Sabtu

Selamat datang PM...


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan sesi lawatan ke Johor Bahru pada 22 hb. Mei 2010. Ezad sebagai rakyat Johor mengalu-alukan kedatangan beliau ke Jb ni, yelah Perdana Menteri tu yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.


Dah menjadi lumrah rasanya bagi ezad, bila ada tetamu kehormat yang hendak melawat sesuatu tempat mesti ada persiapan bagi menyambut kedatangan tetamu tersebut. Macam ezad memang teruja lah apa yang ezad nampak depan mata sendiri ni, macam-macam proses baik pulih telah diselenggarakan untuk memastikan semua keadaan berada dalam kondisi yang baik, dalam erti kata lain Tip Top.


Macam yang berlaku kat Jb sekarang ni fuh.. Memang ezad respek lah. Mana tak nya semua badan-badan yang bertanggungjawab sibuk menguruskan hal masing-masing. Diantaranya :


*Proses baik pulih lampu-lampu jalanraya yang sebelum ni rosak dan terbiar, kini kembali berfungsi.
*Proses pembersihan landskap di sekitar Bandaraya Johor Bahru yang dulu nya berlumut dimamah usia.
*Proses penanaman semula pokok-pokok bunga disekitar Bandaraya Johor Bahru yang dulunya layu.
*Pemasangan banting-banting bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri.
*Macam-macam lagilah.


Macam ezad sekarang ni nak bagi gambaran, apa pula yang berlaku kat tempat ezad cari makan kat JB ni. ( Lokasi Bazar JB / Uptown JB ) kerana PM juga akan mengadakan lawatan kat sini, yelah untuk beramah mesra bersama rakyat. Diantaranya :


*MBJB bertungkus-lumus membersihkan kawasan.
*MBJB Membuat tanda-tanda bagi laluan untuk PM nanti.
*KDN bergegas memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang meniagaakan barangan tiruan supaya tutup perniagaan pada hari lawatan PM.
*Persatuan Bazar JB mengantung banting-banting bagi mengalu-alu kan kedatangan PM.


Ishk.. macam-macam persediaan telah dilakukan. Yelah, just to make sure our PM feel comfort to be in Johor Bahru.


Tapi yang ezad terasa sangsi adakan ini harus terjadi? Bila ada PM atau pun sesiapa yang berstatus tetamu kehormat baru segala kekurangan ditambah, kerosakkan dibaik pulih, kelemahan ditutupi. Sepatutnya semua ini harus diselenggara pada setiap waktu bagi keselesaan seluruh rakyat bukan individu.


Walaubagaimanapun ezad amat mengalu-alukan kedatangan PM ke Johor Bahru. Dengan itu dapat jugalah beliau melihat kerenah rakyat Johor dan dapatlah juga rakyat Johor melihat lebih dekat PM kesayangan mereka ( dan mungkin juga dapat meluahkan perasaan masing-masing.. hehe.. ).


Semoga kedatangan beliau akan dapat memberi impak yang baik bagi Negeri Johor dan rakyat Johor.


"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

0 komen & pendapat:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review