Sabtu

Earth Hour.... Dunia yang tue..

Mengeja sambil memahami tajuk je mungkin dah cukup untuk korang faham ape yang Ezad nak sampaikan... "EarthHour" yang akan disambut baik oleh kerajaan malaysia yang prihatin dengan ape yang dah jadi pada dunie yang kite diami sejak berjuta-juta tahun lamenye.... Mungkin ade diantara korang yang dah tau pasal ni, dan mungkin juge ade yang tak tahu langsung ape sebenarnye "EarthHour"?

Jadi di kesempatan ini Ezad nak kongsi bersame tentang "EarthHour" dengan korang. Hari bersejarah ni bermule pada tahun 2007 di Sydney, Australia. Banyak tempat-tempat besar lagi masyur mengambil bahagian untuk memadamkan lampu selama 1Jam. Tapi kini Malaysia diantara negara yang menyokong dan akan turut serta padam lampu untuk dunia. Apepun korang tau ke kenape nak padam lampu untuk selamatkan dunie? Ha.. kalo korang nak tau, dengan care memadamkan lampu ni secare tidak langsungnye dapat mengurangkan kadar kepanasan dalam dunie kite ni.. Nak buat pe? Ye r.. kan dunie kite dah teruk, ozon dah semakin tipis, haba dari matahari dah cukup panas, lagi tambah dengan cahaya lampu yang menghasilkan haba.. kite takleh nak kurangkan kadar kepanasan matahari, jadik ni salah satu care yang mudah yang boleh kite buat untuk selamatkan dunie ni!!

Dengan itu marilah ringankan jari telunjuk korang sumer untuk menekan suis lampu dari On ke Off, pada 28Hb Mac 2009, Jam 8.30 hingga 9.30 malam. Bukan lame sangat kejap je tu.. "Insyallah dengan keikhlasan korang ade kebaikannye dari perbuatan korang itu ~ Ezad" hehe..

Dengan itu korang tengok r petikan video dari artis tempatan yang menyokong "EartHour"..



Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinciri layari http://www.earthhour.org.my/

Amacam korang nak Join skali tak..? Tak payah nak fikir-fikir lagi.. sokonglah niat murni ini. Selamatkan Dunia!!!

Ahad

Kesian SiRokok.....

Ok, kali ni Ezad nak cerite pasal rokok.. Bukan nak adakan piket yang melibatkan rokok, cume ape dah jadi dengan rupe kotak rokok sekarang ni?!!. Sungguh menjijikkan pandangan mata yang dulunye masih mampu melihat rupe paras kotak rokok yang memikat dan menggoda.... tapi kini segala berubah bagai air bah.. (lah, ape lak aku melalut ni...)

Bagi perokok mungkin korang sedar ape dah jadi, yang bukan perokok mungkin korang juge perasan, ye r mase tengok member, bapak, pakcik korang beli rokok, kotak die dah ade gambar2 la pulak... Yang tak bestnye, gambar yang tertera kat kotak rokok tu!! gambar penyakit kanser, kononnye yang disebabkan oleh rokok. ishk... Padahal kalo makan Nasi lemak Cik Seha hari-hari pun boleh kena panyakit jugak.


Ape semua ni?? nak suruh perokok2 berhenti membeli ke? yang kononnye berhenti membeli secare tak langsung berhenti merokok.. Bagi pandangan Ezad teknik ni amatlah tidak berkesan bagi perokok tegar. Kalau nak suruh orang berhenti merokok, bagi pihak yang bertanggungjawab (kerajaan r sape lagi..), haramkan je r rokok/tembakau.
  • Tutup kilang-kilang rokok yang ade kat malaysia ni.
  • Hentikan semua import dan eksport (ade ke?) rokok.
  • Suruh semua majlis fatwa negeri2 keluarkan fatwa haram merokok.
  • Haramkan tanaman tembakau kat malaysia (ade eh?)
  • Tangkap orang yang hisap rokok.
Amacam korang setuju tak? Ezad tak setuju (faham-faham la sendiri). Bagi pandangan Ezad juge Kerajaan Malaysia pun tak setuju.. huahua... korang nak tau kenapa?? Hasil cukai yang diperoleh dari rokok dah banyak membantu pembangunan negara dan bayar gaji pekerja k******n,(bukan Ezad cakap ade brother supplier rokok cakap..) hehe... Sepatutnye pihak yang bertanggungjawab haruslah berterima kasih kepada perokok-perokok kat malaysia ni...

