Khamis

Beauty for the Beast

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Ape korang tau pasal cantik?.  Kalau Ezad nak huraikan petikan kat atas tue, memang banyak... Ok ezad huraikan apa yang ezad nak cerite sekarang nie.


  • Cantik yang dituntut adalah kekemasan diri dari segi pakaian terutama dalam melakukan ibadah atau ke majlis2 agama, tetapi bukan untuk melaram nak menunjuk-nunjuk sebab ini akan menimbulkan riak secara tak langsung mendatangkan dosa.
  • Cantik juga seseorang itu jika dipenuhi dengan ilmu duniawi & ukhrawi di dalam dirinya yang menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada TUHAN.
Tapi sekarang nie ezad nak cerite pasal cantiknye seorang perempuan bagi pandangan seorang lelaki hensem macam ezad dari pandangan kasar. Pada dasarnya memang ezad rase lelaki akan tertarik pada seorang perempuan ni dari paras rupa, senang nak cakap pandangan pertama ( alah takkan korang tak biase bile tengok orangkan tengok muke dulu baru tengok atas bawah ).

Biasanye paras rupe ni jugaklah yang mengheret lelaki nak sangat kenal dengan perempuan tue, yang bernasib baik, ayat power, pandai melayan, pandai ambil hati.. melekat lah dua insan nie..
JADI!!! Wahai Awek2 kat luar sane berhiaslah kamu secantik mungkin atas niat yang betul dan cara yang betul mengikut protokol!!!. Ini menunjukkan lelaki memang suke yang cantik.

Tapi ingat wahai awek2 sekalian, cantik kat paras rupa tak cukup, sebab lelaki ni bile dah kenal die nak tengok juga perangai si awek ni, CANTIK TAK CANTIK!!!. Ada lelaki juga tak kisah paras rupa kerana ada yang lebih pentingkan sifat dalaman. Cantik mengalahkan Miss Universe tapi perangai hampeh pun lelaki tak suke, ( Silap2 kene Creettt! je pastu kene tinggal ). Jadi macam nilah wahai awek2 cantik janganlah korang megah sangat dengan kecantikan yang dianugerahkan. CUKUPLAH!!! sekadar menghargai pemberian Tuhan ni selagi korang belum berkedut di dahi walau korang tak berkerut.


INGATLAH!! cantik itu hanya sementara, maka peliharalah ia.


Janganlah pulak ada yang pergi opret!!! muke semate-mate nak cantik. Tampal sane, gam sini, last2 muke berot!!!. Bersyukurlah ape yang korang dapat.


Hurmm.. bagi perempuan2 yang dah berkahwin pun penting supaya nampak cantik, yelah bile cantik selalu suami ni taklah heran bile tengok awek cantik kat luar sana.  "Jadilah cantik seperti mana dituntut Tuhan mu, dan cantiklah kamu dihadapan suami mu". Ezad rase kecantikan jugak salah satu cara yang dapat menjamin kebahagian berkeluarga.

P/s : Sorry la.. kalau ayat2 kat atas ni tak cantik.

Rabu

Ooouuhh pent house of Intan

Pertama sekali nak bagitau yang tue hari dapat pergi muar ade open house kat rumah INTAN rase nak pergi lagi.. :p dan terime kasih kat INTAN untuk nasi beriani tue hari.. memang best.. walaupun bukan intan masak cume potong bawang je.. hurm.. sebenarnye ezad makan  tue hari tak puas, sebab tak de orang nak offer second trip.. hehe...

Yang kedua sempurnalah.. pada hari pergi open house tue.. hajat ezad nak jumpe IDA tertunai sudah, maka tertunailah  hajat IDA juge nak jumpe Ezad...

Yang ketiga dan yang keempat... ntah ler....

P/s : Tangan nie dah kene sunburn yang amat sangatlah teruk mase gie muar, mungkin sebab naik motor dari JB ke Muar... panas sangat2. Nasib baik, nasi beriani tue sedap sangat3... :)

Isnin

Dara? Hymen?

Dalam kegembiraan syawal nie, Ezad nak ucapkan sekali lagi, selamat beraya dan kumpul lah duit raye banyak2...

Nie ade sumthin' nak cerita, macam yang korang perasaan tajuk entry nie, Dara? Hymen?.. Haa.. kedua2 benda tu memiliki maksud yang same cuma dara dari bahasa melayu manakala hymen adalah bahasa saintifik bagi dara. Apa dia dara? Ia adalah sejenis lipatan selaput lendir yang menutup pintu bibir vagina perempuan. Selaput ini juga telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.


