Selasa

Banjir oh banjir...

Salam to all bloggers..

Tajuk entry kali ni jer, Ezad tahu korang mesti dah faham.. Yang ezad nak cerita kat sini adalah tentang banjir yg berlaku kat bandar.


Erm.. korang expect tak perkara ini boleh berlaku kat bandar-bandar besar macam KL dan yg sewaktu dengannya.. Tapi masalah banjir ni kat bandar tempat tinggal ezad.. yang berstatus bandaraya, yang sepatutnya tidak akan berlaku bencana macam ni

Yang pertama, beberapa hari yang lepas dalam ezad meneruskan kehidupan seperti biasa berulang-alik ke bandar JB sesuatu yang diluar jangkaan ezad telah terjadi iaitu banjir.Sebab banjir ni juga ezad terlambat untuk sampai ketempat yang biasa ezad tuju hari-hari. Apa yang ezad nampak banjir ni berlaku sebab kawasan ini sedang dibangunkan. Itu yang ezad tak boleh terima.. sepatutnya kontraktor yang terlibat dalam projek pembangunan ni mengambil kira semua aspek supaya jangan hanya sibuk menjalankan projek tapi banyak masalah yang menganggu pengguna-pengguna lain.. macam masalah banjir ni lah yang terang-terang memang disebabkan saluran air yang tidak sempurna, yang terjadi akibat saluran tersumbat oleh timbunan tanah dan bahan-bahan buangan projek yang menutup saluran air terus menyebabkan limpahan air hujan diatas jalan raya hingga menyebabkan banjir kilat. Hurm.. Lepas bertarung habis-habisan akhirnya ezad dapat melepasi banjir tersebut.


Dalam beberapa minit perjalanan masalah yang sama terjadi lagi!!!!. Kali ni betul-betul ditengah bandar, pelik sangat-sangat. Sekali lagi ezad tersangkut dalam perjalanan. Masalah ni pulak disebabkan hujan lebat dan sungai yang menjadi kebanggaan rakyat johor iaitu sungai segget ( hahaha.. kalau korang tak percaya try la interview org Jb pasal sg. segget ni, banyak sejarah nyer.. ) tidak dapat menampung air, jadi melimpah lah air ke Jalan raya..


Hurm.. tapi ramai juga yang bualkan tentang masalah ini.. sebenarnya masalah ini disebabkan oleh kecuaian seorang pekerja yang bertanggungjawab mengendalikan pintu air sg. segget yang berhubung terus ke Laut Selat Tebrau. Masa kejadian hujan lebat tersebut sepatutnya pekerja tersebut harus buka pintu air tersebut untuk melepaskan air ke Selat Tebrau. Tapi mungkin sebab syok tido hari hujan ( yela, cuaca sejuk pulak tue.. ), tu yang terlupa untuk buka pintu laluan air.. ( ntah2 pekerja tu mesti kene buang kerja ek.. ).


Jadi setelah disimpul hingga tersimpul.. semua bencana ni bukanlah disebabkan oleh perubahan alam.. tapi oleh kecuaian manusia sejagat. Jadi sedarlah wahai manusia bumi mu.. sudah tua.. ubahlah ia menjadi lebih baik bukan lebih parah...

Rabu

Orang Besi | Iron Man

Salam dunia, salam semua....

Ok, Ezad nak share pasal Iron Man, movie hollywood yang korang pun mesti tau punya lah.. Hari isnin tu hari ezad dah tengok cite ni.. agak best la.. Ezad pergi City Square, CS, Cathay cineplexes ( kat JB lah.. Ezad kan JBrean ) , Harga tiket RM 11.

Movie ni memang cukup best la bagi Ezad, lagi-lagi ezad dah tengok yang part 1.. so bile trngok part 2 ni macam ade kesinambungan cerita, yang membuat ezad lagi excited nak terus menonton.

Action dalam movie ni not bad, tapi.. action gaduh sesama sendiri lagi best dari gaduh dengan musuh dia.. sebab lastly Tony Stark nak bunuh musuh dia Evan Denko senang giler tu yang tak berapa thriller..

Walaubagaimanapun kalau nak dibandingkan dengan movie kita, macam cicakman sumer lain sangat.. jauh panggang dari ayam.


Bagi korang yang belum menonton movie ni ada baiknya korang pergi sekarang, tak rugi pun sebab cerita ni memang best bagi Ezad.


