Khamis

Lelaki bercinta, mencintai & dicintai...

Dalam ketandusan idea, Ezad.. no choice nak bercerita pasal lelaki yang baru nak bercinta dan nak dicintai. Mungkin tak semua lelaki macam yang Ezad gambarkan... Hurm.. tapi percaye r, ramai kawan-kawan Ezad yang "lelaki" setuju dengan ape yang Ezad cakap...

Betul tak kalo Ezad cakap lelaki ni mase baru-baru nak tackle awek, dia akan....
-Cube dapatkan cara to keep ini touch (tipon, email.... dll.)
-Cakap yang indah-indah belaka...
-Merendah diri tapi still control, supaye tak nampak teruk sangat...
-Macho semacam...
-Jawab mesej walau dalam waktu kecemasan (mase tengah berak.. awek mesej jawab gak cepat-cepat..) cth mesej:
Awek : Hye busy ke??
Lelaki: Tak r.. tengah rilex ni (realitinye dalam jamban bergelut dgn sembelit..)
Bile dah kenal...
-Selalu call, msg awek tu...
-Bercerite pasal latar belakang... (tapi banyak berahsia)
-Tanya benda-benda remeh... (dah makan, dah mandi, gosok gigi guna colgate ke?? mcam-macam r..)

Lelaki ni pulak selalu berpura-pura takde masalah especially kewangan... contoh-contohnye...
-Mase awek tu cakap "takde kredit r phone nak mesej...." (fuh.. terus transfer kredit kat awek tu....)
-Mase keluar makan lepak kat tempat yang class.. (McD, KFC, Starbucks, macam-macam lagi ...) Bayar takde hal..
-Kuar jalan-jalan.. (Beli je.. ape awek tu mintak..)

Kenape mesti lelaki buat tu semua?. Bagi Ezad lelaki jenis ni memang ikhlas mencintai dan dincintai oleh awek tu, cume certain things need to be secret.... (ade baiknye untuk berahsia..)

Jadi bagi awek-awek yang kat luar sane.. tanamlah sifat untuk terus menghargai lelaki disisimu... Sesungguhnya lelaki ni tekankan perfection tapi kekadang out of control... but still mahu dicintai dan mencintai. Mungkin korang (awek-awek) tak jumpe lelaki yang macam Ezad gambarkan, sebab tu dah nasib korang. Kalo korang terjumpe lelaki macam ni try to appreciate. Atau korang ade pendapat yang lain bagitau r... bolehlah Ezad kongsi... (mungkin ade sambungan...)

Ahad

Pemerintah golongan Rahman??

Kali ni Ezad nak kongsi dengan korang semua pasal satu hal yang agak menarik bagi Ezad. Hal yang Ezad nak kongsikankan ni amatlah payah untuk ditafsirkan secara logik akal. Ezad dapat tahu hal ni dari orang lame ( tua r, senang kire ). Hal yang melibatkan ketua-ketua pemerintah negara Tanah Melayu ( Malaysia r.. ).

Korang percaya tak??
- Kalau Ezad cakap semua pemerintah ni dah ditetapkan dari dulu lagi siapa yang bakal memerintah.
- Atau Penilik ( tok bomoh r.. ) yang paling hebat dah buat ramalan siape yang bakal memerintah negara ni?
- Atau semuanya dipilih mengikut nama atas ayat Rahman (Bahase Arab) iaitu Pengasih (Bahase Melayu).

Kalo macam gitu r citenye, kire kesemua pemerintah dan bakal pemerintah negara adalah dari golongan pengasih, hmm.. korang nilai r sendiri. Sebelum Ezad bercerita panjang lebar lagi, korang faham tak setakat ni?. Kalau tak faham takpe keep on reading.. Sekarang ni Ezad akan cerai-ceraikan satu-persatu abjad dalam ejaan Rahman berserta dengan nama-nama pemerintah negara.

