Isnin

German menang, England kalah tapi....


Semalam ada benda yang sangat-sangat Ezad geram dam amat menyakitkan hati nie. Sebab England kalah melawan German semalam 4 - 1 .. Memang ezad dah expect England akan kalah, walaupun England memang pasukan pilihan Ezad. Tapi yang amat Ezad tak dapat terima masa....~
Perlawanan antara German dan England semalam ada satu tendangan baik oleh Lampard, terus ke gawang lawan, memang terang-terang tendangan tue masuk walau terkena tiang. Tapi Pengadil menafikan tendangan tue masuk.


Ada beberapa kali juga ulangan rakaman tendangan Lampard tu menunjukkan bola tu melepasi garisan gol. Bagi ezad kalau tendangan tue dikira masuk bermakna kedudukan German dan England adalah seri waktu tue. Dan mungkin juga cara dan rentak permainan akan berubah dan tidak memungkin England dibelasah teruk 4-1.


Penafian gol oleh pengadil memang ternyata menganggu emosi pemain-pemain England hingga menyebabkan kekalahan. Ezad rasa ini sepatutnya tidak terjadi. Bawah nie ada klip video yang menunjukkan tendangan Lampard terang-terang masuk..




Hurm ntahlah keputusan perlawanan takkan berubah walau rakaman yang menunjukkan tendangan Lampard tue memang melepasi gaung lawan. Cuma yang menjadi igauan adalah pengadil yang mengadili perlawanan tersebut mesti takut untuk berdepan dengan peminat-peminat England, yelah mungkin akan menjadi buruan peminat-peminat fanatik England.. ( hehehe..)


Walaubagaimanapun itulah kenyataan England kalah dihentam German untuk FIFA World Cup 2010...

0 komen & pendapat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review