Ahad

Lagenda Satria

Hatta lagenda Satria menjadi cerita.... hehehe... Kali nie Ezad nak kongsi dengan korang tentang kewujudan sebuah jentera yang dilahirkan oleh PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional). Oleh kerana Ezad memang minat pada Proton Satria je dari keseluruhan jentera2 yang dibangunkan Proton, jadi Ezad nak bercerita pasal Satria je.. Lah...

Kewujudan Proton Satria di malaysia adalah pada tahun 1995.Proton Satria adalah sebuah kereta yang dibangunkan oleh Proton hasil kerjasama dengan Mitsubishi, Proton Satria ini juge telah diambil contoh dari model asal generasi pertama Mitsubishi MIrage (3-door Hatchback) tahun 1991. Setelah beberape tahun Satria diperkenalkan, Proton sekali lagi memperkenalkan Satria GTI, model satria yang telah diupgrade menjadi lebih garang dan menarik, dan ditambah kuasa enjin yang lebih mantap iaitu 141 bhp (105 kW) 1.8-liter 4G93p yang diambil dari enjin yang telah digunakan pada Mitsubishi Lancer GTI. Hasil rekebentuk pula telah dibangunkan oleh hasil kerjasama Lotus yang memberikan sentuhan yang lebih Aerodinamik, dan yang terbaik dari Proton. Model-model Satria nie juge dikekalkan sehingga tahun 2005. Bagaikan terhentilah lagenda Satria.

Tahun 2006 sekali lagi Proton buat kejutan dengan kemunculan generasi baru Proton Satria, yang diberi nama Satria Neo. Dengan sentuhan yang lebih anggresif dan dipadukan dengan enjin 1.3 litre, inline-4 twin-cam Campro engine, menjana 94 bhp (70 kW) pada 6000 rpm dan enjin 1.6, inline-4 twin-cam Campro engine, menjana 110 hp (82 kW) pada 6000 rpm.

Belum puas lagi menatap Satria Neo, Proton macam tak kering dengan idea, wahana pada tahun 2009 muncul Model terkini Satria Neo yang di upgrade lagi kepada yang lebih baik iaitu Satria Neo CPS. Dimane casis asal diperkemaskan lagi dengan sentuhan yang lebih unik dan memang power lah.. Penjanaan kuasa juge dimuatkan dengan enjin Campro CPS yang memang mantap. Amacam? ape pendapat korang? bagi Ezad Proton memang setanding pengeluar2 kenderaan seperti Toyota, Honda dll. Nie yang terbaru MPV dari Proton tak kurang hebatnye, Proton Exora boleh tahan gak.

Selasa

SPA? Dah daftar belum?

Dah lame rasenye tak update blog nie... banyak hal yang nak diselesaikan.. but now i'm back.
Kali nie nak cerite pasal "SPA" korang pernah dengar tak? SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) ni badan yang dilantik untuk menawarkan jawatan-jawatan kerajaan untuk rakyat malaysia. Ade korang buat permohonan tak? Kalo tak pernah bolehlah korang mulakan dari sekarang segalanye mudah hanya dihujung jari, hehe... Ezad ada buat permohonan, dah banyak kali.. tahun demi tahun.. yang datang kat rumah cume surat pengesahan permohonan, panggilan temuduga takde. Umur dah nak sampai tarikh luput kerajaan hehe... Ade juge kawan2 ezad yang senasib dgn Ezad, tak kurang juge ade insan2 yang bagi nasihat, berbunyi...
"sabor la.., mungkin belum rezeki"
Hm.. bagi korang yang same mcm Ezad sabor je laa.. eh... Ape yang Ezad nak bagitau kat korang jangan mengharap sesuatu yang belum pasti.. Jagan pulak korang tak bekerja semate-mate nak tunggu panggilan dari SPA.... Kalo korang anak orang kaye tak tau la... tapi Ezad rase kalo anak orang kaye jarang sekali nak cari kerja Kerajaan nie.. (Ye r.. brape leh dapat). Jangan pandang rendah eh, sekarang jawatan2 kerajaan gaji yang ditawarkan lumayan, insentif, kemudahan juge banyak... bak kate orang
"Boleh hidup senang r....."

Ni satu lagi hal dalam SPA.. betul ke ade orang cakap, kalo ko tak de orang dalam (cable kuat dalam goment.. (ayat orang2 tue)) memang susah nak dapat ape yang korang mohon.. Ezad rase korang pun sedia maklum, kalo betul r mentaliti macam ni ade... Please r be fair to us.... Tapi bagi Ezad, benda2 macam nie takkan berlaku..... ntah terpulang pade pandangan korang sendiri.

