Ahad

Lagenda Satria

Hatta lagenda Satria menjadi cerita.... hehehe... Kali nie Ezad nak kongsi dengan korang tentang kewujudan sebuah jentera yang dilahirkan oleh PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional). Oleh kerana Ezad memang minat pada Proton Satria je dari keseluruhan jentera2 yang dibangunkan Proton, jadi Ezad nak bercerita pasal Satria je.. Lah...

Kewujudan Proton Satria di malaysia adalah pada tahun 1995.Proton Satria adalah sebuah kereta yang dibangunkan oleh Proton hasil kerjasama dengan Mitsubishi, Proton Satria ini juge telah diambil contoh dari model asal generasi pertama Mitsubishi MIrage (3-door Hatchback) tahun 1991. Setelah beberape tahun Satria diperkenalkan, Proton sekali lagi memperkenalkan Satria GTI, model satria yang telah diupgrade menjadi lebih garang dan menarik, dan ditambah kuasa enjin yang lebih mantap iaitu 141 bhp (105 kW) 1.8-liter 4G93p yang diambil dari enjin yang telah digunakan pada Mitsubishi Lancer GTI. Hasil rekebentuk pula telah dibangunkan oleh hasil kerjasama Lotus yang memberikan sentuhan yang lebih Aerodinamik, dan yang terbaik dari Proton. Model-model Satria nie juge dikekalkan sehingga tahun 2005. Bagaikan terhentilah lagenda Satria.

Tahun 2006 sekali lagi Proton buat kejutan dengan kemunculan generasi baru Proton Satria, yang diberi nama Satria Neo. Dengan sentuhan yang lebih anggresif dan dipadukan dengan enjin 1.3 litre, inline-4 twin-cam Campro engine, menjana 94 bhp (70 kW) pada 6000 rpm dan enjin 1.6, inline-4 twin-cam Campro engine, menjana 110 hp (82 kW) pada 6000 rpm.

Belum puas lagi menatap Satria Neo, Proton macam tak kering dengan idea, wahana pada tahun 2009 muncul Model terkini Satria Neo yang di upgrade lagi kepada yang lebih baik iaitu Satria Neo CPS. Dimane casis asal diperkemaskan lagi dengan sentuhan yang lebih unik dan memang power lah.. Penjanaan kuasa juge dimuatkan dengan enjin Campro CPS yang memang mantap. Amacam? ape pendapat korang? bagi Ezad Proton memang setanding pengeluar2 kenderaan seperti Toyota, Honda dll. Nie yang terbaru MPV dari Proton tak kurang hebatnye, Proton Exora boleh tahan gak.

6 komen & pendapat:

mie berkata...

wahh!!
gue pun berkenan satria la...
satria neo..
heheeee

LuVidA^^ berkata...

alamak..xreti la sal kete2 ni.
;)

ezad berkata...

mie kalo minat dptkn r satu... hek...

ezad berkata...

luvida xtau sal kete.. dri skrang kene tau sikit.... pnting tu...

Unknown berkata...

Masa bujang best la...
pas kawin.. kena keta besar skit..

LuVidA^^ berkata...

luvida tau..kete ade bumbung..ade pintu..ade tayar.orait x?
:D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review