Jumaat

U.F.O terbang kehulu hilir...


Salam.. korang pernah dengarkan tentang U.F.O atau korang tak tau ? U.F.O tu singkatan bagi Unknown Flying Object.. dalam Bahasa Melayu Objek yang kite tak tahu ape die sedang terbang, hahaha... Lain macam pula bunyi nyer.. Kali nie nak cerita pasal benda nilah. Korang percaya ker benda ni wujud?. Ntah la ek.. atau benda ni sume hanya konspirasi manusia untuk memperbodohkan manusia? Masa dulu-dulu Ezad tertarik dengan benda-benda macam nie, selalu juga mendongak kelangit kalau-kalau terserempak benda terbang ni.. alah... senang cerita alien lah...

Tapi bile ezad baca banyak gak artikal pasal alien nie, yang paling ezad leh terima ada satu artikel ni, yang menyatakan semua ini hanya palsu. Ini semua adalah sebahagian dari kemajuan teknologi kontemporari yang mungkin mempengaruhi seseorang dengan apa yang dilihat dilangit sehingga terus mengaku apa yang dilihat itu ALIEN!!! Jeng jeng jeng.... Dalam sumber-sumber internet sendiri beribu-ribu halaman yang merekodkan aduan pengalaman terserempak dengan U.F.O kebanyakannya penduduk barat, tak kurang hebatnya setiap kenyataan U.F.O muncul dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang dijumpai berterbangan di kawasam umum.


Ntahlah Ezad nak nafikan sepenuhnya tentang kewujudan U.F.O nie tak boleh juga.. ada pula pakar-pakar astronomi dan penyiasat yang bergerak secara sendiri banyak membuat kajian tentang U.F.O nie, mereka juga ada bukti yang bertimbun untuk dipaparkan kepada media dan rakyat umum untuk mempercayai kewujudan benda-benda nie. Malah korang pernah dengar tak pasal Circle of Crops, kat ladang-ladang jagung di negara barat majoritinya ada corak-corak bulatan yang memang unik seperti bahasa isyarat yang dibuat oleh Makhluk asing ni menggunakan teknologi dieorang yang boleh buat bulatan yang besar dengan corak dan saiz yang berbeza dengan hanya satu malam yang singkat.


Disini Ezad nak sampaikan eh.. U.F.O ni hanya objek pelik yang terbang kat ruang angkasa, dan Alien pulak makhluk asing yang pandu benda alah tue ha ni dua benda yang berbeza ok.. jangan korang keliru plak.. hehehe. Ezad cume nak bagitau kat korang sume bagi pendapat ezad U.F.O ni hanyalah permainan bagi sesetengah pihak malah ramai yang menuding jari ke badan-badan rahsia yan menjalankan pembinaan kapal-kapal angkasa untuk digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi kepentingan mereka dalam ketenteraan dan lain-lain hal yang melibatkan teknologi Aero Angkasa mereka.


Inilah kenyataan teknologi yang semakin berkembang yang tidak lagi mustahil bagi pemikiran logik akal manusia. Mugkin rakyat yang fanatik terserempak dengan objek-objek pelik di angkasa dan terus mengandaikan sesuatu itu datangnya dari luar yang lebih sinonim dengan panggilan Alien.. hehe.. memang benar Tuhan menjadikan seluruh alam cakerawala ini dengan kehidupan tapi ingatlah seperti mana yang dimaklumkan "Aku manjadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan" So.. korang renung-renugkanlah dan selamat beramal.. :p

0 komen & pendapat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review