Ni ade lagi satu.. setiap permohonan korang mesti disertakan salinan sijil2 penting yang telah dicop oleh pihak yang boleh dipercayai untuk mengesahkan kesahihan salinan sijil2 tersebut... Kalo korang dapat cop dari orang yang power2 dalam kerajaan lagi besar r peluang korang... betul ke?

Walau ape pun pendapat Ezad kerajaan dah bagi yang terbaik untuk sumer rakyat tak kira bangsa dan agama (pujian2 nie ikhlas dari hati sbg rakyat yang berikrar. heheh..)... Mungkin macam yang Ezad katakan tadi cume belum rezeki.. jadi bagi korang2 yang belum bernasib baik, sabor eh... keep on tryin'

Kalo dah cube banyak kali tak dapat gak.. mungkin dah karma korang untuk keseimbangan alam.. sape tau karma korang jadi kaya buat bisnes... renung2 kan lah......

Ahad

Filem Knowing bolehlah...



Macam biase rutin Ezad kalo free je.. akan Ezad isikan dengan macam-macam hal... diantaranye tido, makan, online, tngok wayang (kalo ade member r, sorang2 tak biase) & tut....... Tapi kali ni Ezad nak kongsi mase lapang Ezad, bab yang tengok wayang... Macam biase jugak sebelum pergi tengok wayang Ezad akan online ke laman TGV Cinema (dekat dengan rumah) untuk cek movie showtime yang nak Ezad tengok. Movie yang paling sesuai yang nak gie tengok time tu, cerite Hollywood, tajuk filem Knowing, pelakon utamanye Nicholas Cage.

Filem ini menceritakan tentang Global Warming (macam artikel sebelum ni kan, dah memang sesuai sangat...). Dimasukkan unsur-unsur ghaib yang melibatkan Sixth sense (a gift from god), yang kononnye seorang budak perempuan kecil memiliki kelebihan untuk meramal mase hadapan (macam Nastrodamus), dimana bisikan-bisikan halus yang menggangu beliau (Lucida) lalu di luahkan melalui nombor-nombor yang ditulis diatas helaian kertas, apabila nombor-nombor tersebut dinyahkod semula ia telah memberikan maksud-maksud tertentu yang melibatkan tragedi yang telah dan bakal berlaku kat muka bumi ni...

Ape yang Ezad tak berape nak minat filem ni ade memasukkan unsur agame dimana ia telah diubah mengikut citarase pengarah. Diantaranya malaikat yang menyerupai manusia turun kebumi untuk memilih pasangan kanak-kanak iaitu Caleb dan Abby untuk diselamatkan dan diangkat kelangit untuk menjadi pewaris dunia selepas kiamat. Kiamat yang nak digambarkan adalah melalui Global Warming yang telah memusnahkan bumi dengan kepanasan yang mendorong kepada kebakaran besar diserata bumi yang mnyebabkan seluruh habitat termasuk manusie pupus! Kire watak kanak-kanak tadi adalah Adam dan Hawa bagi generasi baru untuk kehidupan manusia. Kire mase ending filem ni budak dua orang ni diturunkan semula ntah kat mane dunie ke syurga untuk terus hidup..

Bagi Ezad filem ni tak ade special sangat cume efek-efek yang dimasukkan memang baik!!.. Kalo korang belum tengok & rase nak tengok silakan r.. Pastu kite boleh kongsi pendapat.

Sabtu

Earth Hour.... Dunia yang tue..

Mengeja sambil memahami tajuk je mungkin dah cukup untuk korang faham ape yang Ezad nak sampaikan... "EarthHour" yang akan disambut baik oleh kerajaan malaysia yang prihatin dengan ape yang dah jadi pada dunie yang kite diami sejak berjuta-juta tahun lamenye.... Mungkin ade diantara korang yang dah tau pasal ni, dan mungkin juge ade yang tak tahu langsung ape sebenarnye "EarthHour"?

