Jumaat

Puasa Karaoke!!


Korang kaki karaoke tak? Macam Ezad karaoke ni kire bolehlah.. Lagi best bile pergi dengan member-member yang macam-macam ragam.. ada yang perasan suara sedap, ada yang memang ada bakat tapi takder rupe, ada jugak yang tukang kutuk jer, tapi diri sendiri nyanyi macam hampeh!!!..

Yelah muzik dalam kehidupan harian kita memang tak boleh dipisahkan lagi.. Boleh tak korang bayangkan hidup tanpa muzik.. Ishk.. mungkin ada yang terasa macam nak kiamat dibuatnya. Itulah kuasa muzik pada era sekarang nie.. Music for life...

Ini ada satu perkara yang mungkin korang maklum juga, Ezad cuma nak tau pendapat korang? Kerajaan negeri perlis, mengisytiharkan semua pusat-pusat hiburan yang berunsur karaoke akan ditutup pada sepanjang bulan Ramadhan nanti. Keputusan seperti ini adalah menjadikan Perlis negeri pertama yang mengeluarkan usul seperti ini bagi menghormati bulan Ramadhan.

Korang rasa patut ker usul ini diteruskan? Bagi ezad ada baik dan buruk bagi melaksanakan usul ini.. Yelah mungkin akan disokong sesetengah pihak, Ezad percaya tidak majoriti yang dapat menerima keputusan ini. Bagi Ezad masih banyak lagi tempat-tempat atau pusat-pusat hiburan yang lain yang terang-terang yang boleh mendatangkan suatu perkara yang tidak sihat malah lebih teruk berbanding pusat karaoke, yang harus ditutup.

Bukan menghalang untuk melaksanakan tindakan ini.. tapi cubalah bertindak dengan lebih cekap dan anjurkan suatu yang lebih bermakna untuk bulan Ramadhan dari hanya sekadar menutup pusat karaoke untuk tanda menghormati, malah Ezad juga percaya tindakan ini dibuat bagi mengelakkan gejala kurang sihat ketika Ramadhan.. Jadi korang yang memang Super addicted to karaoke tu, macam mane lah ek.. bulan Puasa nanti.. Jawabnya Puasa karaoke la korang hahaha ( untuk orang Perlis jelah.... ).

Selasa

Sayang kamu. ( Entry Khas untuk By )


" Entry ni dibuat khas untuk orang yang tersayang, Norbaini.. Ezad tak dapat nak berkata ape2 lagi, selain meluahkannya dalam blog ni.. Ezad bersyukur atas kehadiran by dalam hidup Ezad, sedang Ezad keseorangan.. Dan percayalah Kehadiran by memang membawa makna yang cukup berharga bagi Ezad. Bukan sekadar mengisi kekosongan tetapi memang rasa kasih dan sayang memang ada untuk ezad curahkan pada By... Harap By faham dan terima Ezad seadanya, Percayalah By kita yang mencorakkan kehidupan ini. Sedang tuhan membiarkan kita bertaburan dibumi ini dengan akal dan fikiran yang cukup hebat ciptaannya untuk dijadikan bekalan kita untuk teruskan kehidupan. Ezad memang berharap dan akan berusaha untuk mengekalkan hubungan kita hingga ke nafas terakhir... Kita merancang, Tuhan menentukan "

Ehem2.. ha.. Jiwang kejap.. Entry ni Ezad buat khas untuk insan yang bertakhta kat hati Ezad sekarang nie. Korang jangan nak gelak pulak.. Tapi kalau korang rase meluat.. Just ignore this Entry k... Apepon Ezad harap korang pon doakan hubungan ni membawa kepada kesejahteraan ok.. supaya dapat Ezad jadi sebahagian dari pasangan yang mewarnai dunia nie.. hehe.. Nway ni jelah buat mase nie.. wish me luck k..


P/S : Jodoh, Pertemuan ditangan Tuhan, sesungguhnya kita merancang Tuhan menentukan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review