Khamis

Let's Pray for Gaza....


Ape dah jadi, habis segala kejahatan dan tindakan yang diluar jangkaan telah dilakukan oleh tentera Israel ( Komando Yahudi ). Macam yang korang maklum lah, baru-baru nie.. kejadian kapal2 misi ke Gaza, yang telah diserang oleh tentera Israel ( Komando Yahudi ), padahal kapal-kapal tu cuma bawa barang-barang ubatan dan keperluan untuk Gaza ( bantuan kemanusian ).

Yang lebih menimbulkan rasa tidak senang adalah Aktivis-aktivis yang berada dalam kapal misi tersebut telah diserang bagai lanun, oleh tentera israel, dan telah meragut 19 nyawa serta 36 orang lagi cedera yang majoritinya aktivis dari Turkey. Ini semualah yang akan menimbulkan kemarahan rakyat dan penyokong aktivis keamanan.


Yang menimbulkan masalah kat sini tiada kuasa-kuasa besar yang dapat terus mengecam tindakan Israel tersebut, walaupun dah terang-terang tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, malah serangan tersebut dilakukan laluan lautan antarabangsa. Jadi dah memang tindakan itu salah.. Tapi masih lagi rundingan secara aman menjadi alternatif yang mungkin akan memanjangkan tempoh waktu untuk mengejar keamanan sedangkan dalam tempoh berkenaan Rakyat Gaza dilanyak bertubi-bertubi oleh Israel yang bertindak bagai kuasa besar yang tiada halangan.


Yelah.. macam ezad nie ape leh buat selain menyokong boikot yahudi, bagi derma kat tabung-tabung bantuan, dan berdoa jelah supaya Tuhan dapat memberi yang terbaik pada mangsa-mangsa serangan Israel.


Yahudi oh Yahudi kenapa lah korang ni macam nie.


P/s : Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keselamatan GAZA. May God bless Them...

Isnin

Super mutant/man/hero atau?


Kali ni Ezad nak share sesuatu yang pelik terjadi dari kalangan manusia. Apakah semua ni kejadian yang luarbiasa atau pun mereka ni dari golongan terpilih untuk jadi super2 atau mereka ni semua adalah suatu kesilapan kejadian.


Orang tinggi tapi mereka yang masih hidup ada masalah dengan tarikan graviti. ( kekuatan tulang dieorang pun merosot.. )


Orang kerdil. Kecik jer nampak macam budak kecik, tapi dah tua  dah pun. ( Ada masalah untuk masuk ke kelab2 malam dikhuatiri kanak-kanak )


Nenek bertanduk, ramai golongan seperti ini berlaku pada warga tua. Majoriti kaum di Negara China ( Macam Hell Boy )


Badan berkuasa magnet boleh melekatkan bahan berunsur besi pada tubuh. Dijumpai di malaysia ( Anak,cucunya juge mewarisi kelebihan ini.. )

Budak kecik bekaki banyak sejak dilahirkan. ( kalau lah kaki2 ni berfungsi sudah tentu budak ni dari golongan hebat kan.. )


Bayi bekepala dua. ( Macam mane ek badan die berfungsi sedangkan terdapat dua otak untuk mengawal tubuh, so yang mane lebih berhak. )


Manusia pokok, well known as a Tree Man ( Dijumpai di indonesia )



Manusia bebulu tak bertempat. ( Dikenali sebagai syndrome were wolf, ramai yang mengidap masalah ini.. )



Manusia berekor ( macam watak son gokou dalam Dragon Ball )




Manusia yang memiliki badan yang mudah lentur ( macam watak dalam Fantastic Four, cuma tak boleh nak panjang2 kan.. )

Semua ni adalah kejadian yang pelik dan agak luarbiasa dari pemikiran logik akal, dan Ezad percaya ni adalah kehendak Tuhan yang lebih mengetahui apa yang diciptakan, yang sudah tentu punya hikmah dan sebab yang tidak dapat kita sangkal.

Sabtu

Selamat datang PM...


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan sesi lawatan ke Johor Bahru pada 22 hb. Mei 2010. Ezad sebagai rakyat Johor mengalu-alukan kedatangan beliau ke Jb ni, yelah Perdana Menteri tu yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.


Dah menjadi lumrah rasanya bagi ezad, bila ada tetamu kehormat yang hendak melawat sesuatu tempat mesti ada persiapan bagi menyambut kedatangan tetamu tersebut. Macam ezad memang teruja lah apa yang ezad nampak depan mata sendiri ni, macam-macam proses baik pulih telah diselenggarakan untuk memastikan semua keadaan berada dalam kondisi yang baik, dalam erti kata lain Tip Top.


Macam yang berlaku kat Jb sekarang ni fuh.. Memang ezad respek lah. Mana tak nya semua badan-badan yang bertanggungjawab sibuk menguruskan hal masing-masing. Diantaranya :


*Proses baik pulih lampu-lampu jalanraya yang sebelum ni rosak dan terbiar, kini kembali berfungsi.
*Proses pembersihan landskap di sekitar Bandaraya Johor Bahru yang dulu nya berlumut dimamah usia.
*Proses penanaman semula pokok-pokok bunga disekitar Bandaraya Johor Bahru yang dulunya layu.
*Pemasangan banting-banting bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri.
*Macam-macam lagilah.


