Memaparkan catatan dengan label Merepek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merepek. Papar semua catatan

Khamis

Mat karpet dan Mangsanya



Salam... Hurm.. macam biasa lah Ezad akan online dan cari berita yang boleh dibaca dan menarik.. Tapi kali ni berita yang paling menarik ezad terbaca Kisah "Si penjual karpet dan Anak pembeli karpet" hehehe... Cerita ni bermula bila mak si pembeli karpet nie ada beli karpet dengan mat karpet lah yang juga warga pakistan, alah korang semua pun maklum lah... biasa nya korang panggil "bangla karpet", alah.. yang naik moto. Lepas tu, karpet sebesar-besar tidak dia orang ikat kat belakang, diusung sana sini, jalan rumah ke rumah, jual karpet, "usha" makcik-makcik dan orang yang memang mudah terpedaya. Walaupun harga yang ditawarkan memang mahal tapi dengan sistem bayaran secara ansuran, "boleh hutang" cukup memperdayakan pembeli, yang majoritinya orang melayu. ishk ishk.....

Bukan apa, artikel yang ezad baca ni mengenai si pembeli karpet ni dipercayai tak dapat nak melangsaikan hutang karpet yang dibeli lebih kurang 2 tahun lalu yang kini hutang mencecah RM 3000. Fuh mahal nya?.. Karpet terbang ker?..

Yang menjadi mangsa pula, ialah anak si pembeli karpet ni(Perempuan), yang terpaksa dikahwinkan dengan mat karpet ni untuk melangsaikan hutang karpet yang tertangguh sekian lama.. Ishk.. apa punya manusia lah.. Yang anak ni pula terpaksa turutkan, demi manjaga keselamatan keluarga dari gangguan penjual karpet yang asyik meminta hutang. Dipercayai juga ramai yang dah jadi mangsa kat malaysia ni.. kena kahwin dengan mat karpet untuk langsaikan hutang karpet. Dan akhirnya ditinggalkan tanpa apa-apa berita.

Bukan apa, meluat pula ezad dengar cerita macam ni, apa dah tidak ada cara dan alternatif lain ker dari menggadaikan anak kepada mat karpet demi melangsaikan hutang karpet. Yelah kalau dah rasa nak beli karpet sangat beli lah kat tempat-tempat yang lebih terjamin yang boleh berhutang. Paling tidak mungkin karpet kena sita kalau tak bayar, lebih baik dari menggadaikan anak. Atau tidak payahlah berhutang hanya untuk segulung karpet, lebih baik beli secara tunai, kalau tidak mampu, lebih baik simpan duit, kalau dah cukup baru beli.. ok.. Korang cube renung-renungkan.. apa yang berlaku ni, memang sesuatu yang bodoh dan amat memalukan.

Ahad

Seram Sejuk!!!!

Seram sejuk satu badan dibuatnyer.. Macam ni cerita nyer... Akhir tahun lepas iaitu 2010 bulan Disember hari tak ingat, Ezad sekeluarga dapat panggilan dari seseorang....
"It's my Life...... ( Ringtone Bonjovi )"


Masa tue dah pukul 9.30 minit malam.. Sebab Handphone ezad, so.. ezad lah jawab... 
"Hello... Kenapa? Ha!! ok ok.... ko datang, aku siap2"


Ezad, mak dan kebetulan tunang ezad ade, kite orang dengan tak buang masa siap lah bertukar.... Selepas bersiap semua dalam 20 minit kemudian datanglah orang yang buat panggilan tadi dengan kenderaan MPV Hitam yang agak kusam malam tue dik kotor-kotor tanah dan lumpur yang kering melekat... Tanpa buang masa kite orang naik terus kenderaan tue.. Dalam keadaan yang agak berserabut dik kelam kabut, semua penumpang dan pemandu muka berkerut. Tiba-tiba....
"Cuba cek pukul berapa start??" Tanya seorang penumpang hadapan..."


Aku apa lagi, capai apa yang patut cek la... pukul berapa?... 
"Dalam 15 minit lagi Start". Aku jawab..


Tiba-tiba jer pemandu terus menekan pedal minyak sekuat-kuat, MPV nie terus memecut la.. Dengan kekuatan Enjin 2.0 amat terasa la pecutan tue sampai menyentak tubuh penumpang rapat ke sandar kerusi.

Sampai jer ke trempat yang dituju dalam pukul 10.45 minit malam , kiteorang semua keluar bagai belari-lari anak manuju ke pintu masuk dan lari serta terus belari.. sesampai jer.... 
"Bang ade lagi tak??"
"Ada-ada masih boleh lagi" Jawab orang tue.. 


