Rabu

Tribute to All Segget Street Rians.....

Salam.... Kali Ezad ada special case.. yang nak dikongsi oleh semua orang.. especially followers, segget street..

Hatta~.... Suatu hari yang indah... Macam bese Ezad akan bangun seawal pagi yang "MUNGKIN" untuk mengisi ruang-ruang kehidupan.. supaya dipenuhi dengan warna-warna indah, bagai langit yang cerah.. burung berkicau.. angin sepoi-sepoi bahase....
Bila hari berlalu in perfect mode.. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang bersamaan hari Selasa, 27 hb September 2011.. Segala epik bermula.....

Takde apepun.. cume rutin hari-hari ezad pegi ke bandar.. "niage Lah" (nilah keje Ezad).
Lepas setting barang niage sume rilexlah just nak tunggu customer, yelah nak sakau duit dieorang... hehe... Tapi nampaknye sambutan pelanggan hari ni agak kurang.. Inilah yang menjadi masalah kronik kepada peniage-peniage kat sini (tapi Ezad alhamdullillah "rejeki hujan..") Yang paling terasa kemerosotan nyer, Abg Din kite.. (Sabor ye bang....), Lagi parah Abg Sam kiter, nampak orang muke ketat, misai tebal.. pakai kasut kilat jer, terus gelabah simpan barang, KDN (kementerian dalam Negeri) katenye datang. (maklumlah kite kat Segget ni hampir 80% barang jualan adalah barangan ORICHINA bukan ORIGINAL...) Padahal pakcik-pakcik tue datang nak shopping... Abg Apek kite macam bese bile hati tak seddap jer, alamat kaki meja dengan papan jer lah buat DISPLAY.... Kasut ntah kemane...


Wahana~ Dalam Ezad tengah sibuk buat Sale....

Jeng! Jeng!! Jeng!!!

Angin!!!... ntah datang dari mane bertiup kencang... Mule-mule steady lagi... Tapi makin lame makin kuat.. Peniaga-peniaga makin suspen.... Mane tak nyer.. RIBUT!!!!... Dari masing-masing tekun buat Sale, tekuntang kanting dibuat nyer... Khemah-khemah peniaga macam nak terbang, terbalik, tumbang dek angin kencang.... pengunjung-pengunjung bertempiar lari tak tentu pasal... ANGIN-ANGIN!!!!! jerit Pak Sameon.. (Pengunjung Segget).

Peniage tak boleh buat ape-ape masing-masing pegang khemah takut disauk angin kencang... Masing-masing jage harta tue... (termasuklah Ezad sekali..) Fuyoo.... kalau dibiar Insuran tak cover tue... Maklumlah Bencana Alam... Dalam sibuk-sibuk... Angin mai ngan ujan lak... Fuh.. makin thrill dibuat nye... Macam dalam filem Hollywood arahan Steven Spielberg... Ezad kelam kabut humban barang-barang niage dalam tong barang, sumbat dah tak ikut spec yang ditetapkan.. ape nak buat nak kene rushing.. kalau hegeh-hegeh, punah lah jawab nyer....

Dalam kacau-bilau, manusia bertempiar... selamatkan aset-aset dieorang... Sampai ade yang yang sibuk jage barang orang lain, kesane-kemari.... barang sendiri terabai.. Bak kate pepatah yang dah patah.. Anak Monyet kat hutan DiSusukan, Anak sendiri kat umah merengek Kelaparan... ( eh.. ade ke pepatah ni ek.. ni nak kene refer kat Karam Singh Walia nie.. heheheh.. )

Rasenye.. Dalam kejadian ribut tue.. ramai yang mennggung kerugian besar... Mesti yang ade declare rugi hampir  RM 1/2 Juta, Padahal barang sekangkang kera tak sampai RM 500 pon.... tak caye cube tanye Adik Erat kite....

Sedikit Bingkisan Untuk Kenang-Kenangan....




