Achik Spin disahkan meninggal dunia ~ Dalam satu kemalangan jalan raya di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn Bhd.
Al-fatihah semoga Achik dicucuri Rahmat.....
Unik dan sempurnalah manusia dilahirkan dengan perasaan. Cuba anda bayangkan jika manusia tanpa perasaan apa yang terjadi pada bumi ini. Ezad percaya perkara yang akan terjadi lebih bahaya dari pencemaran global yang kita sedang alami yang sedang merosakkan bumi seperti kanser yang bertindak secara senyap. Memang wajar lah tuhan menyuruh Syaitan tunduk kepada Adam. kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang esa. Maka kita sebagai manusia haruslah bertindak untuk melakukan sesuatu mengikut perasaan yang sudah diperincikan kebaikan, kebenaran, kewajaran barulah bertindak. ©© Ezad juga dengan berani pertaruhkan yang setiap manusia punya perasaan. Walaupun kadangkala kita akan berkata kepada seseorang yang bertindak melakukan sesuatu itu bagai tiada perasaan. Seperti yang berlaku pada era ini, peperangan untuk mendapatkan hak, dan kononnya menegakkan kebenaran, tapi akhirnya rakyat yang tidak sepatutnya terkena penganiayaan, menjadi mangsa korban. Adakah kuasa-kuasa besar ini tidak punya perasaan?. Setelah kesilapan demi kesilapan dilakukan mereka bagai menutup sebelah mata dan terus mengisytiharkan kemengan. Apakah semua ini dilakukan dengan perasaan?, bagi ezad YA!!! tapi perasaan yang telah dikuasai oleh syaitan yang diciptakan dari api dan tidak punya perasaan dan bertindak angkuh untuk tidak mengikut perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam (manusia). Malah berjanji akan merosakkan manusia sehingga kiamat kelak!!!.