Korang tau tak, ape  pendapat lelaki tentang dara. Kebiasaannya lelaki akan lebih suka untuk memiliki perempuan yang masih memiliki dara untuk dijadikan pasangan hidup ( Suami Isteri Lah.. ). Kenapa? Sebab perempuan yang memiliki dara ini bermakna dia adalah dari golongan yang masih suci dan tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Hurm.. Tetapi bagi Ezad lelaki yang berfikiran sedemikian adalah lelaki yang kuno dan bodoh kurang ilmu.. hehe.. Kenapa?
  • Ada sesetengah bayi perempuan dilahirkan tanpa selaput dara.
  • Ada juga perempuan yang memiliki selaput dara yang tipis, ini bermakna ia mudah koyak biasanya terjadi pada perempuan yang aktif seperti atlit, atau yang sering melakukan aktiviti2 lasak. Berenang, berbasikal, mountain climbing... sumer2 nie Lah dan yang sewaktu dengannya.
Kalu korang nak tau jugak ada perempuan yang selaput dara nya tak mudah terkoyak walau sudah berkali-kali melakukan hubungan seks, ini disebabkan selaput dara yang sangat elastik mudah lentur. Ada juga sekarang yang pergi buat rawatan kat pakar untuk recreate selaput dara untuk menutup aib ( So.. laki2 kat luar sane jangan nak bangga dapat yang dara ).


Ape yang ezad nak sampaikan kat sini adalah untuk sumer laki2 janganlah terus rejek bini korang pada malam pertama bila korang buat hubungan kelamin dan terperanjat bila bini korang takda dara. Buat spotcheck betul2 mungkin ada kene mengena dengan sebab2 yang kat atas tue..


Korang fikirlah sendiri...


P/s : Ada perempuan jugak yang berbangga bile dah takde dara.. betul ker?

P/s : Entry ini, tiada kene mengena dengan sesiapa. Hanya info semata-mata.

Sabtu

Ramadhan berakhir, tibalah Syawal







Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam... Disini Ezad nak mengucapkan Salamat Hari Raya Aidil fitri, maaf zahir & batin, kepada semua kawan2 Ezad, blogger2, dan kepada semua lah yang mengenali diri Ezad. Semoga Ramadhan yang kite lalui selama sebulan ni menjadi bulan yang memberi seribu keberkatan kepada kita, dan Syawal ini juga akan memberi seribu kebahagian kepada kite...

P/s : Kalau korang semua ade buat silap dengan Ezad, takpe.. Ezad ampunkan dosa2 korang.. okey.. jangan risau kire kosong2, hehe...

Isnin

Pewaris saka...

Tibe-tibe je Ezad terpikir pasal nie.. Saka.. korang tau pe tue..? bende ni lebih kurang same macam syaitan, hantu semua la yang sekutu dengannye. Benda ni adalah sesuatu yang dibela oleh segelintir orang2 lame, untuk menjadi pelindung, penjaga atau ape2 lagi r.. untuk tujuan tertentu.

Ezad rase zaman sekarang nie dah takde lagi orang nak mewarisi benda nie. Sebab banyak keburukan dari kebaikan.. Tak tau lah kalau korang ade yang berminat dengan benda macam nie lagi.. atau mungkin ade dari korang rase benda2 macam nie tak lebih dari perkara karut, yang korang pernah dengar dari orang2 lame (Orang2 tua la..). Bukan nak suruh korang percaya, tapi terpulanglah pada korang sendiri.

Saka  ini akan diwarisi oleh seseorang dalam keadaan bersedia untuk diwarisi, dan ada juga ia diwarisi tanpa diketahui oleh seseorang itu. Ini kerana setelah seseorang yang memiliki saka ini telah mati, saka ini akan berkeliaran dikalangan keluarga terdekat untuk mencari pewaris. Sekiranya ia tidak diperturunkan mengikut perjanjian. 

Individu yang memiliki saka juga berupaya menjadi ahli perubatan tradisional (Bomoh), dengan menggunakan jampi serapah yang sukar untuk difahami dan juga secara menurun, yang secara terang memang melanggar syariat agama, kerana sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan adalah dari tuhan, bukan syaitan mahupun jin.

Dan kalau korang rase korang ade mewarisi bende ni korang fikirlah sendiri, tapi bagi yang tak tahu dan nak tahu korang ade ke tidak nie sumber dari penawar.com ezad ambil sikit :

Gejala pada waktu tidur:
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Gejala pada waktu jaga:
  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sendi utama.
Ape pendapat korang pasal benda nie....

P/s :  Ezad masih dalam mood puase :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review