Sorry lah tak banyak SHOT.. Sebab tengah dalam situasi cemas yang hampir lemas, Sebenarnye ade 2,3 Shot lagi tapi setelah ditapis oleh lembaga yang dipertanggungjawabkan gambar-gambar lain tidak boleh dipaparkan......

Apepun ni ade skit.. VIDEO CLIP... mase ribut.... hehehe....





Shot ni pon agak gelap, tak clear... sebab hari gelap... huahua.....

Walau apepun yang terjadi Ezad mengucapkan Terima Kasih pada sesiapa yang ade meringankan beban membantu mangsa-mangsa ribut nie... Especially kepada Abg Yan kite walaupun tak niage still datang kat Segget nie. Dah tentu Abg Apy kite yang bertungkus lumus menolong (kene lah bodek skit.... Abang tue....)

TAHNIAH kepada peniage-peniage yang berjaya mengharungi ribut ni tanpa ade sebarang kecelakaan yang kronik, lagi membingungkan.....

TAKZIAH kepada peniage-peniage yang kerugian.... Seperti yang Abg Apek kite maklumkan ade yang kehilangan duit Sale, yang disebabkan  angin kencang "meniup" duit dieorang.... Kepada sesiape yang terjumpe tue.. bolehlah simpan untuk tambah-tambah modal esok luse....

Ok Guys.... Jumpa lagi next time... with more HOT NEWS.....

Salam semua Bloggers...

Salam satu Malaysia... fuh.. lamenye rase tak berblog...
Semua ni atas sebab yang amat Ezad tak dapat nak elak... banyak rasenya yang Ezad dah tertinggal.... Walau apepun insallah ezad akan up2date blog ni dari hari ni dan selamanye tanpa tinggalkan ape-ape lagi....
Harap2... semua blogger welcome me back... to touch de keyboard....
Hidup Bloggers....

Bumi dah porak!

Salam sumer.

Kenapa ezad cakap bumi dah porak? Bukan apa korang sendiri sedar kan, macam-macam dah jadi, Dari gempa bumi jadi tsunami, masalah global yang dah tak menentu...

Perang sana-sini, pembunuhan tak tentu pasal.. atas alasan keamanan. Yang hakikatnya segala masalah datang dari makhluk berstatus homosapien.. iaitu manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir secara logik dan bertindak secara bijak, tapi sebaliknya...

Walaupun memang masalah sebahagian dari kehidupan... tapi ada yang patut dan tak patut berlaku.

Kudrat dianugerahkan untuk digunalan secara bijaksana, tapi tidak sehingga porak alam... yang sepatutnya dicorak menuju tamadun yang gemilang.

Jadi mari sama-sama kita berhibur dibumi yang porak!.

Jumaat

Kronikal Filem Melayu...


Salam sumer... Ehem... Lebih kurang 10 tahun dah Ezad jadikan tabiat menonton wayang ni sebagai hobi... Dalam 10 tahun ni juga macam-macam genre filem dah Ezad tonton. Filem melayu adalah diantara filem yang Ezad tonton, dalam masa yang sama Ezad akan buat penilaian diantara filem-filem tersebut.

Lagi-lagi dalam tahun 2000 hingga 2011 filem melayu semakin banyak bagai cendawan tumbuh. dari semua genre, diantaranya ialah Cinta, aksi, Seram, Komedi, dan sekarang ni ade Komedi Seram pulak... Tapi yang menjadikan Ezad agak kurang minat menonton filem kita sebab kebanyakkannya masih ditakuk lama.... Apa yang Ezad maksudkan ialah dari teknik pengambaran, aksi yang dipaparkan, jalan cerita yang agak membosankan, seperti klimaks yang tidak langsung mendatangkan apa-apa reaksi pada penonton, dan kesudahan yang agak manyakitkan juga, selalu menjadikan filem melayu agak mengjengkelkan. 