Movie rate : 5 ****

Khamis

Hackers, hack you!!!

Salam..

Ezad nak cerita pasal penggodam, atau dalam panggilan yang mudah hacker. Kalau dekat Malaysia korang rasa ramai tak hacker yang hebat-hebat yang mampu menguasai segalanya seperti menggodam maklumat, memecah masuk data-data rahsia, dan macam-macam lagilah. Ezad rase kurang :p ...

Seperti baru-baru ni.. Pihak berkuasa Negara China telah menumpaskan pusat latihan penggodam!! yang telah melatih berjuta-juta pengguna untuk menjadi penggodam yang bertauliah. Web yang telah diberi nama Black Hawk Safety Net, yang telah memberi perkhidmatan tersebut, telah pun ditutup.

Walaubagaimanapun semasa perkhidmatan web tersebut masih berjalan Black Hawk Safety Net telah mengaut keuntungan sebanyak $1 juta dari 12 000 pelanggan berdaftar yang akan diajar teknik-teknik menggodam, menggunakan Trojan untuk memecah masuk data-data komputer. Dan selebihnya seramai 170 000 pengguna yang berdaftar secara secara percuma.


Google dan Kerajaan Amerika telah menuduh penggodam-pengodam China telah menyerang secara sofistikated terhadap Kompeni-kompeni besar Amerika Syarikat dan Eropah. Seperti Bank, kontraktor pertahanan, kompeni teknologi dan akaun emel persendirian. Dengan itu juga Kementerian industri dan teknologi maklumat telah menyatakan sebanyak 42 000 laman web telah menjadi sasaran penggodam.


Bagi Ezad ini memang luarbiasakan. Tapi dalam masa yang sama Ezad rasa teruja dengan kehebatan dan kepakaran penggodam-penggodam ini yang telah melakukan serangan siber secara besar-besaran. Ini menunjukkan, tahap keselamatn dalam internet masih lagi rapuh dan perlu dipertingkatkan lagi. Demi keselamatan manusia sejagat yang menggunakan internet dalam kehidupan harian.


 
P/s : Beware of Hackers Threats...!!!!

Ahad

Achik Spin Disahkan Meninggal Dunia

Achik Spin disahkan meninggal dunia ~  Dalam satu kemalangan jalan raya di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn Bhd.

Al-fatihah semoga Achik dicucuri Rahmat.....

[ Baca berita penuh ~ Murai.com.my ]

Powered by Murai.com.my  Edited by Ezadlah.blogspot.com Posted using ShareThis

Jumaat

Tengkorak luarbiasa.. wujud kah mereka?


  Salam sejahtera, kepada semua blogger....
Kali ini Ezad nak share benda pelik tapi betul... Segalanya bermula ketika, proses pencarian gas di padang pasir selatan timur, wilayah Arab. Dalam proses pencarian tersebut sesuatu yang luar biasa dan agak pelik dari jangkauan pemikiran manusia telah terjadi, iaitu proses pencarian gas itu telah menemukan tengkorak-tengkorak manusia luar biasa yang besaiz agak besar dari tengkorak manusia biasa yang kini masih menghuni planet bumi. Penemuan ini telah dibuat oleh ARAMCO EXPLORATION TEAM.

   Seperti umat islam sendiri mungkin sudah sedia maklum seperti mana yang telah dirakamkan dalam Al-Quran, Allah telah menjadikan kaum Aad dengan Nabi Hud sebagai pemimpin kaum ini, yang juga telah diberikan kelebihan yang luar biasa iaitu Tinggi, Besar, dan kuat.
  
   Namun setelah mereka diberikan segala kelebihan yang luarbiasa yang jauh berbeza dari kaum-kaum lain, mereka telah mendustai Tuhan dan Nabi Hud. Maka Tuhan telah melaknat mereka dari muka bumi.

   Ulama-ulama Arab juga telah percaya peninggalan tulang-tulang ini adalah dari Kaum Aad yang pernah menghuni bumi ini suatu ketika dahulu...

   Jadi apa pendapat korang tentang ini. Ezad rasa memang benda betul-betul belaka. Di bawah  terdapat video dari youtube tentang Tengkorak besar tersebut..


P/s : Terpulanglah pada korang semua nak percaya atau tidak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review