Korang tahu tak apa penawar yang Ezad maksudkan? Penawar tersebut ialah "Apricot Seeds" atau biji buah Aprikot yang mengandungi kandungan Vitamin B17. Cara ia bertindak ialah B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan korang pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed iaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser.
Ezad juga ada terbaca artikel yang menyatakan penawar ini telah ditolak kesahihannya dalam perubatan moden untuk digunakan sebagai penawar untuk merawat kanser secara menyeluruh kerana, terdapat muslihat untuk melengkapkan sistem 'pengeluar-pengguna'. Jika pesakit mendapatkan rawatan dengan menggunakan perubatan moden yang menggunakan teknologi yang terdapat pada masa kini, ini akan terus dapat menjanakan wang atas kos pemilikan barang-barang yang serba canggih untuk merawat kanser. Jika pesakit-pesakit kanser berhenti mendapatkan rawatan ini dan beralih pada pemakanan Biji Buah Aprikot, ini akan menyebabkan kerugian besar bagi dunia perubatan moden, kerana kos bagi mendapatkan rawatan kanser mencecah ribuan ringgit. Inilah yang menjadi punca Khasiat biji buah Aprikot ini ditolak dan tidak diendahkan oleh pakar-pakar perubatan.
Ezad hanya menyampaikan apa yang ezad baca dalam artikel yang sempat dibaca. Ini terpulang pada korang sendiri untuk menilai. Kalau korang rasa apa yang ezad sampaikan ini masih tidak cukup untuk korang faham. Korang GOOGLE lah sendiri.