nie barasal dari Indonesia.

Tarian ini juga merupakan tarian tradisi bagi keturunan asli Minahasa di kepulauan timur Indonesia. Namun pada hari ini Poco-poco menjadi semakin popular di kalangan masyarakat kerana ada yang mempraktikkannya sebagai senaman aerobik kerana pergerakan yang mudah dan bersahaja. Beberapa hari yang lepas Ezad ada merakamkan sedikit tarian Poco-poco, semasa di Plaza Larkin Sentral JB.


 


Walaubagaimanapun banyak kontroversi Poco-poco sejak akhir-akhir nie. Ada yang menyatakan tarian ini sebenarnya berasal dari Filipina bukan Indonesia malah ia juga ditarikan oleh masyarakat beragama Kristian ketika upacara sembahyang mingguan mereka. Dan cara tarian Poco-poco yang melakukan pergerakan langkah yang berbentuk "t" juga menjadi penguat bagi andaian mereka tentang kontroversi ini, serta ada juga yang hendak menjatuhkan status tarian ini kepada haram seperti mana yang pernah dilakukan terhadap "Senaman Yoga" yang dikatakan mempunyai unsur-unsur hindu yang mampu menyesatkan akidah seorang Islam.


Bagi Ezad semua ni mengarut lah, Sebab segalanya bergantung kepada kehendak dan niat individu untuk melakukan sesuatu. Jangan lah menjadi orang yang kolot dan cetek pemikiran dan mudah membuat Undang, Fatwa dengan hanya mendengar suara segelintir masyarakat yang tak terbuka pemikiran mereka. Apepun bagi Ezad Tarian Poco-poco memang unik dan boleh dipraktikkan sebagai senaman Aerobik, dan juga adalah lebih baik dari senaman Aerobik yang dipraktikkan di Barat dengan pergerakkan terkangkang-kangkang yang terang-terang memang tidak sopan kalau dipraktikkan oleh golongan wanita muslimah.. Korang fikirlah sendiri... Achtung!!!

Ahad

Achtung!! Germany!!!

VS

Kenapa bendera German dibesarkan? Sebab saje nak bagitahu korang yang german menang dalam perlawanan Piala Dunia 3hb Julai 2010, Kemenangan German pada perlawanan menentang Argentina kali ini memang dikira menang bergaya lah.. luar biasa dan mungkin akan memberi kejutan yang amat sangat, bagi penyokong Argentina.

Dalam 3 minit pertama perlawanan sahaja belum sempat pemain-pemain Argentina memanaskan badan untuk stamina, German sudah pun menjaringkan gol pertama dengan penuh bergaya, hasil dari tendangan percuma Bastian manakala disambut dengan tandukan Thomas Mueller.


Gol kedua dijaringkan oleh Klose manakala jaringan gol ketiga oleh Arnie Friedrich dan gol keempat sekali lagi oleh Klose.


Argentina bukan takde peluang, apa yang Ezad lihat banyak cubaan gol dilakukan tapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol German. Lagipun lontaran yang diberikan alahai.. takder power langsung.. Ape sudah jadi anak-anak buah Maradona tak dapat barang kokain ker sebelum masuk padang hehe..


Don't Cry for me Argentina.. it's our fault... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review