Tapi bukan semua filem melayu yang Ezad maksudkan.. hanya  separuh, yang mungkin disebabkan skrip yang ditulis memang tak best langsung.. atau pengarah yang kurang hebat, atau mungkin juga penerbit yang kekurangan bajet untuk membuat pengambaran yang melibatkan modal yang agak besar, tapi inginkan pulangan yang besar. Seperti dalam tahun-tahun 2000 dan seterusnya banyak filem yang hanya bermodalkan pelakon ternama dan modal-modal lawak, yang  menjadi tunjang filem untuk manjadikan filem tersebut menarik. Bak kata David Teo "ini taun r, kita ala manyak flem...." Dia ni lah diantara penerbit yang tak lekang dalam industri filem melayu kita. Filem yang yang diterbitkan tak macam banyak pulak.. Tapi adakah filem-filem tue berkualiti? atau hanya suam-suam kuku? atau, langsung tiada kualiti?. Penilaian di tangan anda sendiri.

Tapi orang macam David nie boleh membuka mata bagi penerbit lain, supaya berlumba-lumba untuk menerbit filem. Secara tak langsung wayang kita tak lekang dek filem kita. Taklah asyik filem barat jer yang ada kat wayang.

Soal pengarah bagi Ezad pulak ada juga yang bagus dan kurang bagus... ada pengarah yang macam syok sendiri jer.. dan ada pengarah yang memang memiliki kebolehan mengarah yang amat baik. Kalau dulu Aziz M. Osman ni memang diantara pengarah yang hebat lah sebab dengan idea pengarahan yang amat unik tapi sekarang nie die dah kurang mengarah filem. Yang menjadi tarikan Ezad sekarang ni adalah Filem yang diarahkan oleh Yusri Abg Halim tak kurang juga Edry Abd Halim, dimana filem yang diarahkan mereka adalah juga hasil penerbitan mereka sendiri iaitu "KRU Studios" dan kebanyakan filem yang diarahkan mereka agak luar biasa dari filem-filem melayu lain. Genre filem yang ditunjukkan agak berbeza dan dapat membuka mata bagi penerbit dan pengarah lain dalam industri filem melayu yang masih takut-takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Dimana filem yang diterbitkan KRU ini juga kita dapat menandingi filem barat, jika tidak sekalipun ia cukup dapat bersaing dengan filem barat.

Disebabkan pemikiran orang melayu yang kebanyakkannya sudah dibanjiri oleh segalanya yang datang dari barat, tidak dapat dinafikan filem barat juga telah banyak mempengaruhi orang melayu, dengan aksi yang dipaparkan, jalan cerita yang menarik serta meninggalkan kesan, pengambaram yang agak luarbiasa, dimana teknik-teknik CGI diterapkan dalam sesebuah filem yang secara tak langsung menjadikan filem yang ditonton tue menarik.

Syabas lah kepada KRU Studios yang telah menghasilkan filem-filem yang agak pelik bagi pengarah-pengarah tempatan, tetapi dapat membuka mata yang filem kita juga setanding Hollywood malah lebih hebat dari Bollywood. Sikap berani dan mendahului juga dapat menjadi tunjang untuk filem kita lebih berkembang maju, supaya tidak lagi berada ditakuk lama.


Filem melayu terbaru yang patut kita ramai-ramai pergi tengok wayang pada 10 Mac ni, Hikayat merong Mahawangsa diantara filem melayu terhebat Ezad rasa, tengok trailer dah gempak semacam, sekali pandang macam ada babak dalam Lord of the Ring, Narnia semua... Ezad percaya filem ni memang menarik lagi-lagi teknik CGI dan latar belakang serta corak pengambaran yang memang berbeza dari filem-filem tempatan yang lain, dapat menjanjikan kepuasan rasanya, fuh... Filem yang macam nilah, yang mugkin ditunggu-tunggu oleh orang kita kot... 