Berbalik pada gambar kanser yang dicetak dipermukaan kotak rokok tu tak mematahkan semangat perokok-perokok kebangsaan hehehe.... Jadi fikirkanlah teknik2 yang Ezad senaraikan di atas... Bagi Ezad ape yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab ni sekadar hendak memuaskan hati sesetengah pihak yang memang anti rokok!! (betul tak??). Soal harga, dulu harga sekotak rokok baru berapa tapi sekarang.. fuh.. (Ezad tak leh nak follow brand kesayangan hehehe..). Tapi Tapi bagi perokok ini bukan halangan.. they'll make sure the tobacco is burned.... Tapi Ezad rase kalo ape yang Ezad senaraikan di atas dilaksanakan juge, mesti kucar-kacir dibuatnye.... Jadi korang fikirLah semasak-masaknye.. sebelum korang terus je menghentam perokok.........

Khamis

Lelaki bercinta, mencintai & dicintai...

Dalam ketandusan idea, Ezad.. no choice nak bercerita pasal lelaki yang baru nak bercinta dan nak dicintai. Mungkin tak semua lelaki macam yang Ezad gambarkan... Hurm.. tapi percaye r, ramai kawan-kawan Ezad yang "lelaki" setuju dengan ape yang Ezad cakap...

Betul tak kalo Ezad cakap lelaki ni mase baru-baru nak tackle awek, dia akan....
-Cube dapatkan cara to keep ini touch (tipon, email.... dll.)
-Cakap yang indah-indah belaka...
-Merendah diri tapi still control, supaye tak nampak teruk sangat...
-Macho semacam...
-Jawab mesej walau dalam waktu kecemasan (mase tengah berak.. awek mesej jawab gak cepat-cepat..) cth mesej:
Awek : Hye busy ke??
Lelaki: Tak r.. tengah rilex ni (realitinye dalam jamban bergelut dgn sembelit..)
Bile dah kenal...
-Selalu call, msg awek tu...
-Bercerite pasal latar belakang... (tapi banyak berahsia)
-Tanya benda-benda remeh... (dah makan, dah mandi, gosok gigi guna colgate ke?? mcam-macam r..)

Lelaki ni pulak selalu berpura-pura takde masalah especially kewangan... contoh-contohnye...
-Mase awek tu cakap "takde kredit r phone nak mesej...." (fuh.. terus transfer kredit kat awek tu....)
-Mase keluar makan lepak kat tempat yang class.. (McD, KFC, Starbucks, macam-macam lagi ...) Bayar takde hal..
-Kuar jalan-jalan.. (Beli je.. ape awek tu mintak..)

Kenape mesti lelaki buat tu semua?. Bagi Ezad lelaki jenis ni memang ikhlas mencintai dan dincintai oleh awek tu, cume certain things need to be secret.... (ade baiknye untuk berahsia..)

Jadi bagi awek-awek yang kat luar sane.. tanamlah sifat untuk terus menghargai lelaki disisimu... Sesungguhnya lelaki ni tekankan perfection tapi kekadang out of control... but still mahu dicintai dan mencintai. Mungkin korang (awek-awek) tak jumpe lelaki yang macam Ezad gambarkan, sebab tu dah nasib korang. Kalo korang terjumpe lelaki macam ni try to appreciate. Atau korang ade pendapat yang lain bagitau r... bolehlah Ezad kongsi... (mungkin ade sambungan...)

Ahad

Pemerintah golongan Rahman??

