Khamis

Lelaki bercinta, mencintai & dicintai...

Dalam ketandusan idea, Ezad.. no choice nak bercerita pasal lelaki yang baru nak bercinta dan nak dicintai. Mungkin tak semua lelaki macam yang Ezad gambarkan... Hurm.. tapi percaye r, ramai kawan-kawan Ezad yang "lelaki" setuju dengan ape yang Ezad cakap...

Betul tak kalo Ezad cakap lelaki ni mase baru-baru nak tackle awek, dia akan....
-Cube dapatkan cara to keep ini touch (tipon, email.... dll.)
-Cakap yang indah-indah belaka...
-Merendah diri tapi still control, supaye tak nampak teruk sangat...
-Macho semacam...
-Jawab mesej walau dalam waktu kecemasan (mase tengah berak.. awek mesej jawab gak cepat-cepat..) cth mesej:
Awek : Hye busy ke??
Lelaki: Tak r.. tengah rilex ni (realitinye dalam jamban bergelut dgn sembelit..)
Bile dah kenal...
-Selalu call, msg awek tu...
-Bercerite pasal latar belakang... (tapi banyak berahsia)
-Tanya benda-benda remeh... (dah makan, dah mandi, gosok gigi guna colgate ke?? mcam-macam r..)

Lelaki ni pulak selalu berpura-pura takde masalah especially kewangan... contoh-contohnye...
-Mase awek tu cakap "takde kredit r phone nak mesej...." (fuh.. terus transfer kredit kat awek tu....)
-Mase keluar makan lepak kat tempat yang class.. (McD, KFC, Starbucks, macam-macam lagi ...) Bayar takde hal..
-Kuar jalan-jalan.. (Beli je.. ape awek tu mintak..)

Kenape mesti lelaki buat tu semua?. Bagi Ezad lelaki jenis ni memang ikhlas mencintai dan dincintai oleh awek tu, cume certain things need to be secret.... (ade baiknye untuk berahsia..)

Jadi bagi awek-awek yang kat luar sane.. tanamlah sifat untuk terus menghargai lelaki disisimu... Sesungguhnya lelaki ni tekankan perfection tapi kekadang out of control... but still mahu dicintai dan mencintai. Mungkin korang (awek-awek) tak jumpe lelaki yang macam Ezad gambarkan, sebab tu dah nasib korang. Kalo korang terjumpe lelaki macam ni try to appreciate. Atau korang ade pendapat yang lain bagitau r... bolehlah Ezad kongsi... (mungkin ade sambungan...)

Ahad

Pemerintah golongan Rahman??

Kali ni Ezad nak kongsi dengan korang semua pasal satu hal yang agak menarik bagi Ezad. Hal yang Ezad nak kongsikankan ni amatlah payah untuk ditafsirkan secara logik akal. Ezad dapat tahu hal ni dari orang lame ( tua r, senang kire ). Hal yang melibatkan ketua-ketua pemerintah negara Tanah Melayu ( Malaysia r.. ).

Korang percaya tak??
- Kalau Ezad cakap semua pemerintah ni dah ditetapkan dari dulu lagi siapa yang bakal memerintah.
- Atau Penilik ( tok bomoh r.. ) yang paling hebat dah buat ramalan siape yang bakal memerintah negara ni?
- Atau semuanya dipilih mengikut nama atas ayat Rahman (Bahase Arab) iaitu Pengasih (Bahase Melayu).

Kalo macam gitu r citenye, kire kesemua pemerintah dan bakal pemerintah negara adalah dari golongan pengasih, hmm.. korang nilai r sendiri. Sebelum Ezad bercerita panjang lebar lagi, korang faham tak setakat ni?. Kalau tak faham takpe keep on reading.. Sekarang ni Ezad akan cerai-ceraikan satu-persatu abjad dalam ejaan Rahman berserta dengan nama-nama pemerintah negara.

R = Abdul Rahman ( yang pertama )
A = Abdul Razak ( yang kedua )
H = Hussien Onn ( yang ketiga )
M = Mahathir Mohammad ( yang keempat )
A = Abdullah Ahmad Badawi ( yang kelima )
N = ( Yang ni cube korang teka? Ezad percaya Najib A.Razak )

Ape pendapat korang pasal ni?. Hal ni dah lame menjadi tanda tanya, bagi Ezad r.. kalau korang ade pendapat atau cerita korang yang lebih sahih dan nyata yang tak boleh ditandingi lagi. Buat ape nak buang mase lagi, karanglah cerite korang kat komen. Kekadang terfikir gak, lepas Rahman dah cukup kuota ape pulak ek? Rahim agak nye.. haa.. tu pandai-pandai r korang buat research pasal ni yang masih menjadi misteri........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review