Jadi di kesempatan ini Ezad nak kongsi bersame tentang "EarthHour" dengan korang. Hari bersejarah ni bermule pada tahun 2007 di Sydney, Australia. Banyak tempat-tempat besar lagi masyur mengambil bahagian untuk memadamkan lampu selama 1Jam. Tapi kini Malaysia diantara negara yang menyokong dan akan turut serta padam lampu untuk dunia. Apepun korang tau ke kenape nak padam lampu untuk selamatkan dunie? Ha.. kalo korang nak tau, dengan care memadamkan lampu ni secare tidak langsungnye dapat mengurangkan kadar kepanasan dalam dunie kite ni.. Nak buat pe? Ye r.. kan dunie kite dah teruk, ozon dah semakin tipis, haba dari matahari dah cukup panas, lagi tambah dengan cahaya lampu yang menghasilkan haba.. kite takleh nak kurangkan kadar kepanasan matahari, jadik ni salah satu care yang mudah yang boleh kite buat untuk selamatkan dunie ni!!

Dengan itu marilah ringankan jari telunjuk korang sumer untuk menekan suis lampu dari On ke Off, pada 28Hb Mac 2009, Jam 8.30 hingga 9.30 malam. Bukan lame sangat kejap je tu.. "Insyallah dengan keikhlasan korang ade kebaikannye dari perbuatan korang itu ~ Ezad" hehe..

Dengan itu korang tengok r petikan video dari artis tempatan yang menyokong "EartHour"..



Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinciri layari http://www.earthhour.org.my/

Amacam korang nak Join skali tak..? Tak payah nak fikir-fikir lagi.. sokonglah niat murni ini. Selamatkan Dunia!!!

Ahad

Kesian SiRokok.....

Ok, kali ni Ezad nak cerite pasal rokok.. Bukan nak adakan piket yang melibatkan rokok, cume ape dah jadi dengan rupe kotak rokok sekarang ni?!!. Sungguh menjijikkan pandangan mata yang dulunye masih mampu melihat rupe paras kotak rokok yang memikat dan menggoda.... tapi kini segala berubah bagai air bah.. (lah, ape lak aku melalut ni...)

Bagi perokok mungkin korang sedar ape dah jadi, yang bukan perokok mungkin korang juge perasan, ye r mase tengok member, bapak, pakcik korang beli rokok, kotak die dah ade gambar2 la pulak... Yang tak bestnye, gambar yang tertera kat kotak rokok tu!! gambar penyakit kanser, kononnye yang disebabkan oleh rokok. ishk... Padahal kalo makan Nasi lemak Cik Seha hari-hari pun boleh kena panyakit jugak.


Ape semua ni?? nak suruh perokok2 berhenti membeli ke? yang kononnye berhenti membeli secare tak langsung berhenti merokok.. Bagi pandangan Ezad teknik ni amatlah tidak berkesan bagi perokok tegar. Kalau nak suruh orang berhenti merokok, bagi pihak yang bertanggungjawab (kerajaan r sape lagi..), haramkan je r rokok/tembakau.
  • Tutup kilang-kilang rokok yang ade kat malaysia ni.
  • Hentikan semua import dan eksport (ade ke?) rokok.
  • Suruh semua majlis fatwa negeri2 keluarkan fatwa haram merokok.
  • Haramkan tanaman tembakau kat malaysia (ade eh?)
  • Tangkap orang yang hisap rokok.
Amacam korang setuju tak? Ezad tak setuju (faham-faham la sendiri). Bagi pandangan Ezad juge Kerajaan Malaysia pun tak setuju.. huahua... korang nak tau kenapa?? Hasil cukai yang diperoleh dari rokok dah banyak membantu pembangunan negara dan bayar gaji pekerja k******n,(bukan Ezad cakap ade brother supplier rokok cakap..) hehe... Sepatutnye pihak yang bertanggungjawab haruslah berterima kasih kepada perokok-perokok kat malaysia ni...

Berbalik pada gambar kanser yang dicetak dipermukaan kotak rokok tu tak mematahkan semangat perokok-perokok kebangsaan hehehe.... Jadi fikirkanlah teknik2 yang Ezad senaraikan di atas... Bagi Ezad ape yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab ni sekadar hendak memuaskan hati sesetengah pihak yang memang anti rokok!! (betul tak??). Soal harga, dulu harga sekotak rokok baru berapa tapi sekarang.. fuh.. (Ezad tak leh nak follow brand kesayangan hehehe..). Tapi Tapi bagi perokok ini bukan halangan.. they'll make sure the tobacco is burned.... Tapi Ezad rase kalo ape yang Ezad senaraikan di atas dilaksanakan juge, mesti kucar-kacir dibuatnye.... Jadi korang fikirLah semasak-masaknye.. sebelum korang terus je menghentam perokok.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review