Macam ezad sekarang ni nak bagi gambaran, apa pula yang berlaku kat tempat ezad cari makan kat JB ni. ( Lokasi Bazar JB / Uptown JB ) kerana PM juga akan mengadakan lawatan kat sini, yelah untuk beramah mesra bersama rakyat. Diantaranya :


*MBJB bertungkus-lumus membersihkan kawasan.
*MBJB Membuat tanda-tanda bagi laluan untuk PM nanti.
*KDN bergegas memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang meniagaakan barangan tiruan supaya tutup perniagaan pada hari lawatan PM.
*Persatuan Bazar JB mengantung banting-banting bagi mengalu-alu kan kedatangan PM.


Ishk.. macam-macam persediaan telah dilakukan. Yelah, just to make sure our PM feel comfort to be in Johor Bahru.


Tapi yang ezad terasa sangsi adakan ini harus terjadi? Bila ada PM atau pun sesiapa yang berstatus tetamu kehormat baru segala kekurangan ditambah, kerosakkan dibaik pulih, kelemahan ditutupi. Sepatutnya semua ini harus diselenggara pada setiap waktu bagi keselesaan seluruh rakyat bukan individu.


Walaubagaimanapun ezad amat mengalu-alukan kedatangan PM ke Johor Bahru. Dengan itu dapat jugalah beliau melihat kerenah rakyat Johor dan dapatlah juga rakyat Johor melihat lebih dekat PM kesayangan mereka ( dan mungkin juga dapat meluahkan perasaan masing-masing.. hehe.. ).


Semoga kedatangan beliau akan dapat memberi impak yang baik bagi Negeri Johor dan rakyat Johor.


"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Khamis

Double Trouble in JB!!!


Macam yang korang maklum itu hari 1 Mei 2010, Search dan Wings telah menjayakan konsert Double Trouble di Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian N Country Resorts. Konsert ini juga telah menarik hampir 20,000 penonton. Fuh.. memang Gempak!!! siot!!.


Konsert ni juga telah mengubat rindu peminat-peminat yang telah menunggu hampir 17 tahun gabungan Double Troble Search dan Wings. Korang pergi tak mase konsert ni diadakan? yang pergi mesti rasa kehangatan hari tu kan, memang luar biasa. Macam satu Lagenda baru dimana otai-otai perform, huh.. tak dapat nak di gambarkan.


Yang ezad nak sampaikan kat sini, bagi semua yang tak berpeluang ke konsert Double Trouble yang lepas, don't worry, sebab konsert yang sama akan diadakan di Johor Bahru pada 5 Jun 2010 ( berkemungkinan di Stadium Larkin ). Penganjur juga mungkin akan meneruskan jelajah ini ke negeri-negeri yang lain.


So!!! ape lagi, tak payah buang masa, dapatkan lah tempat dalam konsert yang akan datang... ( ape lagi beli tiket la. Pandai-pandai la korang cari kat mana.. ). Especially untuk JBrean yang memang peminat setia Search dan Wings, ni lah masanya...


LET"S ROCK"IN N ROLLIN"

Rabu

Tick!! Tack!! Tag!!! by Mia Liana


Dalam minggu ni jer Ezad dh kena tag 2 kali, hu.. best betul rasenye.. But dis time i got Tag by Mia Liana . Terima kasih ler sebab pilih Ezad eh.. Sangat2 dialu-alukan dan amat dihargai.. Hu... Sekarang mase untuk menjawab Tag!!!


Anyway Award ni adalah "AWARD FOR YOU FRIENDLY BLOGGER" actually dtg nye dari http://akuzealous.blogspot.com/ . Tapi Ezad diTag oleh Mia Liana ( ehem mcm MLM plak ek. hu.. ).


SUKA MELUKIS X :
Ezad? hu.. suke tapi takder bakatlah.. kekadang ok gak lukis tapi biasenye kene kutok!!


BOSAN2 SUKA BUAT APE? :
Ezad buat ape lagi Blogging la.. Skudeng, Landing, nuff2, Komen2, dan ngunyah2 benda.. :p


KENAPA SIPOT BABI JALAN LAMBAT :
Sebab dah nama sipot.. memang dari keturunan2 die dari dulu lagi memang lambat. Tak pernah lagilah ezad tengok sipot jalan laju... dah ler ngesot2.. yang laju cuma sipot babi besor atas jalan raya ( Lori simen yang cam sipot kat belakang ).


CUTE X ORANG YANG BAGI AWARD NI :
Yang Tag cute dan Yang bagi award pun cute. :P


Hurm time nak Tag orang lain plak ni yang payah hu.. Ezad Tag sape jer yang terbaca Entry ni.. okey...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review