Khamis

Sasau kena Pukau

Pong Klempong - klempong... langit tinggi, laut dalam semut dibusut.... ( he.. cth : serapah suke2 )

Ezad nak bercerita tentang pukau.... yang ezad nampak depan mata sendiri, malah masa tengok siap bawa teman kira saksi kejadian :p .

Cerita ni terjadi kat bandar Johor Bahru ( JB Bazar ).

Pada mulanya member Ezad ni adalah pergi jumpa seorang ahli perniagaan yang meniagakan lain dari yang lain, sekali pandang macam jual ubat, tapi dalam masa yang sama dia juga dikatakan boleh menilik seseorang hingga boleh merawat masalah dalaman. Yang best nye masa kawan ezad ni pergi kat situ dia pergi tilik la nasib dia, sampai orang yang bijak pandai tu kata yang kawan ezad ni banyak sial. Jadi kalau nak buang sial tu dia kena ikut lah apa yang orang bijak pandai tu suruh. Siap dapat cincin batu, air berisi batu geliga, duit yang dilipat kemas yang diletakkan beras, dan potongan jampi serapah didalam dan disuruh simpan dengan baik. Air tu pulak disuruh mimun dan diusap sedikit kemuka lebihan nya dibuang dilaut, untuk buang sial la kononnya. Tapi nampak nya macam bertepek-tepek sial adalah... hehe...

Untuk mendapat kepastian lebih Ezad pergi kat situ tapi skudeng dari belakang je takut terkena serapah kang jadi sasau dibuatnya. Apa yang Ezad nampak ramai orang yang tengok akan jadi teruja dengan kata2 orang bijak pandai tu, yang bercakap tanpa henti bagai tiada koma apatah lagi noktah. Bila orang khusyuk dengar bebelan, nanti adalah yang hendak dapatkan full treatment.. Yang lebih menarik orang yang nak dapatkan rawatan tu akan duduk kat depan bukan sorang tapi ramai2 siap tadah tangan, lepas tu duduk dengar orang tu membebel ntah apa2.. terangguk-angguk. Yang jelas buat Ezad tau ni pukau sebab muka-muka orang yang duduk cangkung kat depan semua macam dah sasau tak bercakap apa2, maacam kena hypnosis. Bila orang bijak pandai tu cakap sila bayar jumlah barang-barang tu mangsa pukau tu boleh macam bayar tanpa fikir panjang. Sekali letak 50 ringgit ada yang lebih. Magsa pukau tu lebih kurang 4 ke 5 orang, seorang kena bayar 50 dah berapa.. fuh, (kalo datang jalan kaki balik naik cab lor..)

Memang ezad percaya ni pukau sebab member ezad kena bayar sampai 60, mula-mula dia kata 30 member ni terus je bayar, lepas tu bila dah habis, orang tu cuma cakap kalau adik rasa yakin dengan apa yang saya buat dan kalau tak keberatan sila bayar 30 lagi. Member ezad dengan sombong dan bongkaknya terus bayar lagi.

Jadi kalau korang fikir apa? patut ke kita biarkan je benda ni? patut ker kita ambil tindakan?

P/s : Kalau korang rasa ada sial yang banyak, boleh lah dapatkan rawatan ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review