Khamis

Let's Pray for Gaza....


Ape dah jadi, habis segala kejahatan dan tindakan yang diluar jangkaan telah dilakukan oleh tentera Israel ( Komando Yahudi ). Macam yang korang maklum lah, baru-baru nie.. kejadian kapal2 misi ke Gaza, yang telah diserang oleh tentera Israel ( Komando Yahudi ), padahal kapal-kapal tu cuma bawa barang-barang ubatan dan keperluan untuk Gaza ( bantuan kemanusian ).

Yang lebih menimbulkan rasa tidak senang adalah Aktivis-aktivis yang berada dalam kapal misi tersebut telah diserang bagai lanun, oleh tentera israel, dan telah meragut 19 nyawa serta 36 orang lagi cedera yang majoritinya aktivis dari Turkey. Ini semualah yang akan menimbulkan kemarahan rakyat dan penyokong aktivis keamanan.


Yang menimbulkan masalah kat sini tiada kuasa-kuasa besar yang dapat terus mengecam tindakan Israel tersebut, walaupun dah terang-terang tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, malah serangan tersebut dilakukan laluan lautan antarabangsa. Jadi dah memang tindakan itu salah.. Tapi masih lagi rundingan secara aman menjadi alternatif yang mungkin akan memanjangkan tempoh waktu untuk mengejar keamanan sedangkan dalam tempoh berkenaan Rakyat Gaza dilanyak bertubi-bertubi oleh Israel yang bertindak bagai kuasa besar yang tiada halangan.


Yelah.. macam ezad nie ape leh buat selain menyokong boikot yahudi, bagi derma kat tabung-tabung bantuan, dan berdoa jelah supaya Tuhan dapat memberi yang terbaik pada mangsa-mangsa serangan Israel.


Yahudi oh Yahudi kenapa lah korang ni macam nie.


P/s : Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keselamatan GAZA. May God bless Them...

0 komen & pendapat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review