R = Abdul Rahman ( yang pertama )
A = Abdul Razak ( yang kedua )
H = Hussien Onn ( yang ketiga )
M = Mahathir Mohammad ( yang keempat )
A = Abdullah Ahmad Badawi ( yang kelima )
N = ( Yang ni cube korang teka? Ezad percaya Najib A.Razak )

Ape pendapat korang pasal ni?. Hal ni dah lame menjadi tanda tanya, bagi Ezad r.. kalau korang ade pendapat atau cerita korang yang lebih sahih dan nyata yang tak boleh ditandingi lagi. Buat ape nak buang mase lagi, karanglah cerite korang kat komen. Kekadang terfikir gak, lepas Rahman dah cukup kuota ape pulak ek? Rahim agak nye.. haa.. tu pandai-pandai r korang buat research pasal ni yang masih menjadi misteri........

Khamis

Astro oh astro...

Tengah syok tengok cerita kat TV tiba-tiba jer siaran tergendala, sekejap ada sekejap takde kekadang macam cd rosak, stuck2. Sebab ape? ASTRO r, dah memang dari dulu hingga kini macam ni. Hujan turun sikit je dah cukup untuk ganggu siaran tv korang. Kekadang belum hujan, baru nak mendung, angin-angin sikit dah takleh nak layan cerita yang korang tengok, betul tak?




Satu lagi hal yang amat Ezad paling tak suka ialah satu cerita tu kekadang diulang berkali-kali dalam 1 hari, peh!!. Bingit siot!! kalau cerita tu best takpe, ni cerita dah ler.. ishk.. korang faham-faham sendiri r. Dah ler siaran diulang-ulang lepas tu, pernah Ezad dapat offer dari Astro, dekoder baru, Astro max Decoder difahamkam dekoder ni boleh merakam/mengulang cerita yang dah lepas. Nak buat ape bro!! jap lagi cerita yang terlepas tu mesti diulang tayang. tak payah susah-susah buang duit nak ganti dekoder max tu.

Yang paling tak best bila korang nye Astro mengalami masalah, tak kira r masalah ape? penyambungan semula, nak buat pemindahan, nak tambah siaran macam-macam lagi r, korang mesti dail no perkhidmatan pelanggan Astro kan?. Masalah yang pernah terjadi kat Ezad sendiri, Customer service dieorang susah nak jawab panggilan, kite dok dengar r suara-suara sumbang yang membebel entah apa-apa. Kalau yang buat panggilan tu guna talian Prabayar, habis kering kredit dibuat nye. Dah ler setiap perkhidmatan dicas, lagi-lagi penyambungan semula RM20 tu!! mahal siot!! lambat sikit je, terus potong, dengan alasan sistem ni dikawal sepenuhnya oleh komputer (automatik ler tu).


Korang macam mane pulak? takde masalah ke, dengan Astro yang korang langgan? Kalau bukan kerana banyak realiti tv yang best kat Astro dah lame Ezad unsubscribe.

Isnin

P1 W1max VS Streamyx

Sekarang ini Ezad nak lagakan P1W1max dengan Streamyx. Apa pendapat korang, tentang kedua-dua jenama yang tak asing lagi buat masa ni, yang membekalkan jalur Internet terus kat rumah korang, office, tempat lepak korang, tak kira r kat mana-mana. Sebab sekarang ni asal korang ada laptop yang ada support wifi, nak lepak kat mamak pun boleh online. Macam Ezad online dekat rumah je, sebab ada sambungan internet terus ke rumah ni disambung ke router untuk connect secara wireless terus ke laptop (secara terperinci) hehe.. korang macam ne? masih pergi Kafe siber ke?. Bukan apa cuba korang kira kalau korang belanjakan rm2.00 1jam, pastu korang luangkan 4jam sehari, sebulan dah berapa siot!! rm240 tu. Senyum lebar r, tokei kafe siber tu.