Kami semua berenam.. Orang tue menjeling lalu berkata...
"Hurm kalau macam ni tak boleh yang 2 orang tue tak cukup umur"
"Kenapa?" aku betanya.
"18 tahun keatas jer ni cerita seram yang amat!!!"  die menjawab.


Dengan Keadaan semua yang berpeluh dik suspen takut terlambat dan tetiba sejuk dik penghawa dingin, Seram Sejuk la kiranya... Tak dapat tengok Cerita Janin malam tue.. ceh!!!! nyesal lak kelam kabut. 

Tapi di tahun baru ini 2011 Ezad dah pun tengok cerita Janin ni dan yang kedua Damping Malam... Janin memang best.. Damping Malam agak mengecewakan kerana cerita yang tiada penyelesaian. Korang dah tengok korang tau lah.... ok..

Khamis

Apa Nak Buat?

Apa nak buat? Tak tahu apa nak buat? Nak buat apa ekh? Tak kan nak buat bodoh! jer?... Buat je lah apa-apa kan? asal buat jangan tak buat, buat ini, buat itu.. buat-buat.. buat dan terus buat.. Korang jangan meluat lak.. pergilah buat apa-apa yang patut korang buat.


Kesimpulan yang tersimpul : Ezad dah lame tak online, sekarang nie macam tak tau nak buat apa.. Jadi nak tak nak Ezad buat jelah apa-apa jer... So i'm Back...

Jumaat

Renungan Puasa

Salam Ramadan. Ezad nak citer pasal puasa lah. Korang rase, korang betul-betul faham ker maksud puasa, di bulan ramadan nie? atau bagi korang puasa ni, cukup sekadar tak makan atau minum di siang hari, dah dikira puase lah hendaknya...

Itulah hakikat yang ezad nampak sekarang nie. Hanya tak makan dan minum cukup menunjukkan seseorang itu berpuasa. Yelah mana tak nye.. Nie ade sample2 jenyah puasa yang ezad dpt kesan.. Kalau salah satu sample ni ade kene mengena degan korang sory lah eh.. bukan niat ezad nak buruk-burukkan sesama sendiri. Semua ni untuk mendapat puasa yang lebih berkat.. :P


Tonton video "lucah" tak kira lah kat tv, video handphone, alah tengok wayang citer hollywood pun dah cukup lah. - PUASA MATA -


Berbual atau bercerita yang lebih kepada "Mengumpat" orang lain. Walaupun dah waktu berbuka. - PUASA MULUT -


Dengar lagu Black Metal puja-puja setan padahal tengah puasa, lepas tu dengar jiran-jiran ngumpat, siap ye ye kan lagi... - PUASA TELINGA -


YANG LAIN2 HAL PLAK :


Merasa-rasa makanan berlebih-lebihan... " ala test je lah.. kang tawar cam ner.." tapi guna sudu besar sampai 2, 3 kali suap... melampau lah tu.. - MAIN-MAIN PUASA -


Fuhhh!!!!! lek jer sedut rokok pastu hembus siang-siang hari... Bile tegur si Ayub, die jawab "alah aku bukan makan, sedut asap jer same lah macam korang sedut oksigen.." Pening kepala si leman memikirkan cakap Ayub. -PUASA IKUT LOGIK -


Ishk macam-macam lah kan.. korang renungkan lah sendiri...


Apepun Ezad puasa k.. x miss lagik.. korang cam ne?

Khamis

Erti Nama dalam FB

Mase lapang Ezad macam biasalah, online bukak Facebook pastu merayap-rayap dalam fb kawan-kawan.. Yang ezad selalu baca kat tepi profile, kebanyakannya fb die orang ni ade satu aplikasi tambahan yang ezad baca selalu "Makna Cinta dari Nama" Tapi Ezad tak pernah langsung cuba untuk makna dari nama Ezad sendiri, tak minat langsung... Tapi kenapa lah tiba-tiba jer ezad try plak kali nie. hehe..

Lepas klik kat aplikasi tambahan tue, Ezad kene bagi nama sebenar untuk di translate kan... lepas key in sumer.. jeng.. jeng... jeng....


Klik Gambar Untuk Tumbesaran yang sihat.


Ntah lah ek, sumer ni suke-suke jer.. hehe.. Saje jer nak share dengan korang pasal nie, mane tau korang yang belum penah try apps nie cubelah.. Silap-silap leh jadi pemangkin semangat bagi yang serik bercinta haha... Tapi yang Ezad nyer power ek.. hahaha... Idaman sumer orang.... ( Alah.. suke-suke jelah.. tiada unsur bangga mahupun riak.. :p )

Batu-batu diiringan jalan...


