Ahad

Seram Sejuk!!!!

Seram sejuk satu badan dibuatnyer.. Macam ni cerita nyer... Akhir tahun lepas iaitu 2010 bulan Disember hari tak ingat, Ezad sekeluarga dapat panggilan dari seseorang....
"It's my Life...... ( Ringtone Bonjovi )"


Masa tue dah pukul 9.30 minit malam.. Sebab Handphone ezad, so.. ezad lah jawab... 
"Hello... Kenapa? Ha!! ok ok.... ko datang, aku siap2"


Ezad, mak dan kebetulan tunang ezad ade, kite orang dengan tak buang masa siap lah bertukar.... Selepas bersiap semua dalam 20 minit kemudian datanglah orang yang buat panggilan tadi dengan kenderaan MPV Hitam yang agak kusam malam tue dik kotor-kotor tanah dan lumpur yang kering melekat... Tanpa buang masa kite orang naik terus kenderaan tue.. Dalam keadaan yang agak berserabut dik kelam kabut, semua penumpang dan pemandu muka berkerut. Tiba-tiba....
"Cuba cek pukul berapa start??" Tanya seorang penumpang hadapan..."


Aku apa lagi, capai apa yang patut cek la... pukul berapa?... 
"Dalam 15 minit lagi Start". Aku jawab..


Tiba-tiba jer pemandu terus menekan pedal minyak sekuat-kuat, MPV nie terus memecut la.. Dengan kekuatan Enjin 2.0 amat terasa la pecutan tue sampai menyentak tubuh penumpang rapat ke sandar kerusi.

Sampai jer ke trempat yang dituju dalam pukul 10.45 minit malam , kiteorang semua keluar bagai belari-lari anak manuju ke pintu masuk dan lari serta terus belari.. sesampai jer.... 
"Bang ade lagi tak??"
"Ada-ada masih boleh lagi" Jawab orang tue.. 


Kami semua berenam.. Orang tue menjeling lalu berkata...
"Hurm kalau macam ni tak boleh yang 2 orang tue tak cukup umur"
"Kenapa?" aku betanya.
"18 tahun keatas jer ni cerita seram yang amat!!!"  die menjawab.


Dengan Keadaan semua yang berpeluh dik suspen takut terlambat dan tetiba sejuk dik penghawa dingin, Seram Sejuk la kiranya... Tak dapat tengok Cerita Janin malam tue.. ceh!!!! nyesal lak kelam kabut. 

Tapi di tahun baru ini 2011 Ezad dah pun tengok cerita Janin ni dan yang kedua Damping Malam... Janin memang best.. Damping Malam agak mengecewakan kerana cerita yang tiada penyelesaian. Korang dah tengok korang tau lah.... ok..

Reaksi korang:

1 komen & pendapat:

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha!!!!!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review