Kembali pada tajuk cerita kite ok. Dulu Ezad guna line Tmnet guna talian tetap kat rumah, bayar ikut bil, berapa jam guna, itu r yang Ezad kena bayar. Seksa siot!! beratus-ratus ringgit nak bayar dalam masa sebulan, sampai tak terbayar hendaknya. Senang cerita line dah kena potong. Macam yang korang mungkin dah tahu atau korang memang tak tahu Streamyx dan P1W1max sekarang ni dah boleh korang miliki tanpa was-was lagi. Setelah sekian lama menunggu akhirnya Ezad buat keputusan mendaftar dengan P1W1max. Kenapa bukan Streamyx?, ye r line talian tetap kat rumah Ezad dah kena potong. Bagusnya P1W1max ni tak langsung guna talian tetap. Asalkan kawasan tempat korang tinggal dalam kawasan coverage P1W1max dah boleh apply. Nak cek kawasan korang ade coverage senang je layari web P1W1max klik kat Am I in Coverage. Nak juga ke? Mudah je korang cume perlu buat pendaftaran, lepas tu terus dapat modem dengan ethernet cable, korang balik rumah plugin plug modem tu kat power supply sambungkan ethernet cable kat laptop, komputer atau router (wireless) pastu terus boleh mula online. Easy siot!!.

Bukan Streamyx tak bagus, bagi Ezad leceh!. Apanya? nak guna talian tetap. Pastu masa survey2 yang mana terbaik, akhirnya memang P1W1max lah yang terbaik, bagi Ezad r. Yang lebih menarik pakej yang diorang bekalkan nak dibandingkan diantara kedua-dua ni P1W1max lebih berpatutan dan senang cakap lebih baik r. Korang boleh survey sendiri kat web P1W1max dan Streamyx. P1W1max ada kelemahannya juga iaitu mungkin tempat korang tinggal takde coverage, macam kawasan tempat tinggal kawan Ezad (Kampung dalam bandar). Akhir kata korang fikirlah sendiri, mana yang terbaik untuk korang.

Ahad

Salah Pengurusan? Promoter?

Kali nak cerita pasal salah siapa?. Beberapa minggu lepas r.. Ezad ade dilamar oleh Promoter syarikat komunikasi, yang mewakili "Celcom", ajak kawin tak de lah offer pakej dieorang r ape lagi.. Si minah ni tanyalah Ezad...

Promoter: "Bang!! haa abang gune line ape?"
Ezad : "Gune line M***S nape?
Promoter: "Abang cube switch ke "Celcom" bang benefitnya bla.bla..

Ezad fikir punya fikir, Ezad amik pakej tu.. Saje nak cube ape ke bagus line ni... Yang best nye mase Promoter ni offer ade je keburukan yang die cite kat line yang Ezad gune sekarang ni. Yang buat Ezad lebih tertarik die kate line yang Ezad pakai ni Pemilik nye orang India, jadi line yang die offer lak ni milik orang melayu. Jadi kononya nak support bangsa sendiri Ezad nak try r line Celcom ni.

Jadi Ezad luangkan mase isi borang-borang yang die suruh isi. Lagi best siap bagi Souvinier pen kot, entah r dah lupe ape barang dia bagi, sekali dengan sim kad Celcom.

Hari berganti hari... Ezad punyalah tunggu line ni nak switch, hampeh!! sampai sekarang masih lagi pengguna setia M***S. Ezad anggap je ape yang ezad register tu dah misregistered. Nak dijadikan cerita mase Ezad ada keje kat area Sentosa JB, terjumpa dengan minah Promoter ni, ingatkan nak jadikan dia diantara insan yang dipijak, takdelah Ezad ni dari golongan orang baik-baik.. hek.. Apelagi Ezad tanya r pasal registration tu di kate...

Promoter: Hm, tak pasti r, dah submit dah, Abang bagi nama dengan no phone eh..

Dalam hati ezad sindir minah tu, itu hari offer bukan main, tu r ni r.. sekarang dah support, macam taik lak, belum lagi jadi salah seorang pengguna Celcom, entah-entah lebih parah masalah yang Ezad kena lalui kalau dah join Celcom.

Salah siapa? Promoter tu tak hantar borang registration Ezad, atau pihak yang bekerja kat Centre tak buat keje lagi.. Kate kompeni melayu jadi buat lah keje betul-betul. Bukan nak salahkan melayu, Ezad sendiri orang melayu. Kalau terkena kat bangsa lain, kan memalukan. Nanti dieorang cakap biase loo.. olang mlayu punye kompeni.. Jadi korang pandai-pandai r.. fikir yang terbaik, untuk bangsa melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Premium Blogger Themes | Bluehost Review