Rasa macam taknak cerita, tapi aku rasa aku perlu cerita jugak, tak tau la kenapa ini semua atas sebab yang tidak dapat nak aku elakkan, aku terpaksa naik bas untuk ketempat aku cari makan hari-hari, Hurm...


Kisahnya bermula, aku terpaksa tunggu bas kat bus stop Lah.. ( takkan nak tgu depan pintu rumah kan.. ) Jadi aku harus/wajib menapak dari rumah ke tempat tunggu bas dengan keadaan cuaca yang agak panas ( kebiasaannya hujan time-time cam ni.. ).. Tengah syok menapak dengan kasut robocop aku ( hehe.. Timberland tue.. ) baru aku rasa kasut nie mmg cukup berat untuk menapak jalan jauh.. huhu..


Tiba-tiba langkah-langkah aku yang pantas lagi bergaya ni terhenti, sebab otak aku yang berfungsi dengan baik ni terfikir aku tak ada duit kecil untuk tambang bas, hoh.. ( mengeluh sakan aku.. yelah bukan selalu naik bas.. ). Tanpa fikir panjang aku terpaksa mengubah langkah aku balik semula ke rumah sebab nak pecah-pecahkan tabung duit aku jadi kecik...


Lepas selesai tukar aku pun mengorak langkah ke tempat tunggu bas la... tetiba, aku mula terasa penat hoho... dalam perjalanan aku macam-macam aku boleh tengok, semut masuk lubang, batu-batu diiringan jalan, taik-taik anjing yang berciciran.. hoh.. macam-macamlah.. segalanya begitu detail... ( yelah selalu naik kereta kuda, kadang-kadang naik hovercraft tak sempat nak menghargai setiap inci perjalanan... ).


Sampai jer kat bus stop.. aku pun tunggulah bas...


*10 minit berlalu....
*20 minit berlalu.....
*30 minit berlalu......


Akhirnya minit ke 40....... baru lah bas sampai, macam nak tolak keluar jer abang driver bas tue keluar, biar aku drive.. dah lah lambat. Tapi berkat kesabaran dan ketenangan kat hati aku nie, aku pun rilex lah, lepas bayar tambang rm2.60.


Hurm.. sekali lagi abg driver bas menguji kesabaran aku.. bawa bas macam bawa keretapi kat dalam Zoo Negara, mak aiii... slow nak mampus.. rasa macam nak pastikan stuck Timber aku ni kat muka abg driver nie. Tapi bila fikir-fikir balik aku terpaksa terima hakikat yang aku naik bas tambang. Apa lagi, aku pun jenguk-jenguk la kat luar tingkap perhatikan keindahan keliling aku yang penuh dengan batu-batu diiringan jalan...


Akhirnya sampai... tak buang masa lagi, aku terus turun kat JB Sentral.. dengan langkah besar, aku terus tuju tempat kerja aku la. Sekali lagi aku dapat perhatikan batu-batu diiringan jalan.. hoh..


Bertukar!!!! AKU = Ezad


Ehem.. moral of the story.. Ezad memang tak tahan naik bas, sungguh menyeksakan.. macam-macam :


*Panas jalan kaki nak pergi bus stop.
*Susah kalau takda duit kecil, sebab bas tambang takde cashier.
*Tunggu bas lambat.
*Berhimpit-himpit dalam bas, dah macam rombongan cik kiah.
*Bas slow sangat sampai boleh kira batu-batu diiringan jalan.
*Penghawa dingin macam hembuskan gas beracun ( taklah cuma tak kuat jer ).


P/s : Rasanya nilah yang sweet charity cuba nak sampaikan dalam lagu BATU.. he..

The Chronicle of mind ( ep : Perasaan )

Author : Ezad @©©The cronicle of mind.. (ep. Perasaan)

©©If u can read this it's mean you are human with soul..©©

          Asal nama manusia mesti ada perasaan. Tidak kira lah apa jenis perasaan sekalipun. Kekadang perasaan yang ditonjol atau diluahkan itu amat rumit untuk difahami, lebih-lebih lagi oleh manusia yang punya perasaan yang lebih rumit untuk difahami jika bertembung. Jika dua makhluk ini bertemu maka perasaan tadi akan jadi lebih rumit yang senang ezad nak ungkapkan ialah the chronicle of mind kerana banyak lagi misteri otak yang belum dapat lagi dikenalpasti. Segalanya berpunca dari otak yang bertindak balas secara bijak dan terus mentafsir perasaan tadi lalu bertindak balas dalam pergerakan anatomi tubuh yang menghasilkan daya zahir secara tidak langsung perasaan yang tidak diluahkan tadi dapat dikenal pasti oleh manusia yang memerhati dengan hanya mengenalpasti memek muka seseorang. Tetapi semuanya hanya atas nama perasaan, cuma tidak pasti apa yang sedang dialami oleh mangsa 'perasaan' tersebut. ©©

