Memaparkan catatan dengan label Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negara. Papar semua catatan

Jumaat

Puasa Karaoke!!


Korang kaki karaoke tak? Macam Ezad karaoke ni kire bolehlah.. Lagi best bile pergi dengan member-member yang macam-macam ragam.. ada yang perasan suara sedap, ada yang memang ada bakat tapi takder rupe, ada jugak yang tukang kutuk jer, tapi diri sendiri nyanyi macam hampeh!!!..

Yelah muzik dalam kehidupan harian kita memang tak boleh dipisahkan lagi.. Boleh tak korang bayangkan hidup tanpa muzik.. Ishk.. mungkin ada yang terasa macam nak kiamat dibuatnya. Itulah kuasa muzik pada era sekarang nie.. Music for life...

Ini ada satu perkara yang mungkin korang maklum juga, Ezad cuma nak tau pendapat korang? Kerajaan negeri perlis, mengisytiharkan semua pusat-pusat hiburan yang berunsur karaoke akan ditutup pada sepanjang bulan Ramadhan nanti. Keputusan seperti ini adalah menjadikan Perlis negeri pertama yang mengeluarkan usul seperti ini bagi menghormati bulan Ramadhan.

Korang rasa patut ker usul ini diteruskan? Bagi ezad ada baik dan buruk bagi melaksanakan usul ini.. Yelah mungkin akan disokong sesetengah pihak, Ezad percaya tidak majoriti yang dapat menerima keputusan ini. Bagi Ezad masih banyak lagi tempat-tempat atau pusat-pusat hiburan yang lain yang terang-terang yang boleh mendatangkan suatu perkara yang tidak sihat malah lebih teruk berbanding pusat karaoke, yang harus ditutup.

Bukan menghalang untuk melaksanakan tindakan ini.. tapi cubalah bertindak dengan lebih cekap dan anjurkan suatu yang lebih bermakna untuk bulan Ramadhan dari hanya sekadar menutup pusat karaoke untuk tanda menghormati, malah Ezad juga percaya tindakan ini dibuat bagi mengelakkan gejala kurang sihat ketika Ramadhan.. Jadi korang yang memang Super addicted to karaoke tu, macam mane lah ek.. bulan Puasa nanti.. Jawabnya Puasa karaoke la korang hahaha ( untuk orang Perlis jelah.... ).

Ahad

German 3, Uruguay 2.


Untuk perlawanan bagi mendapatkan tempat yang ketiga dan keempat, telah mengenemukan Jerman dan Uruguay. Perlawanan kali memang agak menarik dengan jaringan-jaringan yang penuh bergaya oleh kedua-dua lawan.

Bagaimanapun perlawanan kali ini dimenangi oleh Jerman iaitu 3 - 2. Tahniah Jerman. Achtung!!!


Ape pun Ezad dah tak sabar nak tunggu perlawanan Final diantara Belanda dan Sepanyol. Ezad sokong Belanda go Oranje go!!! hehe.. korang pe cite??...

Khamis

German VS Spain 0 - 1



Seperti yang dijangkakan Ezad, German akan tumpas bagi perlawanan menentang Spain. Seperti yang kita maklum pemain-pemain spain semuanya adalah dari kelab-kelab yang gah diantaranya Real Madrid dan Barcelona.

Pada perlawanan masa pertama tiada jaringan dilakukan oleh kedua-dua pasukan, tetapi perlawanan agak sengit apabila Spain melakukan cubaan gol sebanyak 2 kali, manakala German sebanyak 1 kali.


Pada masa kedua jaringan telah dilakukan oleh Spain hasil dari tandukan Puyol yang disambut cantik dari tendangan korner oleh Xavi pada minit ke 72. Bagaimanapun perlawanan tetap diteruskan dengan cubaan bertubi-tubi oleh Spain, begitu juga German. Namun kekalahan tetap milik German untuk perlawanan kali ini. Achtuinkk!!

Ahad

Achtung!! Germany!!!

VS

Kenapa bendera German dibesarkan? Sebab saje nak bagitahu korang yang german menang dalam perlawanan Piala Dunia 3hb Julai 2010, Kemenangan German pada perlawanan menentang Argentina kali ini memang dikira menang bergaya lah.. luar biasa dan mungkin akan memberi kejutan yang amat sangat, bagi penyokong Argentina.

Dalam 3 minit pertama perlawanan sahaja belum sempat pemain-pemain Argentina memanaskan badan untuk stamina, German sudah pun menjaringkan gol pertama dengan penuh bergaya, hasil dari tendangan percuma Bastian manakala disambut dengan tandukan Thomas Mueller.


Gol kedua dijaringkan oleh Klose manakala jaringan gol ketiga oleh Arnie Friedrich dan gol keempat sekali lagi oleh Klose.


Argentina bukan takde peluang, apa yang Ezad lihat banyak cubaan gol dilakukan tapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol German. Lagipun lontaran yang diberikan alahai.. takder power langsung.. Ape sudah jadi anak-anak buah Maradona tak dapat barang kokain ker sebelum masuk padang hehe..


Don't Cry for me Argentina.. it's our fault... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review