Selasa

Banjir oh banjir...

Salam to all bloggers..

Tajuk entry kali ni jer, Ezad tahu korang mesti dah faham.. Yang ezad nak cerita kat sini adalah tentang banjir yg berlaku kat bandar.


Erm.. korang expect tak perkara ini boleh berlaku kat bandar-bandar besar macam KL dan yg sewaktu dengannya.. Tapi masalah banjir ni kat bandar tempat tinggal ezad.. yang berstatus bandaraya, yang sepatutnya tidak akan berlaku bencana macam ni

Yang pertama, beberapa hari yang lepas dalam ezad meneruskan kehidupan seperti biasa berulang-alik ke bandar JB sesuatu yang diluar jangkaan ezad telah terjadi iaitu banjir.Sebab banjir ni juga ezad terlambat untuk sampai ketempat yang biasa ezad tuju hari-hari. Apa yang ezad nampak banjir ni berlaku sebab kawasan ini sedang dibangunkan. Itu yang ezad tak boleh terima.. sepatutnya kontraktor yang terlibat dalam projek pembangunan ni mengambil kira semua aspek supaya jangan hanya sibuk menjalankan projek tapi banyak masalah yang menganggu pengguna-pengguna lain.. macam masalah banjir ni lah yang terang-terang memang disebabkan saluran air yang tidak sempurna, yang terjadi akibat saluran tersumbat oleh timbunan tanah dan bahan-bahan buangan projek yang menutup saluran air terus menyebabkan limpahan air hujan diatas jalan raya hingga menyebabkan banjir kilat. Hurm.. Lepas bertarung habis-habisan akhirnya ezad dapat melepasi banjir tersebut.


Dalam beberapa minit perjalanan masalah yang sama terjadi lagi!!!!. Kali ni betul-betul ditengah bandar, pelik sangat-sangat. Sekali lagi ezad tersangkut dalam perjalanan. Masalah ni pulak disebabkan hujan lebat dan sungai yang menjadi kebanggaan rakyat johor iaitu sungai segget ( hahaha.. kalau korang tak percaya try la interview org Jb pasal sg. segget ni, banyak sejarah nyer.. ) tidak dapat menampung air, jadi melimpah lah air ke Jalan raya..


Hurm.. tapi ramai juga yang bualkan tentang masalah ini.. sebenarnya masalah ini disebabkan oleh kecuaian seorang pekerja yang bertanggungjawab mengendalikan pintu air sg. segget yang berhubung terus ke Laut Selat Tebrau. Masa kejadian hujan lebat tersebut sepatutnya pekerja tersebut harus buka pintu air tersebut untuk melepaskan air ke Selat Tebrau. Tapi mungkin sebab syok tido hari hujan ( yela, cuaca sejuk pulak tue.. ), tu yang terlupa untuk buka pintu laluan air.. ( ntah2 pekerja tu mesti kene buang kerja ek.. ).


Jadi setelah disimpul hingga tersimpul.. semua bencana ni bukanlah disebabkan oleh perubahan alam.. tapi oleh kecuaian manusia sejagat. Jadi sedarlah wahai manusia bumi mu.. sudah tua.. ubahlah ia menjadi lebih baik bukan lebih parah...

5 komen & pendapat:

LuVidA^^ berkata...

betol2...sbb pangai manusia itu sndiri.. sy ezad melaporkan utk aduan rakyat. cayalah! ;p

Ezad berkata...

::LuVidA::

erm.. ezad ne de laporkan... ezad cerite je. :(

Ezad berkata...

tapi kalo ade sape2 nak buat aduan ezad leh jadikan entry :p

LuVidA^^ berkata...

hahhaha...betol la tuuu.... cerita/ lapor.. x same ek ;p

Ezad berkata...

::LuVidA::

xsame... wek2...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review