        Unik dan sempurnalah manusia dilahirkan dengan perasaan. Cuba anda bayangkan jika manusia tanpa perasaan apa yang terjadi pada bumi ini. Ezad percaya perkara yang akan terjadi lebih bahaya dari pencemaran global yang kita sedang alami yang sedang merosakkan bumi seperti kanser yang bertindak secara senyap. Memang wajar lah tuhan menyuruh Syaitan tunduk kepada Adam. kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang esa. Maka kita sebagai manusia haruslah bertindak untuk melakukan sesuatu mengikut perasaan yang sudah diperincikan kebaikan, kebenaran, kewajaran barulah bertindak. ©© Ezad juga dengan berani pertaruhkan yang setiap manusia punya perasaan. Walaupun kadangkala kita akan berkata kepada seseorang yang bertindak melakukan sesuatu itu bagai tiada perasaan. Seperti yang berlaku pada era ini, peperangan untuk mendapatkan hak, dan kononnya menegakkan kebenaran, tapi akhirnya rakyat yang tidak sepatutnya terkena penganiayaan, menjadi mangsa korban. Adakah kuasa-kuasa besar ini tidak punya perasaan?. Setelah kesilapan demi kesilapan dilakukan mereka bagai menutup sebelah mata dan terus mengisytiharkan kemengan. Apakah semua ini dilakukan dengan perasaan?, bagi ezad YA!!! tapi perasaan yang telah dikuasai oleh syaitan yang diciptakan dari api dan tidak punya perasaan dan bertindak angkuh untuk tidak mengikut perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam (manusia). Malah berjanji akan merosakkan manusia sehingga kiamat kelak!!!.

©©''Syaitan akan menggoda manusia bagai darah yang melalui urat-urat tubuh'' ©©

        Dengan itu seperti yang diperkatakan Tuhan, manusia adalah sebaik-baik ciptaan nya dan bagi Ezad otak yang kita miliki ini lah yang mengawal seluruh Jasad manusia yang berintikan roh. Maka gunakanlah otak sebaik-baiknya dalam mentafsir perasaan supaya segala sempurna. Mungkin seperti yang dipertikaikan diatas tadi tindakan bagai tiada perasaan mugkin adalah disebabkan penggunaan otak yang tidak sempurna.

       Akhirnya apa perasaan anda setelah selesai baca semua diatas, marah? kalau ada yang tak betul silalah komen ikut perasaan...

©©p/s : Tafsirlah perasaan baru bertindak mengikut kewarasan.. jangan cepat perasan.. :p

Isnin

Lamenye rase..

Bismillah..
Assalamualaikum....


Ehem3.... Hari kembalinye Ezad ke dunia no 2 nie.. dunie Blogging.. Lame tak 0n9 sebab gie bertapa kat dunie no 1..


Takde ape nak cite sebab jari2 nie macam dah kaku n idea dah beku.....


Nway dalam tapaan Ezad selame nie.. dapatlah nie lagu yang best gak nak kongsi ngan korang.....





P/s : Ermm bukan betape dengan wali k... ni nak share je..

Khamis

Beauty for the Beast

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Ape korang tau pasal cantik?.  Kalau Ezad nak huraikan petikan kat atas tue, memang banyak... Ok ezad huraikan apa yang ezad nak cerite sekarang nie.


  • Cantik yang dituntut adalah kekemasan diri dari segi pakaian terutama dalam melakukan ibadah atau ke majlis2 agama, tetapi bukan untuk melaram nak menunjuk-nunjuk sebab ini akan menimbulkan riak secara tak langsung mendatangkan dosa.
  • Cantik juga seseorang itu jika dipenuhi dengan ilmu duniawi & ukhrawi di dalam dirinya yang menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada TUHAN.
Tapi sekarang nie ezad nak cerite pasal cantiknye seorang perempuan bagi pandangan seorang lelaki hensem macam ezad dari pandangan kasar. Pada dasarnya memang ezad rase lelaki akan tertarik pada seorang perempuan ni dari paras rupa, senang nak cakap pandangan pertama ( alah takkan korang tak biase bile tengok orangkan tengok muke dulu baru tengok atas bawah ).