Kali ni Ezad nak kongsi dengan korang semua pasal satu hal yang agak menarik bagi Ezad. Hal yang Ezad nak kongsikankan ni amatlah payah untuk ditafsirkan secara logik akal. Ezad dapat tahu hal ni dari orang lame ( tua r, senang kire ). Hal yang melibatkan ketua-ketua pemerintah negara Tanah Melayu ( Malaysia r.. ).

Korang percaya tak??
- Kalau Ezad cakap semua pemerintah ni dah ditetapkan dari dulu lagi siapa yang bakal memerintah.
- Atau Penilik ( tok bomoh r.. ) yang paling hebat dah buat ramalan siape yang bakal memerintah negara ni?
- Atau semuanya dipilih mengikut nama atas ayat Rahman (Bahase Arab) iaitu Pengasih (Bahase Melayu).

Kalo macam gitu r citenye, kire kesemua pemerintah dan bakal pemerintah negara adalah dari golongan pengasih, hmm.. korang nilai r sendiri. Sebelum Ezad bercerita panjang lebar lagi, korang faham tak setakat ni?. Kalau tak faham takpe keep on reading.. Sekarang ni Ezad akan cerai-ceraikan satu-persatu abjad dalam ejaan Rahman berserta dengan nama-nama pemerintah negara.

R = Abdul Rahman ( yang pertama )
A = Abdul Razak ( yang kedua )
H = Hussien Onn ( yang ketiga )
M = Mahathir Mohammad ( yang keempat )
A = Abdullah Ahmad Badawi ( yang kelima )
N = ( Yang ni cube korang teka? Ezad percaya Najib A.Razak )

Ape pendapat korang pasal ni?. Hal ni dah lame menjadi tanda tanya, bagi Ezad r.. kalau korang ade pendapat atau cerita korang yang lebih sahih dan nyata yang tak boleh ditandingi lagi. Buat ape nak buang mase lagi, karanglah cerite korang kat komen. Kekadang terfikir gak, lepas Rahman dah cukup kuota ape pulak ek? Rahim agak nye.. haa.. tu pandai-pandai r korang buat research pasal ni yang masih menjadi misteri........

Khamis

Astro oh astro...

Tengah syok tengok cerita kat TV tiba-tiba jer siaran tergendala, sekejap ada sekejap takde kekadang macam cd rosak, stuck2. Sebab ape? ASTRO r, dah memang dari dulu hingga kini macam ni. Hujan turun sikit je dah cukup untuk ganggu siaran tv korang. Kekadang belum hujan, baru nak mendung, angin-angin sikit dah takleh nak layan cerita yang korang tengok, betul tak?




Satu lagi hal yang amat Ezad paling tak suka ialah satu cerita tu kekadang diulang berkali-kali dalam 1 hari, peh!!. Bingit siot!! kalau cerita tu best takpe, ni cerita dah ler.. ishk.. korang faham-faham sendiri r. Dah ler siaran diulang-ulang lepas tu, pernah Ezad dapat offer dari Astro, dekoder baru, Astro max Decoder difahamkam dekoder ni boleh merakam/mengulang cerita yang dah lepas. Nak buat ape bro!! jap lagi cerita yang terlepas tu mesti diulang tayang. tak payah susah-susah buang duit nak ganti dekoder max tu.

Yang paling tak best bila korang nye Astro mengalami masalah, tak kira r masalah ape? penyambungan semula, nak buat pemindahan, nak tambah siaran macam-macam lagi r, korang mesti dail no perkhidmatan pelanggan Astro kan?. Masalah yang pernah terjadi kat Ezad sendiri, Customer service dieorang susah nak jawab panggilan, kite dok dengar r suara-suara sumbang yang membebel entah apa-apa. Kalau yang buat panggilan tu guna talian Prabayar, habis kering kredit dibuat nye. Dah ler setiap perkhidmatan dicas, lagi-lagi penyambungan semula RM20 tu!! mahal siot!! lambat sikit je, terus potong, dengan alasan sistem ni dikawal sepenuhnya oleh komputer (automatik ler tu).


Korang macam mane pulak? takde masalah ke, dengan Astro yang korang langgan? Kalau bukan kerana banyak realiti tv yang best kat Astro dah lame Ezad unsubscribe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review