Korang pandai-pandai lah menilai sendiri eh... " Hidup Filem Melayu" / " Wayang kita filem kita".

Maulud?? Valent?? Hoh.. Awal muharam??

Salam... semua. Hari ni Ezad hanya nak kongsi pasal masalah yang dihadapai oleh orang melayu, yang majoritinya beragama islam. Baru-baru ni korang sedar tak yang Maulidur Rasul baru sahaja kita sambut, atau yang korang perasaan hanya hari "Valentine day"

Bukan apa, Ezad rasa sedih bila hari-hari penting bagi umat Islam tak diambil kisah. Lagi-lagi orang melayu kita sendiri yang beragama Islam, majoritinya dari golongan anak-anak muda. Mana tak nya.. Bila 14 feb jer sibuk semua pergi beli bunga nak dihadiahkan pada pasangan masing-masing sebagai tanda kasih sayang, cinta dan sebagainya.

Sebenarnya kalau nak hadiahkan bunga untuk pasangan tak perlulah nak tunggu hari Valentine Day ni.. Sebab bagi pandangan Ezad, bila kita memberi bunga ker ape-ape jelah sebagai tanda kasih sayang pada pasangan kita pada hari Valentine ini.. secara tak langsung kita seperti telah meniru gaya serta cara yang dipraktikkan oleh orang kafir dimana "VALENTINE DAY" ini sendiri mempunyai sejarah nya yang tersendiri, yang sama sekali boleh memesongkan akidah kita sebagai seorang muslim.

Difahamkan Hari Valentine ini adalah hari bagi memperingati seorang paderi yang digelar Valentine, dan telah dihukum mati oleh pemerintah rome atas sebab tertentu (kalau korang nak lebih detail boleh lah korang google sendiri "the history of Valentine Day") Dan semasa tempoh paderi ini dipenjarakan ramai fanatik-fanatik beliau melawat beliau dengan menghadiahkan kuntuman bunga sebagai tanda menyokong perjuangannya. Dan dipercayai juga Paderi tersebut telah dihukum mati pada 14 FEB 270 AD. Namun terdapat berbagai cerita mengenai Valentine Day ini, dipercayai terdapat 3 cerita berbeza mengenai Valentine, walau bagaimanapun ketiga-tiga cerita tersebut mengisahkan pejuang-pejuang Rome, Kristian yang terang bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi hakikatnya hari Valentine ini adalah sempena memperingati pejuang kafir yang terkorban.

Jadi macam mana, korang masih lagi nak sambut Hari Valentine Day? Bukan apa, seperti baru-baru ni, Maulidur Rasul baru jer lepas kan.. adalah lebih baik kita sambut hari Jadi Nabi Muhammmad S.A.W ini.. Dengan iringan selawat keatas beliau. sebab beliau adalah pejuang yang memang dikenali seluruh umat manusia, dan ramai yang mengagumi perjuangan beliau, bukan sahaja dari pandangan agama, malah politik, ekonomi dan macam-macam lagi lah yang banyak dijadikan petunjuk dan rujukan bagi umat manusia.


Dan Ezad juga nak ingatkan kepada semua umat islam, supaya ingatkan sesama sendiri tentang hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ini semoga kita semua peka, ingat dan sedar tentang hari Maulud ni.. Bukan Valentine!!!!.. Ni pulak ada, bila ditanya esok hari apa ek?? Dengan sombong dan bongkak jawab Awal muharam... (tengkorak kau!!!) Astaghfirullahalazim... Entah lah apa nak jadi.. Si Valentine yang tak pasal-pasal tu ingat... Hari Lahir Nabi Muhammad pun tak ingat.. Jadi dari sekarang marilah kita saling ingat-mengingati.

Kesimpulannya tak perlu lah Sambut Valentine eh.. walaupun tanpa niat, tapi cukup sekadar meniru tradisi yang telah dipraktikkan oleh orang kafir ini, boleh menggongcang akidah dan iman sebagai seorang Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review