Biasanye paras rupe ni jugaklah yang mengheret lelaki nak sangat kenal dengan perempuan tue, yang bernasib baik, ayat power, pandai melayan, pandai ambil hati.. melekat lah dua insan nie..
JADI!!! Wahai Awek2 kat luar sane berhiaslah kamu secantik mungkin atas niat yang betul dan cara yang betul mengikut protokol!!!. Ini menunjukkan lelaki memang suke yang cantik.

Tapi ingat wahai awek2 sekalian, cantik kat paras rupa tak cukup, sebab lelaki ni bile dah kenal die nak tengok juga perangai si awek ni, CANTIK TAK CANTIK!!!. Ada lelaki juga tak kisah paras rupa kerana ada yang lebih pentingkan sifat dalaman. Cantik mengalahkan Miss Universe tapi perangai hampeh pun lelaki tak suke, ( Silap2 kene Creettt! je pastu kene tinggal ). Jadi macam nilah wahai awek2 cantik janganlah korang megah sangat dengan kecantikan yang dianugerahkan. CUKUPLAH!!! sekadar menghargai pemberian Tuhan ni selagi korang belum berkedut di dahi walau korang tak berkerut.


INGATLAH!! cantik itu hanya sementara, maka peliharalah ia.


Janganlah pulak ada yang pergi opret!!! muke semate-mate nak cantik. Tampal sane, gam sini, last2 muke berot!!!. Bersyukurlah ape yang korang dapat.


Hurmm.. bagi perempuan2 yang dah berkahwin pun penting supaya nampak cantik, yelah bile cantik selalu suami ni taklah heran bile tengok awek cantik kat luar sana.  "Jadilah cantik seperti mana dituntut Tuhan mu, dan cantiklah kamu dihadapan suami mu". Ezad rase kecantikan jugak salah satu cara yang dapat menjamin kebahagian berkeluarga.

P/s : Sorry la.. kalau ayat2 kat atas ni tak cantik.

Isnin

Pewaris saka...

Tibe-tibe je Ezad terpikir pasal nie.. Saka.. korang tau pe tue..? bende ni lebih kurang same macam syaitan, hantu semua la yang sekutu dengannye. Benda ni adalah sesuatu yang dibela oleh segelintir orang2 lame, untuk menjadi pelindung, penjaga atau ape2 lagi r.. untuk tujuan tertentu.

Ezad rase zaman sekarang nie dah takde lagi orang nak mewarisi benda nie. Sebab banyak keburukan dari kebaikan.. Tak tau lah kalau korang ade yang berminat dengan benda macam nie lagi.. atau mungkin ade dari korang rase benda2 macam nie tak lebih dari perkara karut, yang korang pernah dengar dari orang2 lame (Orang2 tua la..). Bukan nak suruh korang percaya, tapi terpulanglah pada korang sendiri.

Saka  ini akan diwarisi oleh seseorang dalam keadaan bersedia untuk diwarisi, dan ada juga ia diwarisi tanpa diketahui oleh seseorang itu. Ini kerana setelah seseorang yang memiliki saka ini telah mati, saka ini akan berkeliaran dikalangan keluarga terdekat untuk mencari pewaris. Sekiranya ia tidak diperturunkan mengikut perjanjian. 

Individu yang memiliki saka juga berupaya menjadi ahli perubatan tradisional (Bomoh), dengan menggunakan jampi serapah yang sukar untuk difahami dan juga secara menurun, yang secara terang memang melanggar syariat agama, kerana sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan adalah dari tuhan, bukan syaitan mahupun jin.

Dan kalau korang rase korang ade mewarisi bende ni korang fikirlah sendiri, tapi bagi yang tak tahu dan nak tahu korang ade ke tidak nie sumber dari penawar.com ezad ambil sikit :

Gejala pada waktu tidur:
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Gejala pada waktu jaga:
  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sendi utama.
Ape pendapat korang pasal benda nie....

P/s :  Ezad masih dalam mood puase :P

Jumaat

M0oD aku t0nGganG teRbaLik???


Ntah kenape dengan aKu hari nie.....????


Orang lain ade, aku pun nak ade jugak...


Orang lain terer, aku pun nak terer gak...


Orang lain hepi, aku pun nak hepi gak..


Orang lain leh dapat tu, aku pun nak tu gak...


Orang lain ade banyak, aku pun nak banyak gak..


Orang lain lain macam, aku lain macam gak...


Orang lain, lain lain lain lain !!!!!!!!!


"Wa0 puche taw wa0 wan cem0rk.... dunn0 no wat i want.... yenna deY... Kenape seY"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review